*    Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
*    Pilihlah seseorang untuk dicintai dan cintalah pilihan anda itu.
*    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
*    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
*    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.
*    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
*    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
*    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.
*    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati.
*    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
*    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
*    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
*    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
*    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
*    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
*    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
*    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
*    Jika anda takut pada sesuatu,lihatlah dan hadapilah.
*    Imaginasi menguasai dunia.
*    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
*    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
Sunday, March 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment