Pages

Tuesday, June 21, 2011

Sarjana

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.


" Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul ini jalan Pasir? ". Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab " ha’ah ". Pelancong itu tidak faham perkataan " ha’ah ". Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.


Masih dalam kebingungan, melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya. " Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir? ". Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab " Benar ". Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan benar. Namun kerana budak remaja itu mengangguk, dia yakin yang jawapannya adalah betul.


Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa. Lalu pelancong itu segera bertanya " Maaf encik, saya tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir? ". Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab " Betul ". Akhirnya pelancong itu merasa puas, tapi masih kehairanan. Lalu untuk menghapus rasa keraguannya, dia bertanya lagi.


" Saya keliru, tadi saya bertanya kepada budak kecil tapi jawabannya ha’ah. Lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya benar. Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab betul, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul? "


" Oh, itu maksudnya sama saja. Kalau yang menjawab ha’ah bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah saja. Kalau yang menjawab benar, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah dan kalau yang menjawab betul itu pastinya orang itu ada sarjana " jawab orang dewasa itu


" Jadi.. Anda tadi menjawab betul, bererti anda seorang sarjana ya? " tanya pelancong lagi. Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab " ha’ah "

2 comments:

vampire's lovex said...

hahah sarjana tu dia amek kat skolah rendah kot...

GeNgKaPaK said...

tak pun taska kn...:P