Pages

Free advertising

Tuesday, May 31, 2011

Di sini Tidak Boleh Berenang

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.

Tiba tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya " Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini! "

Wanita tersebut tergesa gesa mengambil pakaiannya " Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian? " soal wanita tersebut. " Memanglah di sini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian" jawab pemilik dusun.

Saturday, May 28, 2011

Jujur

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut. Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya " Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya inginkan ayam gorengku "

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

" Aku tidak mengerti " kata pemilik restoran. " Anda adalah satu satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang orang jujur yang mahu bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu? "

" Itulah masalahnya " kata si pemuda. " Isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini "

Monday, May 23, 2011

Juruterbang

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara " May day, may day, may " terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio

" Pesanan anda didengar jelas " kata petugas menara pengawal " Harap bagi tahu tinggi dan posisi anda segera "

" Ya, baik " jawab juruterbang itu " Tinggi saya 1.8 cm dan saya duduk dikerusi yang paling hadapan "

Thursday, May 19, 2011

Gigi

Pada suatu hari, Seman pergi berjalan ke klinik gigi, lalu dia bertanya kepada doktor gigi tentang bayaran di klinik tersebut

Seman : Berapa harga untuk cabut sebatang gigi doktor ?

Doktor : RM100

Seman : Mahalnya, yang murah sikit ada tak ?

Doktor : Ada iaitu RM50, tapi kena tahan sakit sikit la sebab tak gunakan bius

Seman : Masih mahal lagi tu doktor, yang paling murah sekali ada tak ?

Doktor : Baiklah, saya akan suruh pekerja saya untuk cabut guna playar

Seman : Cantekk, masuk kan nama bos saya untuk rawatan esok

Wednesday, May 18, 2011

Bonus Raya

Seorang bos telah beraya dirumah salah seorang pekerjanya

Bos : Selamat hari raya Sudin, maaf lah ye tahun ni tak ada bonus raya. Company kena berjimat cermat sikit, I pun pakai baju raya tahun lepas ni

Sudin : Tak apa, I faham. Jemput la makan

Bos : Kenapa kuih U keras semacam je ni ?

Sudin : Jimat cermat bos, pakai kuih tahun lepas je la

Bos : @#$%@^&

Monday, May 16, 2011

2 In 1

Pada suatu petang, Salman pulang dari kerja dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. " Kenapa ni sayang? " tanya Salman. " I diserang sakit jantung " jawab isterinya.

Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata " Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar "

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata " Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye "

Friday, May 13, 2011

Duit dan Air

Ada seorang pemuda ke kedai mamak, dia hanya ada 70 sen semasa itu

Pemuda : Berapa harga teh panas dengan sejuk ?

Mamak : Panas 70 sen sejuk RM 1.20

Pemuda : Bagi teh panas 1

Sampai je teh panas pemuda itu terus minum

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat ?

Pemuda : Kalau saya tunggu lama lama nanti sejuk pula, tak pasal pasal saya kena bayar RM 1.20

Thursday, May 12, 2011

Cemas

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki : Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin !

Jururawat : Sila bertenang, ini anaknya yang pertama ke ?

Lelaki : Apa la punya bangang, ni laki dia la !

Jururawat : Erkkk...

Tuesday, May 10, 2011

Kanggaru

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Setakat ini, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu " Agak agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini? ". Kanggaru itu menjawab " Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam malam seterusnya ".

Monday, May 9, 2011

Pembeli Potret

Suatu hari, ada seorang pembeli potret jalan jalan dekat muzium

Penjual : Mari mari potret gabenor ( gabenor gabenor bank negara ) kot

Pembeli : Berapa harga potret tu ?

Penjual : Harganya cuma RM100 sahaja

Pembeli : Nah RM200

Lalu penjual pulangkan baki RM100, lalu terus beredar dari situ

Pembeli : Aik mana potretnya ? Wei, mana gambar potretnya ? ( menjerit pada penjual )

Penjual : Kan dah bagi potret dia kat duit tu

Saturday, May 7, 2011

Bergaduh

Satu hari Sudin dan kawan kawannya bermain di padang permainan. Kebiasaannya, pelajar tabika ini akan bermain daripada makan khasnya waktu lunch hour. Selepas keletihan bermain, mereka pun duduk untuk berehat di bawah pokok. Tiba tiba, Kalsom membuka cerita tentang ibu bapanya yang selalu bergaduh.

Kalsom : Mak kite selalu gaduh dengan ayah kite. Diorang macam tak sayang kat kite lagi ( Sambil menangis teresak esak )

Sudin : Macam mane diorang berdaduh ? ( Pelat budak berusia 5 tahun )

Kalsom : Mak kite baling pinggan, pisau, cerek, garfu, peti sejuk, semua yang ada kat dapur.

Sudin : Kesiannya awak. Tapi tite pun sedih jugak. Mak tite dengan ayah tite pun selalu bedadoh. Selalunya mak tite yang tene pukul. Mak tite selalu jerit jerit. Ayah tite pulak asik suruh diam je sebab tanak tite banun.

Kalsom : Macam mana diorang bergaduh ?

Sudin : Mak tite berdaduh dengan ayah tite, sampai berdoyang tate ( Sambil nangis )

Friday, May 6, 2011

A Ba Ta

Amin ni budak sekolah agama, tapi dia tak berapa reti nak tulis jawi. Nak dijadikan cerita. Pada suatu hari, Ustaz ajar mengeja perkataan inggeris dalam tulisan jawi. Semua pelajar sempoi je jawab. Sampai je giliran Amin, perkataan yang dia kene eja ialah " Avatar " ( ni mesti kes ustaz dia baru tengok cerita Avatar )

Ustaz : Amin, tolong tukar perkataan ni kepada tulisan Jawi.

Amin : Ni senang je Ustaz ( sambil menulis huruf Alif Ba Ta dekat papan hitam ). haa, kan senang tu

Ustaz : Betul juga tu, tak terfikir lak saya

Wednesday, May 4, 2011

Ayam oh Ayam

Dalam sebuah perkampungan, ada seorang pak cik yang bekerja sebagai penternak ayam. Bermacam macam jenis ayam ada, ayam jantan, betina, bertelur, jantan bertelur, katik, tidak katik, ibu ayam dan juga bapak ayam.

Nak dijadikan cerita, seekor ayam jantan tua telah berkuasa di situ. Ketua semua ayam ayam, awek dia jangan cakap la, memang ramai sampai mencecah 25 ekor. Tak padan dengan usia.

Suatu hari pak cik tersebut membawa balik ayam jantan yang baru, yang lagi hensem, lagi smart dan bertenaga. Sebab khuatir ayam jantan tua tersebut dah tak mampu nak layan semua ayam betina, jadi si ayam jantan tua ni pun cemburu. Lalu mencabar ayam jantan muda datang bertarung dengannya " Oi ayam muda, jangan harap kau boleh ganti tempat aku tahu ".

Ayam jantan muda terasa tercabar dengan kata kata ayam jantan tua itu " Tak guna, dah tua tua dok cabar cabar lagi ". Ayam jantan tua menyambung kata katanya semula " Oi ayam muda, esok pagi kita adakan race. Siapa menang dia akan dapat kuasai ladang ni dan betina betina ni semua dia yang punya. Apa macam? ". Ayam jantan muda berlagak sombong. " Tak apa kau ayam tua, dengan otot otot aku yang kuat ni, boleh kalahkan kau la ayam tua kedut tak ada gigi "

Pada keesokan paginya, ayam jantan tua memberi taklimat tentang perlumbaan tersebut. " Peraturan dia senang je, aku kene duduk depan kau sebab aku ni dah tua. Setuju? ". Ayam muda mengangguk. " Lagi satu, aku kena duduk 5 meter depan kau. Setuju? ". Ayam muda mengangguk lagi tanda setuju.

Ayam muda berlari dengan lajunya mengejar ayam tua tersebut, tiba tiba terdengar bunyi tembakan. " POOOooMMM!!!! ". Ayam jantan muda terkulai nyawa nyawa ikan. " Sial punya ayam jantan, tak boleh diharap. Kenapa semua ayam jantan aku beli homoseksual? "

Tuesday, May 3, 2011

Rahsia Suami

Sue tidak pernah ambil kisah mengenai sebuah kotak hitam milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka, sudah 20 tahun kotak itu berada disitu. Pada suatu hari, ketika Sue mengemas bilik tidur mereka, dia tidak dapat menahan perasaannya yang ingin tahu kandungan kotak hitam itu. Sue terperanjat dan hairan mengapa ada 3 biji telur dan rm3000 di dalam kotak itu, dia pun bertanya kepada suaminya.

" Kenapa abg letak 3 biji telur di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu untuk menjawabnya " sayang, setiap kali abang berlaku curang kepadamu, abg akan letak sebiji telur sebagai tanda penyesalan "

Sue terdiam tetapi masih mampu mengawal kemarahannya kerana 3 kes curang dalam 20 tahun mereka bersama. Kemudian, sue bertanya lagi " tetapi, kenapa abang ada rm3000 dalam kotak tu? "

Dengan suara terketar ketar suaminya menjawab " setiap kali telur telur itu cukup sedozen, abg akan menjualnya dan duit abang akan letak di situ "

Monday, May 2, 2011

Jam Tangan

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaiki jam bertanyakan tentang harga jam itu.

" Seribu ringgit " kata lelaki itu dengan rasa bangga.

" Awak telah ditipu, ini jam tiruan bukan jam asli. Di mana awak beli? "

Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab " di sinilah !!!!! "