Pages

Free advertising

Tuesday, June 21, 2011

Sarjana

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.


" Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul ini jalan Pasir? ". Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab " ha’ah ". Pelancong itu tidak faham perkataan " ha’ah ". Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.


Masih dalam kebingungan, melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya. " Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir? ". Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab " Benar ". Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan benar. Namun kerana budak remaja itu mengangguk, dia yakin yang jawapannya adalah betul.


Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa. Lalu pelancong itu segera bertanya " Maaf encik, saya tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir? ". Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab " Betul ". Akhirnya pelancong itu merasa puas, tapi masih kehairanan. Lalu untuk menghapus rasa keraguannya, dia bertanya lagi.


" Saya keliru, tadi saya bertanya kepada budak kecil tapi jawabannya ha’ah. Lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya benar. Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab betul, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul? "


" Oh, itu maksudnya sama saja. Kalau yang menjawab ha’ah bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah saja. Kalau yang menjawab benar, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah dan kalau yang menjawab betul itu pastinya orang itu ada sarjana " jawab orang dewasa itu


" Jadi.. Anda tadi menjawab betul, bererti anda seorang sarjana ya? " tanya pelancong lagi. Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab " ha’ah "

Sunday, June 19, 2011

Skandal Doktor Muda

Seorang doktor muda merasa kurang selesa dengan apa yang terjadi di kliniknya, dia pulang ke rumah dengan wajah sugul.

Setibanya di rumah, dia merebahkan diri di katil fikirannya berkecamuk.

Tiba tiba dia mendengar suara dalam kepalanya berkata

" Sudah la, doktor menjalin hubungan intim dengan pesakitnya adalah perkara biasa. Di mana mana pun ada berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan "

Si doktor berusaha untuk setuju dengan kata kata itu, tapi apa yang terjadi pagi tadi terbayang kembali di matanya, serta merta hatinya kembali runsing.

Dia membalikkan tubuh, kemudian terdengar lagi suara tadi berkata

" Jangan khuatir la, orang sudah biasa mendengar hubungan seksual doktor dengan pesakitnya, tiada apa yang perlu dirisaukan "

Doktor itu mulai tenang, perasaannya beransur ansur pulih. Tiba tiba satu suara lain dari dalam kepalanya berkata

" Tapi masalahnya engkau kan doktor haiwan "

Wednesday, June 15, 2011

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati.

" Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman " kata pemimpin.

Tiba tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan.

" Oh.. Syukur pada Tuhan, mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang "

Sunday, June 12, 2011

Dalam Sebuah Kampung

Di dalam sebuah negara, terdapat sebuah kampung bernama Kampung Denai Lopak Berdarah. Pada suatu hari, telah diumumkan kepada seluruh rakyat jelata bahawa akan diadakan satu pertandingan cerita yang paling panjang. Barangsiapa yang paling panjang ceritanya, maka dia lah yang akan menjadi pemenangnya

Abu : Aku nak masuk la pertandingan tu, confirm aku menang punya

Ali : Tak, aku yang akan menang. Aku dah siapkan cerita yang paling panjang kalau kau nak tahu.

Abu : Aik, baru je hari ni keluar pengumuman bertanding, ko dah siapkan cerita ?

Ali : Tunggu je la abu


Hari pertandingan telah tiba

Ramai yang telah masuk bertanding, tapi semua ceritanya habis awal. Kempunan la si sultan ingin mendengar cerita yang paling pnjang. Telah tiba giliran Ali, tak sampai 10 saat cerita dah habis. Kini masuk pula giliran Abu, sama juga cuma lebih 5 saat saja dari Ali. Kedua dua kempunan tidak memenangi satu apa pun.

Kemudian, tiba tiba datang seorang pemuda yang entah dari arah mana datang terus menuju ke pentas. Dengan muka tidak bersalah, dia terus bercerita. Pada satu hari saya telah pergi ke sebuah hutan, sungguh penat saya hari tu. Sampai lah saya berhenti di sebuah pohon yang rendang, ketika enak bersandar, saya ternampak seekor semut yang besar berjalan di atas pohon itu. Kemudian, keluar pula seekor semut yang kecil, selepas itu pula keluar lagi seekor semut, comel betul semut semut itu. Selepas itu keluar lagi seekor semut, lepas tu keluar lagi semut yang lain. Kemudian keluar la lagi seekor semut yang lain, lepas tu keluar lagi semut yang lain. Begitu lah smpai kesudah, semut saja yang keluar.

" Nampaknya kita sudah jumpa pemenang Dato'. Akhirnya, kita dapat juga mendengar cerita yang paling panjang " kata sultan.

Saturday, June 11, 2011

Ganti Puasa

Sepasang suami isteri sedang berbual bual tentang puasa yang belum habis di ganti oleh si isteri. Bulan puasa makin menjelma, jadi wajib lah si isteri itu tadi menggantikan puasanya secepat mungkin. Maka, si isteri pun berkobar kobar semangat untuk menggantikan puasanya keesokan harinya. Jam 5.50 am, si isteri terbangun untuk bersahur. Dengan pantas dan berdesup pergi ke dapur untuk bersahur, sebabnya waktu imsak dah hampir. Sempat di makan, bijirin sarapan dan pisang serta air ( Bangun lambat tak sempat nak masak )

Bersiap siap untuk ke pejabat, tiba tiba si suami bersuara

Suami : Sayang puasa ke ?

Isteri : Puasa.. Kenapa bang ?

Suami : Bukan sayang tak boleh sembahyang ke ?

Isteri : Adehh ( sambil hantuk hantuk kan tumit kasut di kepala )

Thursday, June 9, 2011

Temuduga Satu Soalan

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru di dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice )

Setelah keempat empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini "

Soalannya adalah " Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? " tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata " FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari ". Bagus, satu jawapan yang baik " kata CEO tadi.

" Kamu pula? " tanya nya kepada calon kedua. " KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua. " Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu.

" Bagaimana kamu pula? " tanya CEO kepada calon ketiga. " Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas " jawab calon ketiga. " Jawapan yang terhebat setakat ni " kata CEO.

" Bagaimana pula dengan kamu? ". CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

" Setelah diteliti jawapan calon calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali. " Haaa ?? CIRIT BIRIT ?? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni? " CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

" Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah "

Setelah di campur tolak bahagi darab, dengan ini calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan

Wednesday, June 8, 2011

Surat Kepada Bill Gates

Yang Dihormati En. Bill Gates,

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenal pasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang 'START' tetapi saya dapati tidak ada butang 'STOP'. Saya minta Tuan tolong periksa ?

2. Saya sudah pelajari 'Microsoft Word', sekarang saya mahu pelajari 'Microsoft Sentence'. Bila Tuan akan menjualnya ?

3. Di dalam komputer saya terdapat 'Microsoft Office', bagaimana dengan 'Microsoft Home' kerana saya menggunakan komputer ini di rumah ?

4. Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah 'Gates', tetapi Tuan menjual 'Windows' kenapa tidak 'Doors' ?

Saya menanti jawapan Tuan.

Sekian Terima kasih,

Mr. Bean

Sunday, June 5, 2011

Nak Juga ke Wahai Pencuri

Seorang taukeh cina kaya membuat laporan polis kerana wangnya sebanyak RM80,000 telah dicuri di rumahnya. Sementara menunggu siasatan pihak polis, dan kerana amat sayangkan duitnya itu beliau akhirnya membuat keputusan untuk menyiarkan iklan tentang kehilangan wangnya itu dalam akhbar

Iklan tersebut berbunyi begini

SESIAPA YANG MENJUMPAI WANG BERJUMLAH RM80,000 YANG TELAH SIAP DIIKAT DENGAN GETAH, TOLONG KEMBALIKANNYA KEPADA ENCIK TONG YEK LOI (TALIAN 0148881XXX/alamat xxxx) GANJARAN BERUPA KERETA B.M.W DAN WANG GANJARAN RM10,000 AKAN DIBERIKAN. SEKIAN…

3 hari selepas iklan itu disiarkan, tiba tiba pintu rumah taukey tersebut diketuk oleh seseorang. Apabila taukey kaya tersebut membuka pintu rumahnya, maka kelihatan seorang lelaki

Si Lelaki : Boleh tanya, ini encik Tong yang kehilangan wang tu ?

Taukey : Ya saya, dah jumpa ka duit saya tu ? (nada gembira sikit)

Si Lelaki : Wangnya masih belum jumpa, tapi getahnya saya dah jumpa. Ada ganjaran juga ke ni ?

Thursday, June 2, 2011

Pontianak, Drakula dan Toyol

Pontianak, drakula dan toyol dah tak tertahan lagi nk pergi dekat restoran tom yam Pak Usup.

Pontianak : Weh, aku dengar restoran tomyam yang baru buka tu kan. Ummphh !!
Drakula : Ye la, aku pun terliur bila dengar kau sebut. Aku rasa dah tak nak hisap darah lagi, aku nak tomyam pula
Toyol : Cakap pun tak guna la cik pon, kita tetap tak boleh pergi sana

Pontianak : Aku ada idea la, kita kan boleh bertukar rupa. Semalam aku try dah transform muka Angelina Jolie sikit
Drakula : Geliga juga otak kau, masa aku hidup rupa aku memang macam Tom Cruise
Toyol : Perasan.. Tapi, aku mana boleh. Erm, cik pon tolong balutkan aku ye

Pontianak : Ok, nak ajak si pocong tak ?
Drakula : Tak payah la, yang dia tau lompat lompat je bila nak sampai
Pontianak : Betul juga, lepas maghrib kita gerak

Lepas maghrib, dekat Restoran tomyam Pak Usup. Tom Cruise (drakula) datang dengan Angelina jolie (pontianak) sambil mendukung bayi (toyol).

Pelanggan : Wah, artis datang restoran ni la
Angelina : Order please.. Erm, i nak tomyam yang paling sedap dekat sini
Waiter : Ok.. (tahu cakap melayu rupanya)

50 saat kemudian.

Waiter : Siap cik
Tom : Wah.. Macam sedap ni, biar aku mencekik dulu

Seorang pelanggan nampak sesuatu

Pelanggan : Wah, Tom Cruise ada taring panjang

Suasana senyap sunyi, Drakula jadi panik. Dengan spontannya dia patahkan kedua dua taringnya

Tom : Iii.. ini.. cu.. cuma taring palsu. Saya baru balik dari penggambaran filem jaws tu, saya la yang jadi jaws tu
Pelanggan : (jaws ada taring?) Oooo

Keadaan kembali seperti sedia kala.

Angelina : Itu la kau, makan tak reti nak cover. Biar aku pula makan

Pontianak habiskan satu mangkok besar tomyam sekali hirup, akibat tak tahan pedas. Air mata pontianak keluar. Air mata darah !! Seorang pelanggan nampak

Pelanggan : Wah, Angelina kuar air mata darah

Semua pelanggan terkejut, suasana jadi riuh. Pontianak pun mula menggelabah

Angelina : Sa.. saya rindukan mak saya. Sudah lama tak jumpa dia di US
Pelanggan : Ooo (tapi kenapa air mata darah?)

Keadaan menjadi tenang semula, toyol yang dah tak tahan kelaparan terus melompat atas meja untuk makan tomyam. Seorang lagi pelanggan nampak.

Pelanggan : Wah, anak dia colour hijau !!

Semua menjadi panik, ada separuh yang bangun untuk melarikan diri.

Angelina : Err.. Anak saya ni baru saja balik pengambaran cerita Incredible Hulk ni, kami cuma nak buat surprise dekat sini
Pelanggan : Ooo.. Hebat la lakonan kamu, kami semua panik tadi

Keadaan kembali tenang, tanpa disedari oleh para hantu hantu yang sedang menyamar. Azan isyak pun berkumandang

Pontianak, drakula & toyol : Arrghhhhhhh (terbakar)

Semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tangan dan bersorak sebab ingatkan itu lakonan dari mereka lagi.