Pages

Free advertising

Tuesday, March 30, 2010

Bola...Bola...Bola

Gembiro eh hari ni, nogoghi dapek kalahkan selangor dalam semifinal piala FA. Tunggukan kemunculan pasukan negoghi di stadium paroi semifinal ke 2 dengan lebih gah lagi, Hobin Jang Hobin mengganeh lagi...

Moh kito ghamai2 hapal lagu ni, nanti bawak boka kek paroi :-


HOBIN JANG HOBIN

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobin jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....



Result tadi :-

Selangor 1 (Safee Sali m-44)
Negeri Sembilan 2 (Zaquan Adha m-70, Nasriq Baharom (gol sendiri) m-72)..






Jom kita tengok UEFA Cup lak, Bayern Munich vs Manchester United. Kasi MU kalah pulak,haha...

Menepati ramalan, Bayern 2 - MU 1. Lagi bertambah gumbiranya hati ni, haha...

Bapa Pandai

Beckham bertanya kepada bapanya...


Beckham: Pak, betul ke make love tu best?
Bapak: Haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

Beckham: Tapi betul ke orang perempuan lagi rasa best?
Bapak: Kalau kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

Beckham: Tapi kenapa org perempuan tak suka diperkosa?
Bapak: Kalau kamu jalan jalan, tetiba ada org nak korek hidung kamu... Kamu suka tak?!

Beckham: Betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?
Bapak: Kalau hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

Beckham: Kenapa orang lelaki tak suka buat tu pakai kondom?
Bapak: Kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!

Beckham: Waaahhh... Bapak ni pandailah!
Bapak : Well, like father like son la..


Berhati hati lah wahai bapa sekalian jika mendapat soalan macam ni dari anak anda...

Monday, March 29, 2010

Yennadeyy

Seorang wanita India yg tinggal di estet, pada zaman British dahulu,telah dikahwinkan dengan seorang lelaki (bangsa India jugak)...

Tak lama lepas berkahwin, dia mula merasakan suatu perubahan ketara. Dia asyik muntah muntah. Hairanlah dia sebab sebelum kahwin tak muntah pun. Seminggu selepas "asyik muntah muntah" tu dia tanya laki dia...


"Ane, ini satu minggu dalam saya ada muntah juga. Dulu ini macam tada juga! Apa pasal la ane?"
"Ayo, sayang! Wungko ta tau ka?"
"Ta tau la, ane."

"Ini macam punya sakit lepas kawin punya dalam ada kena."
"Ane, ada kena ka?"

"Cit, rasykal! Jantan ta da kena. Pompuan juga ada kena."
"Wo, itu macam. Sekarang saya ada paham."


Dia pun tak tanyalah apa apa lagi selepas itu. Tambahan pulak rasa loya tu kemudiannya beransur ansur hilang. Tiga bulan kemudian, dia mula rasa pelik. Sebenarnya dia dah mula rasa pelik sebulan lebih dulu. Dia pun dengan penuh manja dan tangkap leleh, tanya lakinya...


"Ane, saya tanya sikit boleh ka?"
"Banyak mau tanya pun tara pa. Saya jawab juga kalu."

"Ane ada tengok ka ini?"
"Apa?"

"Ini perut juga lama makin lama besar! Takut juga saya. Apa pasal ini macam?"
"Ayo yo, chit. Bodoh. Engko punya ama ta da kasi tau ka?"

"Saya belum tanya juga!"
"Belum kawin punya jam dia ta da kasi tau ka?"

"Ta da juga!"
"Sekarang lu pigi tanya. Bodoh punya pomblek."


Terkulat kulat bininya apabila diherdik lakinya. Sebelum tu lakinya tak pernah menyinga macam tu. Dia segera mendapatkan ibunya dan bertanya:-


"Ama, saya tanya juga mau satu hal."
"Apa itu hal?"

"Ama, saya punya perut hari makin hari besar. Takut la saya ama."
"Ayo yo! Wungko punya laki ta mau kasi tau ka?"

"Dia marah juga sama saya ini hal punya dalam."
"Cit, cilaka punya menantu. Wungko kasi tanya sama dia baik baik."

"Tolong la ama, kasi tau. Ta da kalu saya mati."
"Wokey, wokey! Ama kasi tau. Itu perut punya dalam angin juga duduk."


Puaslah hati pompuan ni apabila mendapat tau jawapannya. Dia pun bersegeralah mendapatkan lakinya untuk menjelaskan sebabnya yang pada pandangannya memang telah sedia dimaklumi suaminya...


"Ane, ane. Saya ama juga sudah kasi tau."
"Apa dia cakap?"

"Ini perut punya dalam angin juga ada. Itu pasaal la kumbong, bungkak."
"Cit, bodoh punya ama mantua."


Terkejut biawak pompuan ni. Tadi dia yang jadi sasaran kemarahannya, sekarang emaknya pulak. Lagi tekejut dia apabila tiba tiba je lakinya berdiri lalu menyingkap kainnya (dhoti) dan menunjukkan a**nya seraya mengherdik:-


"Angin ya, angin masuk ka. Wungko punya ama butol-butol bodo. Apa, dia ingat ini b**a** pam basikal ka?!!"

yennade tangeci.... chit....


Pesanan penaja - Jangan tiru aksi ni ditempat awam...

Sunday, March 28, 2010

Templates Baru

Setelah penat mencari, akhirnya jumpa juga. Tapi belom puas hati lg ni, cari jumpa tak puas hati. Ni je yang terbaik buat setakat ni, sebab malas dah nak mencari. Tunggu la esok lusa, kalau jumpa yang baru akan bertukar lagi. Yang payahnya aku memang nak cari yg 3 columns, agak sukar sikit la...

Tapi yang sedeh, blog list hilang. Tinggal berapa kerat je yang terselamat. Lagi pun, aku ni payah sikit nak hafal url orang ni. Minta maaf la ye, bagi sesiapa yang aku tak senaraikan. I'allah, kalau jumpa lain lagi akan aku masuk kan semula. Penat juga rupanya nak buat benda alah ni, aku ingat sekali cari terus jumpa...

Ni antara yang aku try la, nak ikut kan berpuluh puluh lagi. Tapi tak kan nak letak semua kan...

Nuffnang



Apa yang korang faham? Bagi aku macam menjana pendapatan melalui internet la, nak nak kita yang ada blog ni. Ni yang aku dapat dari search dengan pakcik google la, nuffnang ni merupakan sebuah syarikat pengiklanan blog...

Ditubuhkan pada februari 2007, Co - Founder Nuffnang iaitu Timothy Tiah Ewe Tiam dan Cheo Ming Shen menubuhkan perkhidmatan pengiklanan blog kerana sedar dengan perkembangan pasaran blog sekarang...


agak agak bila pengunjung aku nak mencecah seramai ni

Ada yang aku tengok, kutipan diorang kadang kadang mencecah ribuan RM sebulan. Yang penting blog kita ni kena aktif la, jika ramai pengunjung banyak lah income kita. Banyak cara cara aku pelajari dari pak google pasal nuffnang ni, walaupun aku baru lagi dan tak tau lagi berapa income aku. Yang pasti aku mencuba, tak salah kalau kita mencuba...

Dari korang tulis karya dalam blog masing masing, apa kata kita cuba register nuffnang ni dan masuk kan dalam blog korang yang power tu. Sekurang kurangnya kalau dapat, kita syukur. betol tak?

Allah tak akan mengubah nasib seseorang, kalau kita tak mengubahnya sendiri. Macam wakil nuffnang lak aku ni,haha...

Terlambat

Ini lah padahnya bila lambat bayar duit internet, lalu internet pun kena potong. Dah la aku rindu banget dengan si dia ni, sebab dah lama tak online dengan dia. Tadi dia sms aku ajak chating, tapi line pulak takda sebab kena potong lambat bayar...

Lepas bayar je terus ada, tapi yang sedehnya si dia dah balik. Adehh.. Mungkin takda rezki la tu, ambil pengajaran dari sini. Jangan melengah lengahkan perkara yang sepatutnya dipercepatkan, kerana mungkin perkara yang lebih penting tidak akan dapat dilaksanakan disebabkan kelengahan kita yang lepas. Boleh tahan jugak falsafah aku ni, apa apa pun aku merindui dirimu...

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour



Apa yang korang faham? Bagi aku, sejam bergelap untuk meredakan kepanasan global sekarang ni. Bumi kita semakin lama semakin panas, mungkin dari sebab banyaknya kebakaran, lalu terdapat pencemaran toksin yang berlebihan ke udara.


Marilah kita bersama sama bergelap, demi untuk menjaga bumi kita sendiri. Tapi kalau hati yang gelap, memang tak tahu nak cakap apa dah la. Bumi panas boleh lagi, jangan kita pulak panas baran. Kiranya sama maksud jugak la tu kan, hahaha

Friday, March 26, 2010

Kasih lll

( iv )

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu...

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
Kekadang disergahnya kita
Ketika keringat masih membasah
Baru menjengah pintu rumah...

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan...

Lalu datang teguran
Amaran dan peringatan
Secara ‘indirect’ dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah...

Sebaliknya
Jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah baik baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah
Mustika kata dalam kitab kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga makan minum kita
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? “


( v )

Marilah sama sama kita tabur secubit salji pada segenggam api
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
Walaupun sudah berdekad dekad usianya...

Institusi ini adalah kubu terakhir kita
Marilah kita pertahankan bersama si dia
Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin skrin internet atau inranet memaparkan yang indah indah
Pantulan seri rumah tangga kita...

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
Atau kad ulang tahun perkahwinan
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti...

Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri
Janji yang termeterai
Di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Biar kita rasa
Rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya...

Isteri
Tidak kutagih setia
Sesetia Hawa
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku
Di sudut tersuci di dalam hatimu
Seorang isteri...


Hanya untuk yang dah berkahwin sahaja
Yang belom, kahwin lah cepat cepat

Terung Goreng

Apa nak masak ni? Tak kan hari2 makan sardin, nak beli ayam mahal pulak. Aku dekat sini bukan ada biasiswa atau zakat sekalipun,semua dari my bos. Masa solat jumaat tadi, terlintas pulak nak buat terung goreng. Lagi pun sudah lama tak pekena ni, betol2.

Bile selesai je solat, aku terus pergi ke kedai. Beli apa yg aku dah plan masa tengah solat tadi, beras, telur ayam dan bahan ringan sikit. Lepas mula gerak ke kedai sayur, beli terung, timun dan pencuci mulut sikit.

Cara nak masak dia senang je, goreng kan terung tadi. Tapi sebelum tu potong la dulu, tak kan nak goreng seketul pulak. Lepas dah selesai mengoreng, korang buat la pulak sambal. Then masuk kan terung yang dah di goreng tadi, simple bukan.


Selamat mencuba, dari aku chef kapak..

Kasih ll

( ii )

Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya ” Seabadi permata…. segermelapan intan ” …
Sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga...

Aduh…
Peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
Kasih isteri, turun naik
Mengikut kadar tukaran wang asing...

Tiada guna menyesali diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
Dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah takdir…
Permata yang dipilih perlu digilap semula...

Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha
Justeru isteri
Pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
Lembut tapi jangan reput...

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
Setelah bersolat bersama
bisikkanlah ” Duhai isteriku…
Marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati
Marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini
Padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini.”


( iii )

Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
Jika berkurang
Nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
Itulah cinta sejati...

Namun tidak salah
Di samping menyanjung budi, kita merampingkan ‘body’
Kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam
Amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama samalah merampingkan badan
Yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan...

Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama sama menambah bakti
Moga moga cinta kita kekal ke hujung usia
Di dunia ini dan di akhirat nanti
Itulah yang dikatakan
Hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama...

Thursday, March 25, 2010

Sheikhul Azhar ke 43



Prof Dr Ahmad Tayyib, Presiden Al Azhar sebagai Sheikhul Azhar yang baru menggantikan Al Marhum Dr. Muhammad Sayyid al-Tantawi yang telah pergi ke rahmatullah baru baru ini.

Prof Dr Ahmad Tayyib adalah Sheikhul Azhar yang ke 43 dalam sejarah Al Azhar.


Info lain :-


1 - On his first day in office the new Sheikh of Al-Azhar, Ahmed Al-Tayyib, has condemned Israeli aggression on the Al-Aqsa Mosque. He described the Judaisation and aggression currently taking place in Jerusalem and the Al-Aqsa courtyard, as an attack on its Islamic identity and as a criminal act that should not go unpunished by either the international community or by Muslims that have a duty to defend the mosque and other Holy Islamic sites in Palestine.


2 - CAIRO (AFP)Egyptian President Hosni Mubarak on Friday appointed a new head of Al-Azhar, Sunni Islam's most prestigious institution, after the death of its top cleric last week, the official MENA agency reported.

Mubarak, who is recovering from surgery in Germany, "has issued a presidential decree appointing Sheikh Ahmed Mohammed Ahmed al-Tayeb to head Al-Azhar," MENA reported.

Tayeb, president of Al-Azhar University since 2003, succeeds Grand Imam Mohammed Sayed Tantawi, who died of a heart attack in Saudi Arabia on March 10 at the age of 81.

Al-Azhar institution -- which groups a 10th century mosque, a university and several affiliated schools -- is Sunni Islam's highest seat of learning. Its role is to propagate Islamic teachings and culture around the world.

French-educated Tayeb, who is in his 60s, also held the post of Grand Mufti, the country's most senior Islamic scholar, until September 2003.


3 - Cairo- Egyptian President Hosni Mubarak issued Friday a presidential decree appointing Ahmed el-Tayyip as the Grand Imam of al-Azhar.

Ahmed el-Tayyip was serving as al-Azhar University President. Late Grand Imam of al-Azhar Mohamed Sayyed Tantawi breathed his last earlier this month in Riyadh.

Al-Azhar institution, which includes a 10th century mosque, a university and several affiliated schools, is Sunni Islam's highest seat of learning. Its role is to propagate Islamic teachings and culture around the world.

Kasih

SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA


Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan...

Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
Ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
Berleter seadanya, merungut semahuannya...

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka...


( i )

Psst….
Tiba tiba isteri merajuk
Pandai pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
Teliti dengan hati yang terseni
Rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu
Jangan cuba dihadapkan secara rasional
Kerana si dia tak akan terdaya
Mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan statistik
Atau dokumen saintifik
Berserta dengan beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu...

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
Jinakkan perasaan hadiahkan senyuman...

Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian...

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri
Bagai riak riak air dalam cawan
Jangan digoncang, buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air dicawan akan kita minum jua...

Tapi awas…..
Kalau ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah
Marahnya ada prima facie
Ini rajuk taraf tinggi namanya
Perlu ditangani berhati hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi “
katakan ” Sayang… abang alpa “
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekatan kasanova, tapi hati suci...

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam
Tetapi…
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin...

Wednesday, March 24, 2010

Penjagaan Mata

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer dan internet. Tidak kiralah korang seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka suka menghabiskan masa berjam jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.

Petua Menjaga Kesihatan Mata


1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata korang, sebaliknya kelip kelipkan mata korang beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata korang. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata aku belum rabun lagi biar pun berjam jam di depan komputer.


2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih bersih. Ramas ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata korang sambil kelip kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab, tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.


3. Amalkan senaman utk mata korang. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:-

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan korang, kemudian beransur ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur ansur lihat objek yang berdekatan korang. Ulang proses ini beberapa kali sampai korang naik bosan atau naik menyampah. Dalam proses tadi sekiranya korang ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu.

b. Gerakkan mata korang ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek objek berwarna hijau di luar rumah korang, seperti pokok pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata korang.


4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C seperti susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.


5. Elakkan melihat benda benda yang tidak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata dan minda.


Selamat beramal..

Tensen

Pagi tadi aku nak sharing cerita dari komputer kawan aku ni,puas aku adjust semua tak datangkan hasil. Aku try tukar group la,jadikan sama group dengan komputer kawan aku ni. Tak boleh jugak,ape lagi aku nak buat ni. Mungkin masalah dekat komputer aku kot,bisik hati kecil ku.

Habis semua aku tukar,sampai tak ingat apa yang aku tukar. Last2,aku try buat akaun baru. Letak la user name baru,tapi tak jadi jugak. Malas nak fikir,aku pun tidur la. Dalam 3 jam lepas tu aku terjaga,yang aku ni tak solat zohor lagi. Tengok jam dekat nak asar dah,aku pun terus ke bilik air lalu berwuduk dan solat.

Lepas tu aku terus menuju ke komputer,tekan je keyboard terus keluar akaun kapak dan administrator. Tekan penuh yakin aku klik la kapak tu,tiba2 keluar... Ape pulak yang ni,marah pada diriku. Semua benda yang aku save dekat desktop habis hilang,dekat firefox pun sama. Aku terus cari balik akaun yg tadi,dah hilang. Restart komputer pun tak jumpa dah,paling tensen apa yg aku seeding dekat utorrent semua hilangggg.

Surat Untuk Kekasih

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora, shahdu dan garfu.Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagtit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari hasil jualan pedal basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor zirafah dan 386 ekor anak tenuk . Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam mahupun Pendekar Pinang Sebatang. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku hanyalah sejenis mamalia yang berdarah panas yang hanya bisa meneguk air sebanyak 8 gelas sehari untuk kecergasan minda. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat pensil 2B.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok sena berduri ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada proses pernafasan ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbit warna jingga. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka seperti menanti pokok rambutan berbuahkan pisang atau buah khuldi. Akhirnya aku mengambil keputusan SPM dan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Semoga dengan berbuahnya tiang elektrik ini bisa memeranjatkan seluruh kaum Adam yang sudah dibalik bumi dan tidak lupa dirimu jua…

Tuesday, March 23, 2010

Rahsia Bulan Dilahirkan

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Inteligent, bijak dan genius
Berpesonality yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yg lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamirkan marahnya
Tidak suka benda yg remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamirkan emosi


MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semula jadi, jujur pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dengan hiasan rumahtangga
Mempunyai bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
Jangan terlalu moody


APRIL

Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit disekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

Kekerasan hati dan degil
Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental dan fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk dirumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros


JUN

Berfikiran jauh dan berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai idea atau mood
Idea yang terlalu banyak dikepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
Cepat marah dan cepat sejuk
Suka bercakap dan berdebat
Suka buat lawak dan bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan dan pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji adalah musuh, tetapi siapa menegur adalah kawan


JULAI

Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk dirumah
Suka tunggu kawan tapi tidak cari kawan
Tidak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kawal tidak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat
Rajin dalam membuat kerja


OGOS

Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orgnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah dan bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah dan mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin dan dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih, penyayang
Suka mencari kawan


SEPTEMBER

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
Sangat cermat, teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool sangat baik dan mudah simpati
Sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
Kerja yg dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan dan melancong
Kurang menunjukan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik


OKTOBER

Suka sembang
Suka org yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan dan sopan santun
Kecantikan luar dan dalam
Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan org lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan dan pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera dan seni
Pengasih, penyayang dan lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati dan cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat


NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yg luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personaliti dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati
Apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
Tidak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari org lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu
Cuba sampai berjaya
Badan yg tough
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
Suka duduk dirumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik


Take a break... Don't take it seriously...

Telur

Cerita ini berlaku dalam tahun 1997 di bandar Kuala Terengganu. Dipendekkan cerita... Datanglah dua orang lelaki mat salleh (seorang berkulit putih dan seorang lagi negro) ke bandar Kuala Terengganu untuk menikmati keindahan negeri Terengganu sempena dengan Tahun Melawat Terengganu 1997. Setelah tiga hari mereka berada di Kuala Terengganu mereka pergi ke Pasar Kedai Payang untuk membeli telur untuk makan tengahari. Di Pasar Kedai Payang...

mat saleh : i want to by an eggs...
penjual : mender?? (apa?)
mat saleh : eggs...eggs...i want eggs..
penjual : nok mender?? mak cik dok fahang nih..
mat saleh : egggsss....eggsss...
penjual : mak cik katerr dok fahang...dok fahang ahh..

Oleh kerana terlalu berang dengan mak cik (penjual) yang tidak faham english maka, mat saleh (kulit putih) telah menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik tadi..

penjual : ooo..kabo lah nak beli telurr...

Mak Cik itu pun bagi lerr telur kat mat saleh 2 orang tadi. Oleh kerana terlalu lapar dan terlalu berang dengan peristiwa di Pasar Kedai Payang tadi,maka kedua2 mat saleh tu pun makan dengan banyaknya tengahari tu. Nak dijadikan cerita..telur yang mereka beli tadi pun habis dan mat saleh (kulit putih) pun menyuruh negro pulak pegi beli telur kerana dia dah tak sanggup lagi nak mengahadapi mak cik tadi. Maka dengan berat hati negro tu pun pergilah beli telur kat Pasar Kedai Payang ngan mak cik tadi.

negro : i want to buy an eggs...eggs..
penjual : menda?? menda?? nak beli menda??
negro : eggs...egss...eggsssss...

Tiba-tiba negro tu pun teringat la masa dia dengan kawan dia beli telur tadi. Dengan penuh yakin dan 'konfidennya' negro tersebut menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik penjual telur. Maka dengan penuh yakin dan 'konfidennya' juga mak cik penjual telur tu pun memberikan telur masin (telur yang dibalut dengan campuran tanah liat dan arang) kepada negro tersebut. Apa lagi... terkejut beruklah negro tadi kerana telur yang dibelinya tidak sama dengan telur yang dia dan kawan dia beli tadi...


"Benda Yang Serupa Tak Semestinya Sama"

Monday, March 22, 2010

Perkahwinan Cyber



Aku cerita la serba sedikit ye,pengantin lelaki ni dekat mesir. Jadi die ni tak dapat nak balik malaysia bagi menyempurnakan tujuan untuk berkahwin,dengan alasan selagi dia belom dapat segulung ijazah dia tak akan balik. Tapi kenapa belah perempuan terus untuk langsungkan pernikahan ni? Disebabkan oleh perjanjian antara kedua belah pihak akan berlangsungnya pernikahan bila tamatnya tarikh mereka bertunang,jadi terpaksa lah langsungkan juga walaupun pengantin tidak ada bersama.

Abang kepada pengantin lelaki tersebut yg menjadi wakil semasa akad nikah berlangsung,nasib tak tersalah sebut nama kan. Bagi aku sendiri,sebagai lelaki semasa akad tu la yg berdebar2. Tapi dia ni tak dapat rasakan suasana tu,cuma dapat saksikan dalam webcam je. Nak tau peluh jantan keluar,masa akad nikah lah.


Aku pun rasa nak buat macam ni jugak la,haha

Anak anak Zaman Moden

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy....sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis......

SCROLL DOWN....
















































NAME : ............ .......... .......... ....
SCHOOL : ............. ......... ......... ...
CLASS : ............. ......... .......... ....
SEX :........... ......... .......... ......

Sunday, March 21, 2010

Hoben Jang Hoben



Moh kito sumo ponuhkan stadium... N9 vs Selangor..
30/3/2010 - Stadium Shah Alam
3/4/2010 - Stadium Paroi

dogheh poei jumpo bomoh...haha

Saturday, March 20, 2010

Pak Pandir Moden

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..


Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir: bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air... Bagi air coke yer...

Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)

Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...


Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...


Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?


Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Friday, March 19, 2010

Amnu Daulah

Semalam dalam pukul 9 malam lebih kurang la,aku dapat panggilan dari nombor yg aku tak kenali...


'ni us syahrizal ke?' suara dari pangilan tu.

'ye saya,ada apa2 yg boleh saya bantu?' aku menjawab dengan spontan.

'harap esok us dapat datang ke balai polis untuk berjumpa dengan amnu daulah' persoalan yg dijawab.

'insya-allah,dalam pukul berapa ye?' aku bertanya lagi.

'pukul 1.30 lepas jumaat,tunggu depan bank. Tapi kalau tahu,boleh masuk terus ke balai. Jumpa ana di sana' dia terus menjawab dengan panjang lebar.

'ok2,esok kita jumpa dekat balai' aku tutupkan perbicaraan.


Mesti semua tertanya2 kenapa aku perlu ke balai polis,ingat aku ni jahat sangat ke? Untuk urusan visa la,dekat sini sebelum dapat visa kena jumpa dengan ketua polis dulu. Tapi 2 tahun mula2 aku sampai dekat sini memang takde pun jumpa,terus buat dapat je visa. Tapi setelah banyak kes yang melibatkan pelajar2 luar ni,tu yang kena buat peraturan baru.

Jam baru pukul 1,sempat lagi nak layan cite blogger boy ni. Layan punya layan,dah dekat pukul 1 setengah,aku dah la tak taswir pasport lagi. Aku pun bersiap2 dengan pantas,terus keluar rumah. Aku round la cari kedai yg buka untuk taswir ni,semua tutup. Hari ni jumaat,jadi dekat sini jumaat ni off day.

Arghh,dah pukul 2 ni. Tapi tak jumpa2 lagi kedai,arab ni betul la. Last2,setelah penat aku berjalan akhirnya jumpa jugak kedai yg buka. Aku terus lajukan langkah ke balai polis,harap2 diorang ade lagi la. Bila sampai je di balai,aku tengok lengang. Yang ade cuma polis2 yg duduk lepak2 minum teh,macam mana nak buat ni. Dengan muka tak segannya aku pun terus tanya dekat polis tu,macam mana nak jumpa amnu daulah?

Tak sampai 5 minit,anak buah amnu daulah tu keluar. Tanpa banyak soal terus minta paspord aku,aku pun kasi la. Haa,dah settle. Kejap betul,lalu aku pun terus balik dengan hati yg gumbira..

Thursday, March 18, 2010

Ardul Kinanah

Bumi Anbiya`, Auliya`dan Ulama`...

Tidur aku terganggu bila kedengaran suara bising ketika dalam perjalanan menaiki pijot dari Zaqaziq ke Kota Kaherah,rupa-rupanya pertengkaran di antara pemandu dan penumpang disebelahnya. Aku cuba untuk melelapkan mata kembali,namun kornea sudah enggan untuk menyambung tidur semula. Cuping telinga tercari-cari apakah butir yang menjadi masalah antara mereka sambil hati cuba menahan geram dan sabar.

Bumi mesir, siapa diantara kita yang tidak maakruf? Perkara yang kecil pun nak dibesar-besarkan, dan masalah yang dibesar-besarkan itu pula pertengkaran dan pergaduhanlah menjadi penyelesaiannya. Itulah satu diantara keburukan mereka sambil fikiran ini terus berputar mencari seribu satu keburukan kaum arab mesir sepanjang perjalanan tersebut.Lihat sahaja zuruf sekeliling,jauh sekali bezanya dengan Malaysia, tanahairku, infrastruktur, kemudahan,perkhidmatan,segala-galanya berbeza.

Namun ketika fikiran aku terus mencari kesalahan dan keburukan,aku teringat pepatah yang mengatakan ‘ dalam setandan pisang tidak semuanya yang busuk’ menyedari hakikat diri yang suka mencari kesalahan orang lain, hati cuba menilai kembali lupakah diri akan kebaikan dan kelebihan yang tersirat disebalik seribu satu keburukan tersebut. Sudah hampir 6 tahun meninggalkan bumi Malaysia,apakah diri ini sudah mencari dan mendapat segala yang diazamkan sebelum menjejakkan kaki di bumi Anbiyak ini?Inilah yang cuba dicoretkan,kebaikan dan kelebihan yang tersembunyi


Selayang Pandang

Mesir,sebuah Negara berkeluasan 1.002.00.km2 termasuk diantara Negara yang penyebaran penduduknya paling tidak merata di dunia,di mana 99% penduduknya tinggal berdesakan pada sekitar 4% dari seluruh luas area(sepanjang sungai Nil). Puncanya sudah tentu kerana 96% wilayahnya terdiri dari padang pasir yang gersang.Penduduk dinegara ini sudah mencapai ke angka 68.5 juta jiwa manusia,dengan kepadatan penduduk 62 kilometer persegi.

Negara yang menaungi 26 buah negeri ini terletak antara benua Asia dan Afrika,namun dunia lebih cenderung untuk melabelkannya sebagai sebuah Negara yang terletak dibenua Afrika, kerana lebih 90% kawasan daratanya berada di Afrika. Posisi Mesir yang berdekatan dengan benua Asia dan bertentangan dengan benua Eropah memang kelihatan strategik,disebelah utara bersempadan dengan laut Mediterranian,manakala dibahagian Selatan pula bersempadan dengan Negara Sudan,dibahagian barat dengan Libya dan disebelah Timur dengan Laut Merah dan Israel.


Sejarah

Khazanah peradaban masa lampau sememangnya telah mengangkat Mesir ke pentas sejarah dunia.Negara yang berada di sudut benua Afrika ini nampak biasa saja seperti Negara-nagara membangun yang lain,namun kekayaan budaya dan warisan sejarah yang dimilikinya telah menjadikannya sebuah Negara yang sungguh luar biasa. Sememangnya kita sering mendengar ungkapan Misr Umm al-Dunya,Misr Umm al-Hadharat dan sebagainya. Menyelusuri sejarah peradabannya yang telah bermula sejak 3200 SM,yang mana dimulai dari Pharaonic, Hellenistic,Romawi dan seterusnya tamadun Islam.Tempoh masa ketika berlakunya Tamadun Pharaonic sahaja sehingga tahun 332 SM atau lebih kurang selama 2800 tahun,yang mana telah diperintah oleh 330 firaun yang terbahagi kepada 30 Dinasti dan melewati 7 zaman.

Peradaban Islam pula telah mengubah corak tamadun Mesir ketika Amru bin Asr berjaya memasuki Mesir melalui Syiria pada musim dingin tahun 639 yang mana empayar Islam ketika itu dipimpin oleh Khalifah Ummar bin Khattab.Selama di Mesir,pasukan Islam dapat diterima secara damai oleh masyarakat Mesir yang majoritinya beragama Kristian Katolik dan sekelompok Yahudi,ini kerana islam sangat bertoleransi dalam beragama,dimana umat Kristian ketika itu diberi kebebasan untuk menentukan pendetanya bernama Benjamin.

Setelah itu,di atas perintah Umar bin Khattab,didirikanlah sebuah kota yang menjadi ibu kota kekuasaan islam di mesir,Fusthath.Secara ringkasnya,Mesir ketika itu bernaung dibawah Khalifah Madinah.Lalu berada dibawah kekuasaan Empayar Ummayyah yang berpusat di Damaskus,dan terakhir Abbasiah di Baghdad.Sejak itu mesir telah diperintah oleh 80 gabenor,tetapi hanya 2 Khalifah sahaja yang pernah singgah di Mesir : Marwan II, Khalifah Ummayyah terakhir dan Khalifah Al-Makmun, putra Harun Al-Rasyid dari Abbasiah. Rentetan dari Fath Misr ini, secara perlahan Mesir mengalami Arabisasi dan islam mula diterima oleh penganut Kristian serta bahasa Arab menjadi bahasa yang popular digunakan.

Selepas itu lahir Empayar-empayar islam yang silih berganti pemerintahan seperti Empayar Thoulouniyah(868-905 M/254-292 H), Empayar Fathimiah(969-1171 M/358-567H), Empayar Ayyubiah(1171-1250 M/564-648 H), Empayar Mamalik(1250-1517 M/648-922 H) dan seterusnya serta berlaku berbagai-bagai perubahan yang tak termampu untuk aku coretkan..


Kiblat ilmu

Bumi Mesir dan Al-Azhar memang sudah tidak dapat dipisahkan dan kerana Al-Azhar jugalah aku berhijah dari Malaysia untuk menyambung perlajaran di Al-Azhar yang kini menjelang usia 1035 tahun perhitungan Masihi atau 1067 tahun mengikut perhitungan hijriah. Sejak di bangunkan pertama kalinya pada 29 Jamadil awal 359 H (970 M) oleh panglima Jauhar Ash-Shiqilli lalu dibuka rasmi dan solat Jumaat pada 7 Ramadhan 361 H, bangunan besar yang asalnya sebuah masjid ini, bagai tidak pernah lelah membidani ulama dan cendiakawan muslim. ‘Institusi Pendidikan Tertua’ Itulah penghargaan sejarah buatnya...

Tuesday, March 16, 2010

Adik..



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas,hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al- Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu- mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.


Gua nangis beb...

Rahsia Alam

15 fakta menarik..


1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca akan cuba untuk menjilat sikunya.

Terubat Juga

Tak tahu la aku rasa lain macam,hari ni dengan semalam hati aku ni dok fikir orang dekat malaysia. Last2 pagi tadi aku pun sms la my bos dan my mum,sampai 6 sms jugak la aku send dekat diorang. Ye la,dah masing2 ade hp. Bagi la seorang 3,jadi la kan. Tanda aku ingat dekat diorang,nak call mahal.

Tup..tup.. Bila aku terjaga je dari tidur,dapat 1 sms yg mengatakan 'dia' tengah online skrg. Aku pun bergegas buka komputer,adakah 'dia' mendengar aku sedang merinduinya? Doa la agar aku dengan si 'dia' dipercepatkan jodoh,AMINN.. Nak tahu kena tunggu kad jemputan sampai ke rumah,jeng jeng jeng..

Burung Merpati

Tuk..tuk..tuk..tang..tang..tang.. Pintu rumah ku diketuk,siapa pulak yg datang ni ke budak2 ni keluar tak bawak kunci. Aku pun skodeng la,rupanya arab bawak batang paip. Aku pun terus bukak pintu,mula la sesi soal jawab..

Tapi tak payah la tulis apa yg aku borak kan,panjang sangat. Aku persilakan arab tu masuk,terus aku bawa dia ke tingkap. Dia mula la jolok2 burung merpati tu,aku tengok je la arab tu buat kerja. Dalam hati kecil aku cakap,dia ni nak tangkap burung ke nak halau burung. Kemudian satu persatu burung tu jatuh ke bawah,dalam 3 ekor juga la dia dapat.

Kalau korang nak tau,burung2 ni buat port dekat tepi rumah aku. Antara rumah aku dengan jiran,macam ada sedikit ruang la. Jadi dekat situ la burung2 ni menari2,aku pun dah lama geram dengan burung2 ni. Tapi apakan daya,nak tangkap takut lari. Lepas tu tak tahu pulak siapa tuan dia,kang tak pasal2 kena sumpah jadi peti ais.

Lepas arab tu jolok2 burung tu,die pun keluar. Aku pun pelik dan hairan,nape burung ni tak lari. Banyak persoalan yg bermain dalam kepala otak ni,abaikan je la...

5 jam kemudian..Tuk..tuk..tuk..

Siapa lagi yg datang ni,aku pun terus skodeng. Lor,arab tadi lagi. Kali ni die bawa batang paip yg lagi panjang,aku pun persilakan dia masuk. Kali ni tinggal 2 ekor je burung,die terus menjolok. Hanya seekor je jatuh ke bawah,seekor lagi sempat menyorok. Aku pun mula la bertanya,persoalan yg bermain dalam kepala ni. Arab tu pun sengeh je dengar soalan aku,mesti die ingat soalan aku terlalu mudah kot. Mesti jugak die terfikir,kalau ada anak die suruh anak die je jawab.

Burung merpati yg kecil ni,dia tak boleh terbang jauh. Jadi bila kite tolak die ke bawah,burung ni tak boleh nak terbang balik ke atas. Aku pun mengiyakan je,tapi aku tengok sama je saiz burung2 ni. Mana nak tau besar dan kecil,abaikan je la. Arab ni pun keluar dari rumah dengan muka yg happy,banyak hasil tangkapan la tu.

Kalau aku tahu semudah ni tangkap burung2 ni,dari dulu lagi aku dah tangkap. Goreng pun sodap....

Monday, March 15, 2010

Sekolah vs Tidur

Jam menunjukan pukul 3 pagi,badan terpusing2,mata berkelip2,tangan menumbuk2 nyamuk. Last2 bangun je tidur,ambil baju2 yg dah lama terperam. Tunggu masa nak campak dalam plastik hitam je,detik hatiku untuk basuh baju.

Sambil2 tunggu mesin berpusing,dok godek2 pc. Tengok cite2 yang belum aku sedut,nasib tak banyak kalau tak jahanam ratio aku..

Azan subuh berkumandang,aku terus tunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslim. Lepas tu aku belek2 kitab yg tebal2,ambik semangat dulu untuk menghafal kitab2 ni. Jam dah pukul 7 pagi,mata mula la terkedip2 mintak untuk aku layan. Tapi tangan cuba menampar2,otak mula berfikir untuk ke sekolah...

8 pagi aku bersiap2 dengan macho2,biasa la nak tuntut ilmu ni kena la hensem2,wangi2,bukan untuk dipertontonkan tapi untuk mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu. Kaki mula gerak ke sekolah,mata sambil2 tengok gelagat arab.

Sampai dalam kelas aku tengok rakan2 sekelas ku buka buku yg takde pada ku,lalu aku membelek2 beg mana la tau kalau2 aku terbawa ke. Rupa2 nya subjek tu memang aku tak bawa,patut la takde dalam senarai kitab aku. Aku terus menuju ke bawah tengok balik jadual,salah ke catitan aku. Eh,betol dah ni. La....rupanya hari ni isnin. Macam mana aku boleh tak ingat hari ni isnin,mati2 aku ingat ahad..

Pastu aku mula usha kalau2 dah keluar kitab aku yg lagi 1,tengok2 punya la ramai. Tak kan nak berebut lagi kot,koyak lagi la baju aku nanti. Arab ni hari2 penuh,pelik betol aku. Cuba la tetapkan hari yg tertentu untuk pelajar2 luar ni,nak2 orang asia yg berbadan kecil macam aku ni. Akhirnya aku buat keputusan balik rumah je,pergi saja je la kat sekolah..

Walaupun aku pergi tangan kosong hari ni,sekurang2nya aku berjaya melawan tidur ku..hahaha..


Jom ramai2 poei sekolah...

Sunday, March 14, 2010

Before & After Married


Before marriage.. I die for you..
After marriage.. You die, up to you.
Lagi lama married.. You die I help you!

Before marriage.. You go anywhere..I follow you.
After marriage... You go anywhere..up to you.
Lagi lama married...You go anywhere...better get lost!!

Before wedding - "you are my heart, you are my love"
After wedding - "you get on my nerves."

Before wedding - "you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding - "you are worse than godzila."

Before wedding - Roses are red, violets are blue Like it or not, I'm stuck
with you
After wedding - Roses are dead, I am blue You get on my head, I
will sue you

Before wedding - Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding - You want to go, he says you wait-la

Before wedding - She looks like Anita Sarawak
After wedding - Don't know whether katak or biawak

Before wedding - Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill
After wedding - Furthest you go is Gasing Hill

Before wedding - He opens the car door
After wedding - He opens his mouth and snores

Before wedding - She / he was your ideal
After wedding - She / he becomes your ordeal


Just for fun..hehe

Saturday, March 13, 2010

BBQ





Semalam lagi lepas pegi bazar,budak2 ni dah plan nak buat makan2. Sorang le20 sahaja,korang melantak la sampai biul. Bile puas melantak dekat bazar,aku n the geng gerak beli ayam. Kalau ayam sekilo le17,tapi kalau ambik peha je le16 sekilo. Pikir punya pikir,ambik peha je la. Senang tak payah nak potong2,sebab semua bajet2 org KL. Takut tangan kotor la konon,hampehh..

Bile setel je upacara membeli ayam,balik terus umah. On the way nak balik,sempat lagi terpikir sempat ke nak bakar ayam ari ni. Ape pun tak beli lagi ni,nak peram ayam lagi. Last2 ambik keputusan buat esok je,haha...

Tengah hari dah mula buat projek,ade yg pergi pasar. Ade yg wt acara potong memotong,aku jugak yg membuta.haha..Bakat aku cume dekat memanggang ayam je,tu la simpan tenaga untuk malam pulak. Bile semua dah settle,aku pun mula la operasi buat bara. Setengah jam jugak la baru api menyala,perghh lenguh tangan siut..

Ayam mula la di letak kat bara,4 round jugak la baru habis. Semua dah stanby dekat umah nak melantak,sampai je ayam tak pikir banyak dah. Terus je jalan kan tugas,dah semua terlentang sambil otak melayang2 ke tempat tidur.

P/s : Gambar dalam kamera budak2 ni,kalau ada nanti aku upload..

Friday, March 12, 2010

Bersyukurlah kamu..

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu...

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.
"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yg bakal dtg.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ...
Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi." Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan ... Telah meninggal dunia."
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.