Pages

Free advertising

Monday, May 31, 2010

1000 Ciuman


Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Rosli dari Sibu , Sarawak. Bulan ni dia tidak dapat kirim duit untuk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat sahaja


Isteriku tercinta,

Maafkan abang sayang, bulan ni abang tak dapat kirim wang untuk keperluan keluarga di rumah. Abang hanya dapat mengirimkan 1000 ciuman buatmu.

Paling cinta,
Abang Rosli


Seminggu kemudian Rosli mendapat surat balasan dari isteri tercintanya


Abang Rosli tersayang,

Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu, untuk bulan ini sayang akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga

1 - Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

2 - Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

3 - Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

4 - Tauke kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yang lain jadi sayang terpaksa berikan saja.

5 - Hal yang sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah anak kita yang dah 3 bulan tertunggak.

6 - Esok sayang nak ke pajak gadai untuk tukar 200 ciuman dengan wang tunai, sebab Tauke pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yang lain dengan wang RM1000. Lumayan bukan, itu pun buat belanja sebulan.

7 - Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.

Abang tersayang, bulan ni sayang merasa menjadi orang paling kaya di kampung kita kerana sayang berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan sayang.

Yang dari abang masih berbaki 125 ciuman, abang rasa bagaimana mahu dihabiskan ? Atau sayang simpan dulu lah dalam tabung ye ?

Paling sayang,
dari sayang Joyah

Sunday, May 30, 2010

Kasut Ketat


Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam. Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya. Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan.

Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan di tengah majlis itu.

Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan.

Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba tiba terdengar pengantin lelaki berkata " Osshh! Ketatnya! ".

Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki " Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi ". Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata " Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit je sayang ".

Kedua dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata sedemikian rupa, mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan lahan.

" Sayang, tahan ye ". Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan.

Saturday, May 29, 2010

Mencari Jalan Pulang


Seorang lelaki mabuk keluar dari bar. Kerana mabuknya ia tidak mampu untuk memandu keretanya. Pemilik bar lalu memanggil teksi untuk menghantarkan lelaki itu pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan lelaki mabuk itu memberikan petunjuk di mana rumahnya berada. Mereka berputar putar sekeliling kota, namun lelaki itu masih belum mampu menunjukkan arah ke rumahnya yang sebenar.

Namun, tiba tiba lelaki mabuk itu nampak seperti sedar. Ketika mereka melewati sebuah kawasan perniagaan besar, lelaki itu tersenyum dan menunjuk " Ah, aku ingat ! Itu adalah kedai pakaian di mana isteriku suka membeli baju ".

Ketika mereka melewati sebuah pusat rekreasi, ia berkata " Nah, itu adalah tempat aku dan isteriku biasa bersenam ".

Kemudian mereka tiba di sebuah kawasan perumahan elit. Lelaki itu menunjuk sambil berkata " Nah, inilah perumahan tempat aku dan keluargaku tinggal. Kita hampir sampai ".

Tak lama kemudian mereka melewati sebuah rumah baru yang mewah dan besar. Lelaki itu berteriak " Stop, itu adalah rumahku ".

Ketika mereka mendekati rumah itu, muncul sebuah kereta mewah memasuki halaman rumah itu. Dari dalam kereta itu keluar seorang wanita cantik nan seksi. Lelaki itu berbisik " Lihat, itu adalah isteriku. Cantik bukan? "

Lalu dari dalam rumah itu keluar seorang lelaki tampan berbadan besar menyambut wanita itu dengan mesra. Melihat hal itu, lelaki mabuk itu terus berkata dan menunjuk " Dan, itulah aku! ".

Nurse


Ratna, dalam uniform Nursenya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.

Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya. Merasa kehairanan, Nurse itu bertanya " Encik, kenapa encik melihat saya begitu? "

Feddy tersenyum malu dan berkata " Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maaf ya, saya sangat ingin mencium seorang Nurse ".
" Oh begitu ! tak da masalah, encik boleh mencium saya. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik, tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single " kata Nurse.

Feddy gembira dan berkata " iya.. iya, saya masih single ".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi, Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit. Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak esak sambil berkata " Maafkan saya cik, saya merasa bersalah sangat. Sebenarnya saya sudah berkahwin ".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata " Sudahlah encik, tidak ada apa apa yang perlu dibimbangkan. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse, saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam ".

Friday, May 28, 2010

Akta 15


Meraka sepasang kekasih baru, yang bekerja sebagai pekerja sosial. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating.

Hamid : Kita nak kemana nie ?
Rosni : Tak kisah la, mana mana pun boleh
Hamid : Apa kata kalau kita ke pantai
Rosni : Saya ok aje

Apabila sampai di pantai mereka berdua tidak keluar dari kereta, mereka hanya berehat sambil berbual bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa, lama kelamaan. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni, nampaknya Rosni tidak membantah. Beberapa minit kemudian. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas, Rosni masih tidak membantah.

Hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi, Rosni berkata dengan sopan " Abang Hamid, ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial ". Setelah mendengarkan teguran Rosni itu, Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni. Pada hakikat sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu.

Hamid : Maafkan saya
Rosni : Tak apa

Lalu mereka pulang. Di rumah, Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15. Lalu dia membaca kandungannya.

" Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja "

Thursday, May 27, 2010

Buah


Abu, Bakar dan Ali telah terperangkap di dalam sebuat hutan. Dalam kekesatan mereka di dalam hutan, mereka telah terserempak dengan satu suku kaum yang sangat ganas. Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu untuk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dengan bersungguh sunggguh, ketua puak itu pun setuju untuk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. " Ah.. ni simple punya kerja " bisik Abu kepada Bakar dan Ali.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Abu yang pertama sekali keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia! ". Lalu buah nenas itu pun disumbatkan ke dalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian Bakar pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh Abu pun berjumpa dengan roh Bakar " Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan? " tanya roh Abu. Jawab roh Bakar " Aku nampak Ali keluar dengan membawa buah durian ".

Wednesday, May 26, 2010

Jom Bunuh Syaitan


Seorang lelaki berusia lima puluh tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka, beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung, maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan, dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri menceritakan kepada suaminya apa yang di dengarnya dalam kuliah tersebut " Abang, abang nak tahu tak. Ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu / bersetubuh kan, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan ". Kata si suami " Ye ke sayang., tak apa malam ni malam Jumaat kan. Masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayang ". Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata " Bang, jom kita bunuh syaitan ". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi " bang, jom kita bunuh syaitan lagi nak tak bang ". " Elok juga tu, kita tunggu la malam ye sayang ".

Esoknya si isteri berkata lagi " bang, jom kita bunuh syaitan nak ". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri terus berkata " bang, jom kita bunuh syaitan ". Si suami tiba tiba marah " Ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang ".

Monday, May 24, 2010

Tahukah Anda ?


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat ( bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot )

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

15. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Ular


Noni adalah seorang executive di sebuah syarikat pembekal barangan komputer di Shah Alam. Baru bekerja tak sampai setahun tapi popularitinya cukup hebat, macam super star lak dekat kilangnya tu. Bukan sebab dia cantik, bukan sebab body baik punya tapi sebab dia seorang yg cukup ceria. Disenangi oleh semua orang.

Noni ni kerjanya banyak terbabit dengan aktiviti luar, jumpa orang sana jumpa orang sini ( kononnya la ) jadi memang jarang la ada dekat office. Kalau tengok punch card banyak kosong dari berisi tapi orang tak cakap apa, sebab dia kan banyak kerja luar. Memang ' nature ' kerja dia macam tu.

Satu hari tengah sedap si Noni mentekedarah kat luar ( time kerja ) dia rasa gatal gatal dekat lengan, garu. Lepas tu gatal dekat peha pulak, garu lagi. Sudah nya satu badan naik gatal gatal. Mula nya dia ingatkan elergik dengan makanan tapi sampai 3-4 hari gatalnya tu makin menjadi jadi, beberapa bahagian kulitnya sudah menebal. Semacam kurap dah rupenya.

Si Noni mula menggelabah, dengan bantuan beberapa member. Si Noni di bawa berjumpa dengan seorang pawang dekat Ulu Puchong, masa tu separuh kaki dia sudah tumbuh sisik. Sepanjang perjalanan ke rumah pawang tu, si Noni menangis tak henti henti. Sampai dekat rumah pawang, Noni dah tak boleh berjalan, sampai ke dada dah bersisik.

Tanpa berlengah lagi, pawang terus menggelupur membaca mentera. Cuba hendak selamatkan Noni yang kononnya terkena badi ular. Makin kuat pawang menggelupur, makin cepat bahagian badan Noni bertukar menjadi bersisik macam ular. Sudahnya sisik semua sudah merayap sampai ke muka.

Seluruh tubuh Noni makin pedih, rasa gatal yang teramat sangat. Terasa bagaikan tak dapat dibendung lagi, Noni menjerit sekuat hati. Pawang dekat sebelah sudah pengsan, cuma bayangan ular yang memenuhi ruang bilik tersebut. Asap berkepul kepul keluar dari ubun ubun kepala Noni. Tiba tiba satu imej manusia terhasil daripada kepulan asap yang keluar dari kepala Noni tu.

" Ehh, Bos ke ni ? Tolong la saya Bos, saya janji taknak ' ngulor ' dah, lepas ni saya buat kerja betul betul. Tolong la tarik balik sumpahan ni Bos, please ".

Saturday, May 22, 2010

Ayam


Sudin adalah seorang peniaga ayam yang terkenal ditempatnya, dia menjual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah, dia ni pelanggan tetap ayam Sudin. Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran, jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin.

Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih. Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah adalah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal sama ada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek seekor seekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama lama Sudin dah mula boring . Sebab Kak Midah ni customer, tetap Sudin pendam je bengang dia.

Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya, tidak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis. Jadi Kak Midah pun panggil Sudin.


Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ka.
Sudin : Tu ada dalam tu ( Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim )

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua dari tempat lain.
Sudin : Ayam Perlis ada ( Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal )

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ka ayam ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.
Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam ( lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu )


Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.


Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.
Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Family ada kat sini ka ?
Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa.
Sudin : Raya sorang sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana ?
Sudin : ( Diam, Buat buat tak dengar )

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana ?
Sudin : ( Masih diam, Tiba tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata ) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek lubang punggong saya dan teka saya berasal dari mana.

Kak Midah : ( Ambil ayam dia dan terus blah )

Saksi


Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya ?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun, lain yang di tanya lain pula jawapan yang diterima. Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya.

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela ini ?

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tidak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah olah tanpa tujuan.

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya " Jika kamu berdua menanyakan kepadanya, adakah dia kenal dengan aku. Kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan, faham? " kata hakim.

Friday, May 21, 2010

Artis Malaysia


1) Abang Haji [KUMPULAN BAJI]
Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.

2) TITEK PUSPA
Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat.

3) HETTY COST ENDANG
Penyanyi yang paling demand.

4) KUMPULAN SPIN
Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.

5) ABOT [dalam bahasa jawa bermaksud berat]
Penyanyi yang paling berat dalam sejarah

6) O.A.G [Orang Asli Gombak]
Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya

7) SCOIN
Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..

8) AL-JAWAHER
Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa

9) MAY
Kumpulan Rock yang Paling wangi

10) AMUK
Kumpulan Rock Paling Bahaya

11) MANTERRA
Kumpulan Rock Yang Terdiri dari Bomoh Professional.

12) GIEGIEL
Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.

13) HEADWIND
Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.

14) KRISTAL
Kumpulan yang mudah berpecah.

15) LEFTHANDED
Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri.

16) KEMBARA
Kumpulan yang ada power.

17) PADI
Kumpulan yang terdiri dari pesawah.

18) TOO PHAT
Kumpulan yang paling popular di pagi raya.

19) SITI SARAH
Penyanyi kesukaan David Beckam.

20)TO'KI
Penyanyi yang sentiasa tua.

21) PRETTY UGLY
Kumpulan yang kejap cantik kejap hodoh.

22) METALASIA
Kumpulan yang tidak boleh menyanyi dekat Europe.

23) 4U2C
Kumpulan yang boleh lihat tapi tidak boleh pegang.

24) MELLY GOESLOW
Penyanyi yang tidak pernah kena speed trap.

25) TEACHERS PET
Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'.

26) MEDICINE
Kumpulan yang susah nak sakit.

27) DR. KRONIK
Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.

28) IKLIM
Kumpulan yang buat show dekat everest.

29) BLACK DOG BONE
Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh.

30) PAK PANDER
Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya.

31) KUMPULAN DEWA
Kumpulan yang paling di hormati.

32) NEW BOYZ
Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.

33) KUMPULAN NASYID HIJJAZ [ Honda Jazz ]
Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya.

34) SWEET SEPTEMBER
Kumpulan yang tidak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.

35) KAMIKAZE
Kumpulan Paling berani.

36) XPDC
Kumpulan yang selalu pergi konvoi.

Wednesday, May 19, 2010

Imam Muda

Imundi Hizbur


Cyber Syarqiah





Imundi Hazran

Waghih Den



Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.facebook.com/photo.php?pid=78900&id=107064406001796#!/imammuda106?ref=ts

Tuesday, May 18, 2010

Superhero


SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS.

SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan ' web ' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber tahi kelawar kerana dia akan merasuah member membernya (kelawar) dengan memberi darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest control ( penghalang binatang binatang jahat seperti tikus, lipas dll ). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya, mesti dia gatal macam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tidak menjadi superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup dekat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman ( punish ).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi besi dekat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika.

WOLVERINE (X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat sahaja mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban (Perak) macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru


Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment dekat murid murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit " Shut up you ". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya " shut up you " tu Bahasa Inggeris ke ? Bapa dia jawab, iye. Dapat sudah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata " Superman " dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata " Ladies first " balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boy, did you get the words ?

Amin: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word ?

Amin: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say ? Are you mad ? Who do you think you are ?

Amin: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool ! Get out from this class

Amin: Ladies First

Sunday, May 16, 2010

Drama TV


10 Adegan Yang Tidak Logik Dalam Drama TV Tempatan


1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata " Hello ". Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus di luar ibu pejabat polis di mana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk. Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu. Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga.

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas " Tuan ada baca akhbar semalam? "

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda. Seorang lelaki bekerja di pejabatnya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone ( polifonik ) tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa ( monofonik ).

8. Babak ini yang kelakar. Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan menulis email menggunakan Microsoft Word.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer ( evo berapa tak ingat ) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh puluh peluru dari penjahat. Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata mata. Anda tidak perlu lagi ke panggung wayang ( Jika ada filem seram baru ) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Saturday, May 15, 2010

Surat Untuk Ayang


Dear ayang,

Bukan lah abang sayang kereta tu lebih dari ayang, tapi ayang kena faham kereta tu kereta bos. Nanti kalau hilang siapa nak ganti. Ayang, abang suruh kerja ayang tak nak. Ayang kata nak duduk rumah jaga anak, nak siapkan sarapan, nak kemas rumah tapi ayang tiap tiap hari bangun lewat. Pukul 12 malam baru masuk tidur, dok melayan cerita hindustan. Macam mana nak buat kerja rumah. Cuba lah ayang fikir, mana x abang tidur dalam kereta. Abang balik kerja lambat sikit, ayang dah kunci pintu. Bukannya abang pergi foya foya kan, abang pergi kerja.

Lagi satu, pasal pizza yang ayang mengidam tu. Ayang nak pizza yang di order dari jepun, mana lah abang ada duit nak order. Abang nak bagi apam balik yang jual dekat depan office abang ni ayang tak nak, ayang nak juga pizza dari jepun. Nasib baik abang tak belikan, kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam doremon. Tak nak la abang.

Pasal hadiah kan, abang dah belikan tapi abang sembunyi kan dekat dapur. Ayang yang tersalah buang, ingatkan sampah. Tu lah abang suruh kemas rumah, tu ayang kata rumah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa je. Hadiah tu mahal tau, abang beli untuk ayang. Sebenarnya, abang sayang ayang lebih dari kereta tu walaupun hantaran masa kita kahwin cuma rm80k. Ayang tak tahu berapa kali abang turun naik bank hendak buat loan rm80k tu, tapi demi ayang abang buat juga. Sebab masa tu ayang kalau makeup memang sebijik maya karin, tapi sejak ayang buat rebonding 3 tahun lepas. Setiap kali ayang makeup, abang akan terbayang muka pontianak dalam cerita televisyen. Bukan ayang tak cantik, tapi kening ayang tu pergi cukur buat apa. walaupun abang selalu cukur misai abang, tapi ayang tak payah la nak tiru abang cukur kening lak.

Pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss macam mana. Dah la ayang, abang malas nak cerita. Tapi abang nak bagi tahu juga dekat sini, ayang tetap no 1 dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu baik baik. Ayang nak balik kampung abang izinkan, cuma jangan lupa kirim salam mak ayah dekat sana. Kalau ada gulai tempoyak ke, nanti jangan lupa bawa balik sikit. Kalau ada lembu terlepas ke, ayang tak payah la susah susah pergi kejar lembu tu. Biar je, nanti abang balik kampung abang kejar kan. Bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nanti, bukan setakat calar balar je. Silap silap boleh masuk hospital, abang kene tanduk takpe.

Jaga anak baik baik, jangan bagi diorang main dekat sungai musim musim banjir ni. Hendak dapat anak bukan senang, takut nanti ayang mengidam lagi pizza jepun lak lagi haru abang. Baik jaga je yang sudah ada tu, ayang pun jaga diri baik baik. Jangan sampai jatuh longkang lagi. Abang memang tak nak ketawa masa tu, tapi hendak buat macam mana. Ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang, dah la rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang kesian, tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu tak leh abang nak bayangkan macam mana. Cuba tengok balik gambar tu, abang tangkap masa ayang tengah terbungkang dalam longkang.

Ok lah ayang, nanti lepas cuti sekolah kita jumpa lagi ye. Bye ayang


Love,
Abang

Friday, May 14, 2010

Surat Untuk Abang


Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik baik. Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini.

Kereta baru abang tu mahal, harga mencecah 100k barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau kenapa ?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang ?

Tiap tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat. Tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. Ayang nak dapat pergi salon setahun sekali pun susah.

Kereta abang make up lawa lawa, tapi kalau ayang make up lawa lawa abang kata ayang tak sedar diri.

Kereta abang bagi makan minyak mahal mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping je masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada ngada.

Kereta abang kalau anak anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan. Ayang tanya kenapa tidur dalam kereta ? Abang jawab takut orang curi kereta abang, kalau ayang kena curi ?

Ayang nak balik kampung dulu. Anak anak nak jumpa atuk dengan nenek diorang. Tak nak naik kereta abang takut calar. Ayang calar takpe, jaga diri elok elok. Sarapan ayang dah sediakan. Ayang pergi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak anak.


Pesanan ayang.

Dan yang terakhirnya. Abang suruhlah kereta abang tu masakkan makanan kesukaan abang. Abang suruhlah kereta abang tu basuhkan pakaian abang. Abang suruhlah kereta abang tu gosokkan kemeja abang. Abang suruhlah kereta abang tu siapkan air mandi abang. Abang suruhlah kereta abang tu kemaskan rumah abang. Abang suruhlah kereta abang tu urut urut badan abang. Abang suruhlah kereta abang tu temankan abang tidur.


Dari Ayang.

Thursday, May 13, 2010

Exam Mood


Takhaluf - 24 Mei 2010

Fiqh Mukoron - 30 Mei 2010
Qodoya Fiqh- 6 Jun 2010

Syafawi - 30 Jun 2010


Doakan aku sahabat sahabat dan blogger blogger, semoga aku mencapai cita cita aku untuk pulang ke Malaysia pada tahun ini dengan membawa segulung ijazah.

Maafkan aku seandainya hasil penulisan aku diblog ini menyingung perasaan mana mana pihak, diantara sedar ataupun tidak. Sejuta kemaafan aku hulurkan, kalau ada yang tidak puas hati repeat masa aku dekat Malaysia nanti ye.


Untuk tatapan geng geng yang lain : -


جدول الإمتحانات الفرقة الرابعة
كلية الشريعة والقانون قسم الشريعة الإسلامية الأزهر الشريف بالدقهلية
الفصل الدراسي الثاني ٢۰۰٩\٢٠١۰

التحريري:

الأحد ۳۰\٠٥\٢٠١٠ فقه مقارن
الأربعاء ٠٢\٠٦\٢٠١٠ فقه مذهبي
الأحد ٠٦\٠٦\٢٠١٠ قضايا فقهية معاصرة
الأربعاء ٠٨\٠٦\٢٠١٠ قرآن كريم
الأحد ١۳\٠٦\٢٠١٠ أصول فقه
الأربعاء ١٦\٠٦\٢٠١٠ أحاديث أحكام
الأحد ٢۰\٠٦\٢٠١٠ بحث قضايا

التاسعة والنصف صباحا

الشفوي:

الثلاثاء ٢٩\۰٦\٢۰١۰ من رقم الجلوس ١۰۰۰١- ١۰٤۰۰
الأربعاء ۳۰\۰٦\٢۰١۰ من رقم الجلوس ١۰٤۰۰-١۰٧٧٦
- يتم التسليم يوم السبت ٢٦\۰٦\٢۰١۰ للدفعة الأولى والدفعة الثانية يوم الأحد ٢٧\۰٦\٢۰١۰
مواد الشفوي: قرآن كريم – فقه مقارن
مواد التعيين: فقه مذهبي – أصول فقه

" اللهم اجعلنا من الناجحين والمتفوّقين في الإمتحان هذه السنة "
النجاح للجميع

Monyet dan Badak


Dalam sebuah hutan di negeri Pahang, ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Binatang ini memang tak pernah baik, selalu sahaja bertengkar.

Pada suatu hari, sedang mereka syok bertengkar. Mereka terjumpa sebuah pelita ajaib, lalu digosok pelita itu dan terpacul lah seekor jin raya. Bagi melepaskan Jin itu, badak dan monyet telah membuat 1 perjanjian. Jin tersebut kena setuju untuk mengabulkan 3 permintaan kedua dua ekor binatang itu.

Badak : Saya mahu semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya
Monyet : Saya mahu sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling. Semua badak lain dekat situ jadi betina, lepas itu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Badak : Saya mahu semua badak sumbu dekat negeri pahang ini betina kecuali saya
Monyet : Saya mahu jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling. Semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet itu pun dapat barang barang mat motornya.

Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, fikirlah dengan sebaik mungkin "

Badak dengan rasa tamak dan haloba, hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk berfikir " Saya mahu semua badak sumbu dekat Malaysia ini betina yang cun melencun kecuali saya "

Jin itu pun kelipkan mata, bling. Maka tinggallah badak tu satu satunya badak jantan satu Malaya ni.

" Hah monyet, awak hendak apa pula, kasut boot kulit ke? " tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya. Start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar itu " Saya mahu badak itu menjadi gay "

Jin tu pun kelipkan mata, bling.

Maka meraunglah badak sumbu itu sepuas puasnya " Mana aku nak cari badak jantan ni nyah "

Tuesday, May 11, 2010

Aku Din dan Polis


Kisah ini terjadi pada tahun 1999, semasa aku dan Din hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen 'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku, untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut. Di pertengahan jalan, aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota polis siap bersenjata.

Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit ' hoi ', aku dengan macho buat buat tak dengar. Malangnya Din yang agak lurus bendul duduk dibelakang telah menoleh ke arah polis tersebut, lalu memberitahu dengan menepuk nepuk bahu aku bahawa polis tu suruh kami berhenti. Aiseyyy kau ni bai, aku dengan berat hati dan gabra giler berhenti di depan stesen minyak. Otak pun mula berputar-putar mencari alasan.

Polis : Laju bawak motor bang ?
Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie, ada hal sikit

Polis
: Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar la tuan

Polis
: Ni... nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Din : Sinun !

Entah maca mana kawan aku ikut jawab sekali soalan tu, serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan yang lain menggunakan isyarat tangan. Kami berpandangan, " confirm kantoi ni " sambil aku buat isyarat penumbuk dekat Din.

Polis : Kamu sebenarnya nak kemana nie ?
Aku : Ehh.. bang... encik.. err..errr.. kami sebenarnya nak cari kedai spare-part motor, tapi tak tahu nak pegi cari dekat mana lagi
Polis : Hemmm, ok takpe. Tunjukkan ROAD-TAX dengan LESEN !

Alamak, part nie la yang paling aku comeh sekali. Adusssss, masak aku kali ni. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesen minyak. Setelah agak lama, tiba tiba kawan aku menegur.

Din : Kau cari apa ?
Aku : Road-tax, jawab aku ringkas .

Din
: Mana ada road-tax kat celah situ samdol ?
Aku : Ehhh .... !! Laaa ..... tanpa aku sedar, aku sedang membuka penutup tangki minyak untuk mencari road-tax. Polis yang memerhati mula berbisik bisik

Aku : Kat mana ye road-tax motor ni ? aku cuba menenangkan situasi balik.
Din : Bawah plastik beras tu kot, ko ni agak agak la bawak plastik beras.
Aku : Ha ... ada pun, ni dia. Dalam hati ingat aku nak tumbuk je laju laju si din ni, nasib la adik dia cun.

Polis : Hemmmm .... ada punn, lesen ?
Aku : Errr...errr...errr... ada, nie dia

Polis : Lesen 'L' ni, mana boleh naik berdua
Aku : Errr...errr..eerrr .. saya tahu tuan, tak boleh naik berdua. Tapi, hari dah hampir gelap. Kawan saya ni rabun jauh, saya terpaksa bawak motor ni. Kawan saya lesen penuh tuan

Polis : Tengok lesen awak
Din : Ada...ada...ada nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )

Polis
: Bukan lesen Malaysia ni ?
Din : Errr...errr... tu international lesen tu tuan, mana mana negara boleh pakai .

Polis
: (sambil memusing musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya kelas ? Takde pun tulis B ?
Din : Ohhh ... lesen nie saya amik dekat US, lesen ni boleh bawak semua kenderaan tuan.

Polis : (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua, tapi awak kena tukar lesen tu kepada lesen Malaysia. Saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah, kami sedang buat rondaan biasa je.
Aku : ohhh .... Terima kasih banyak banyak tuan

Bila polis tu belah je, aku mengugut Din supaya bagi adik dia yang cun tu dekat aku. Dengan alasan sebab si sengal tu hampir mengantoikan diri tadi, kami cancel pergi kedai spare-part. Balik rumah Din, sebab ingin tunaikan permintaan aku tadi.


P/s : Kalau anda betol, jangan sesekali merasa cuak @ gabra @ comeh bila berdepan dengan polis

Monday, May 10, 2010

Perfume

Inginkan Kesegaran Sepanjang Harimu?

Sebarang Pertanyaan dan Tempahan:


aku aka den-

mantaps_83@yahoo.com

(+20164198249)


bustamam-

bos_zaqziq86@yahoo.com

(+20120170344)











Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu


Tanggal 21 jun 1983, genap lah 9 bulan aku dalam kandungan. Ke mana mana sahaja, aku dibawa pergi bersama. Ke hulu, ke hilir. Mak tidak pernah jemu, aku hendak bawa beg sekolah tiap masa pun belom tentu boleh. Ada masanya aku terpaksa letak kan beg tu, kerana agak susah untuk membawa ke mana mana. Tapi mak lain.

Aku dilahirkan di rumah, bukan macam sekarang ni. Amat berbeza kalau beranak di hospital dan rumah, walaupun aku tak dapat bayangkan macam mana tapi aku rasa kan yang beranak di rumah lebih mencabar. Bila aku dilahirkan, abah terus laungkan azan ditelinga ku. 2 bulan aku rasakan susu badan mak, mak tidak pernah memberikan aku susu selain dari badan mak sendiri.

Aku mula bertatih, merangkak dan cuba berlari anak. Mak cukup gembira dengan perubahan diri aku yang akan masuk ke alam kanak kanak, aku cemburu melihat abang aku dengan gagah berlari ke sana sini. Aku cepat cepat bangun, terus mencuba menjadi sepantas larian abang aku.

Aku berusia 6 tahun, abah dan mak telah menghantar ku ke tadika. Aku mula berlajar, melukis dan mewarna. Setelah setahun aku di tadika, aku di masukan ke sekolah rendah. Aku menangis bila mula mula aku ditinggalkan keseorangan di sekolah. " Jangan nangis, kalau hendak jadi orang pandai kena la duduk sini sorang sorang " kata mak membuatkan aku lebih semangat.

13 tahun, aku mula masuk ke sekolah menengah. Aku dalam proses meningkat remaja, semakin aku berusia aku semakin degil. Banyak masalah aku telah lakukan di sekolah, tapi mak tetap bersabar dengan kerenahku. Seperti kebanyakan ibu yang lain, bila anak anak buat masalah ibu yang paling kuat membebel. Tapi bukan seperti mak, mak sangat tabah. Tidak pernah membebel, sampaikan mak dengan abah " biasa la tu, budak budak budak baru hendak menigkat remaja ".

Sekarang aku berada jauh dengan mak, sudah 3 tahun aku tidak melihat dan mencium pipi mak. Mak adalah wanita yang paling berharga buat diriku, aku akan sentiasa mendoakan mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, diberikan kekuatan untuk terus hidup. Aku sentiasa mendoakan mak akan ditempatkan di syurga bersama sama orang yang beriman suatu hari nanti, I LOVE U MAK..

Lumba Lari


Bersama seorang teman sekelas aku pulang dari latihan olahraga. Di dalam perjalanan, entah siapa yang mulakan dulu. Kami berdebat tentang siapa yang lebih pantas berlari, kerana kami berdua tidak ada yang mahu mengalah, akhirnya kami memutuskan untuk mengujinya dengan berlari sejauh satu blok (sekitar 100 meter). Ketika itu sekitar pukul enam petang dan keadaannya agak suram dan kelam.

Kami pun menggambil posisi masing masing dan 1…2…3, aku dan temanku terus berlari " sprint " secepat mungkin. Ternyata kami berdua seimbang dan sama pantas.

Beberapa meter dari hujung blok (yang menjadi garis penamat kami), tiba tiba seorang Pak guard yang meronda di setiap blok berlari mengejar kami. Pak guard tersebut berlari dengan pantasnya dan berada hanya beberapa meter di belakang kami.

Aku bingung, kenapa Pak guard itu mengejar kami berdua. Kami berusaha berlari sepantas mungkin kerana takut tertangkap oleh Pak guard tersebut, aku sudah tidak sempat berfikir dan kerana gugup aku terus berlari hingga lima blok bersama sahabatku tadi. Pak guard cukup kuat kerana dia masih terus mengekori kami, mesti pun aku sudah kepenatan tetapi aku masih tetap berlari. Melepasi blok ke enam kami berdua sudah tidak kuat lagi berlari dan kepenatan.

Akhirnya di persimpangan lorong kecil kami berdua berhenti sambil menghela nafas yang kelelahan, beberapa minit kemudian pak guard juga sampai di tempat kami dan dia juga berhenti dengan nafas yang tercungap cungap.

Kami bertiga terdiam selama beberapa saat, melepaskan lelah masing masing. Akhirnya, setelah agak tenang dengan heran aku bertanya kepada Pak guard tersebut.

" Pakcik, kenapa pakcik mengejar kami? "

Pak guard itu nampak kebingungan, mungkin masih kebinggungan dan kepenatan. Pak guard itu menjawab dalam Bahasa Jawa yang sangat pekat.

" Lha koe wong loro mlayu ok aku yo melu, lha tak kiro nek ono opo ngono "

Maksudnya, tadi bapak melihat kamu berdua berlari begitu pantas sekali. Bapak kira ada apa apa yang terjadi, jadi bapak pun ikut lari juga.

3 Sekawan


Di dalam sebuah kampung, ada 3 sekawan remaja yang suka membuang masa dengan melepak. Seorang nama Ali, sorang Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian mereka ini memang menyusahkan banyak pihak, menyebabkan tok imam terpaksa turun padang untuk selesaikan masalah budak budak mental ni. Ramai yang tidak senang duduk dengan perangai mereka ini, tetapi apakan daya hak untuk menegur hanya terletak pada bahu tok imam sahaja.

Pada satu hari, tok imam telah datang kepada mereka dengan niat hendak mentarbiyah. Maka berlakulah beberapa insiden cabar mencabar, Tok imam mencabar mereka ke surau waktu Maghrib nanti.

Dengan bongkak Ali berkata " Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan pada seluruh pelusuk kampung yang kami bukan la sejahil mana seperti yang disangkakan ".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah mereka ke surau, bagi menyahut cabaran tok imam.

Bila mereka sampai sahaja di surau, tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah lagi Ali terus sahaja melaungkan azan " Allah Ta'ala... Allah Ta'ala ". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah lah kejahilan si Ali yang bongkak itu.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal juga, angkat sekali tak khusyuk, masuk 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi.

Masuk sahaja kali ketiga, Budin panggil tok imam. " Tok, tok duduk dekat belakang, biar saya yang jadi imam " Tok imam pun dengan penuh yakin undur ke belakang untuk memberi laluan kepada si Budin.

Budin pun angkat la takbiratul ihram " Allahu akbar! " Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba tiba si Budin pusing menghadap ke belakang dan berkata " Aaa, tengok! Sekali je tok!! " Lalu batallah solat Budin dan yang lainnya. " Tidak boleh harap juga kamu ni " tegas Tok Imam.

Tok imam pun mintak pula si Ciko jadi imam, si Ciko tanpa berlengah lagi terus ke depan untuk menjadi imam. Solat tersebut berjalan dengan lancar, bermula dari takbir sampai la habis sembahyang. Siap dengan wirid wiridnya sekali, doa pun sampai mencecah setengah jam lamanya.

Punyalah respek tok imam dekat si Ciko ni, lepas solat sahaja tok imam pun terus puji memuji si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata " Itu belum ambil wuduk lagi tok, kalau tidak lagi dasyat saya semayang ".

Thursday, May 6, 2010

Berbulan Madu


Mak Minah dan Pak Mat mempunyai 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.

Suatu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak anak mereka secara serentak,jimat kos katanya. Selepas diijabkabulkan, keempat empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

Siti berbulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan " nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang panjang, pakai Kod Iklan sahaja sudah cukup. Ringkas, padat dan cepat ". Panjang lebar Mak Minah memberi arahan kepada anak anaknya.

Seminggu kemudian mereka menerima surat dari Siti yang bertulis " KFC ". Maka tercari carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila menjumpai iklan tersebut tersenyumlah kedua duanya. Bila membaca iklan yang bertulis " Hingga Menjilat Jari ", berbahagialah si Siti itu rupanya.

Pada keesok harinya, terima pula surat daripada Seri yang bertulis " PEPSI ". Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis " Nikmatnya Hingga Ke Titisan Terakhir ". Bahagia juga si Seri rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat si Murni yang bertulis " STANDARD CHARTERED ". Maka dicarilah iklan seperti yang tertulis di dalam surat itu, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu " Besar, Teguh Dan Peramah ".

" Bahagianya si Murni tu bang " kata Mak Minah sambil bermain mata dengan Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkhabaran dari Suri. Sudah masuk 2 minggu, tapi tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya tanya sesama sendiri. Bila masuk minggu ke 3, barulah mereka menerima surat dari Suri dengan isi kandungannya yang bertulis " AIR ASIA ". Maka bergegaslah kedua duanya mencari iklan penerbangan Air Asia itu, sebab mereka sudah tidak sabar hendak tahu apa yang berlaku pada anak bongsunya.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat kulat tidak tahu samada hendak tersenyum atau hendak menangis.

" Bahagia ke si Suri tu bang? " tanya Mak Minah.

" Entah la minah oi " jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali kali iklan Air Asia itu.

" Apa motto iklan itu? " tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap " 7 Kali Seminggu - 3 Jam Sekali - Non-Stop!! ".

Wednesday, May 5, 2010

Komputer dan Email


Timah sudah lama mengangur di kampungnya, lalu dia mengambil keputusan untuk merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Setelah hampir tiga hari dia merayap, lalu dia ternampak satu iklan jawatan kosong. " jawatan kosong bagi tukang sapu " , dengan tidak berlengah lagi Timah terus menuju tempat yang telah terpapar dalam iklan yang ditengok tadi.

Setelah dia sampai di MSC Cyberjaya, tanpa bertanya tanya Timah terus membersihkan lantai pejabat itu tanpa disuruh oleh sesiapa pun. Setalah sejam Timah membersihkan lantai, seorang tukang sapu berkata " terima kasih sebab sudah menolong saya ". Timah langsung terkejut " kenapa ucapkan terima kasih kepada saya? ". Sepatutnya saya diarahkan oleh orang atas untuk membersih lantai ini, tapi disebabkan anda menolong saya jadi ucapkan terima kasih " jawab orang itu dengan slamber. " Ini sudah melampau, saya datang ke sini untuk ditemuduga bukan untuk menjadi kuli batak awak " Timah terus pergi dari situ sambil tangannya menunjukkan penumbuk.

Rupa rupanya Timah tersalah masuk pejabat, pejabat yang sepatutnya dia pergi disebelah pejabat tadi. Lalu dia terus melangkahkan kakinya masuk ke pejabat yang sebetulnya, tapi sebelum ditemuduga seorang pegawai telah mengujinya dengan membersihkan tingkap. Setelah selesai tugasan yang diberikan, pegawai itu berkata "Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan ". " Saya tidak mempunyai komputer apatah lagi email " timah cuba memberikan jawapan yang munasabah.

" Tanpa email awak tidak boleh bekerja di sini, kerana kami memerlukan tukang sapu yang celik IT. Nama pun tempat ini Cyberjaya, jadi amat memalukan bagi kami yang ada pekerja yang buta IT " pegawai cerita dengan panjang lebar. Lalu timah pun keluar dari pejabat tersebut dengan muka tidak puas hati " dah la tadi kena tipu, yang ni pulak kena maki ".

Dengan hanya memiliki RM10 dipoketnya. Timah menuju ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam sahaja. Dia mendapat untung sekali ganda dari hasil jualannya, lalu di ulangi kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya. Setelah beberapa waktu, Timah mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari, Timah terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. Dipanggilnya penjual insuran datang ke pejabatnya. Setelah bersetuju, penjual insuran berkata " Minta email Puan ". " Oh, maaf saya tidak ada komputer apatah lagi email " jawab Timah kepada penjual insurans itu.

Penjual Insuran terkejut " Aneh betul, Puan mempunyai perniagaan yang besar. Tapi tidak mempunyai komputer dan email, bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email? ". Setelah 5 minit Timah membayangkan, dia terus berkata kepada penjual itu " Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya ".


Tuesday, May 4, 2010

Minyak Wangi


Pada suatu petang, di dalam sebuah bas. Ketika ini ramai orang sedang berebut berebut untuk pulang ke rumah, terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah naik ke dalam bas. Si gadis itu pun duduk berhadapan dengan seorang lelaki jawa, lelaki itu tidak dapat duduk. Dia terpaksa berdiri berhimpit himpit dengan penumpang yang lain, memang kebiasaannya di waktu begini jalan akan jem. Jadi bas itu tidak dapat bergerak dengan kelajuan formula 1, jadi teramat lah boring penumpang penumpang di dalam bas itu menunggu bila tiba masanya akan sampai ke destinasi yang dituju.

Di dalam kelembapan bas itu, gadis yang dapat duduk itu resah. Di pandang kiri ke kanan, depan belakang. Rupa rupanya hendak terkencing, tetapi malangnya dia tidak dapat turun disebabkan kepadatan penumpang dan bas tidak pula berhenti. Rumahnya jauh lagi, kalau hendak diikutkan lebih kurang 20 km lagi. Tahan punya tahan, akhirnya terkeluarlah sikit air yang sudah ditahan dari tadi lagi. Bila dia perasan air kencingnya sudah mula menitis, dia pun buat buat la buka handbag dan cuba mencari sesuatu.

Tanpa disedari, lelaki Jawa di depannya sudah lama perhatikan dia. Tapi tidak diendahkan oleh gadis itu, tiba tiba loceng bas berbunyi. Tandanya ada orang hendak turun, rupa rupanya orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun. Setelah orang disebelahnya turun, gadis tersebut pun beralih arah ke tempat duduk sebelah. Bagi mengaburi orang lain yang bahawasanya tempat duduknya telah pun basah hasil daripada kencingnya tadi.

Memandangkan tempat duduk sebelah gadis itu kosong, maka si Jawa ni pun hendak duduk la pada tempat yang kosong itu. Bila dia hendak melabuhkan pungungnya, dia terasa basah. Lalu dia tanya pada gadis yang berada disebelahnya " Waduh waduh bu, ngapain sey tempat ini basah sekali "

" Ala pak, sekali ja bukan banyak kali pun " jawab si gadis dengan slamber badak. " Agak kurang ajar ya bahasa kamu ini " sambil si jawa mencengkilkan matanya tanda marah.

" Ala bapak ni, mahu gurau cedikit ndak bulih ya. Macam ini ceritanya, tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari penutupnya tapi tidak jumpa, di dalam beg tangan pun tidak ada ".

Jadi si Jawa itu pun keluarkan la sapu tangannya, dan terus mengelap kerusi itu sebelum duduk. Setelah duduk, dia rasa ada bau yang kurang mengenakkan. Terus dia mencium sapu tangannya, bagi menghidu wangiannya. Sambil menghayati bau dari sapu tangan itu, baru dia perasan bukannya minyak wangi tetapi air kencing.

Sambil tersenyum jawa tu berkata " Lo, kalau minyak wangi jenama ini. Kalau mau, saya ada penutupnya ".

Tolong Aku

Aku baru setup partition C, lebih kurang setup window la. Siap 5 kali dah aku format, 4 kali guna Window XP, 1 kali guna Dacklight. Masalahnya sekarang, bila aku dah setup aku tak boleh nak install anti virus. Task manager pulak tak detact, aku nak tengok cerita guna codec media classic pun tak lepas.

Apa perlu aku buat? Tolong la bloger bloger yang power power ni, aku tak tahu nak fikir macam mana dah ni.

Monday, May 3, 2010

Kaki Dam


Kamal baru sahaja berkahwin, atas dasar suka sama suka. Tapi kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ini kuat makan orangnya, bapa mertuanya selalu sangat merungut. " Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini, ada yang bela jin ke dalam rumah ni " bentak bapa mertuanya tanda protes.

Sejak Kamal duduk di rumahnya, cepat sangat barang barang dapur habis. Kamal ni betul betul menghabiskan boreh la, nasib dia kurang makan lauk. Tapi di dalam kuatnya makan si Kamal ni, ada pula kebaikannya. Kebaikan Kamal pula ialah, dia ini alim sikit orangnya. Tidak pernah langsung tinggal sembahyang, malangnya bapa mertuanya tidak pula begitu.

Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian, lepas tu sambung pula tengok Buletin Utama. Sudah habis berita, tengok pulak cerita Kungfu. Lepas tu makan, dah kenyang mula la cari bantal hendak tidur. Esok bangun pukul 8, pergi kedai kopi Mak Bedah. Bersembang macam wakil rakyat, sampai tengahari baru nampak batang hidung dekat rumah. Balik makan, kemudian tidur. Agak agak hendak petang sikit, dia pergi semula ke kedai Mak Bedah. Main dam pulak, berborak mengalahkan orang politik. Kerja malas, itu lah bapa mertua si Kamal ni.

Kerana sama sama ada kekurangan, ini lah yang menyebabkan si Kamal yang alim ni tidak berani menasihati bapa mertuanya. Si bapa mertua pula, tidak berani memarahi anak menantunya yang kuat makan itu.

Tetapi bapa mertua ni terus mencari idea, macam mana hendak kenakan si Kamal yang kuat makan ni. " Bapa bengang betol lah dengan suami kamu tu, dah lah tak kerja. Melantak kuat pulak tu, aku pun tidak kerja tetapi tak ada la makan macam jin " cuba membuat aduan kepada anaknya iaitu isteri kepada Kamal.

Suatu hari si bapa ni mendapat satu idea, yang mana boleh mengenakan menantunya itu tanpa disedari. Lalu dia memanggil menantunya " Kamal, mari kita main dam haji " katanya kepada Kamal. " Boleh juga " balas Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, si bapa sengaja membiarkan buah damnya di makan oleh Kamal. Dia hulur, Kamal makan. Hulur lagi, Kamal makan lagi. Hulur lagi, makan lagi dan lagi dan lagi. Sampailah habis ke semua buah dam bapa mertuanya " Eh ko ni Kamal, kuat betul makan la. Kot ye pun, agak agak la " kata si bapa sambil tersengeh sengeh perli.

" Alamak, bapa mertua aku ni. Macam perli je, mentang mentang lah aku kuat makan " fikirnya dalam hati. Tapi tidak apa, siap la lepas ni.

Mereka bermain set kedua, bapa mertuanya hulur. Kamal tidak makan, hulur lagi. Tidak makan juga, akhirnya kena tangkap. " Hmm, dia ni dah tahu ke cara tadi. Tidak macam set pertama tadi, dia dah bijak sikit sekarang " fikir si bapa mertua. Bila tidak makan, mestilah kena tangkap ( sesiapa yang tahu main dam haji sahaja akan faham ). Kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji.

" Eh, orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke? " membalas pula kepada mertuanya. Merah padam muka bapa mertua dibuatnya. " Hendak perli aku. akhirnya dia yang kena balik " ketawa kecil dalam hati. Tapi kalau ketawa depan depan, mahu bapa mertua tu ambil semua kain baju campak luar rumah.

Selepas dari kes itu, Kamal tidak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi imam masjid. Waktu solat je, bapa mertuanya lah yang pertama sampai dulu ke masjid. Kadang kadang bilal pun belum bangun tidur lagi, dia sudah sampai. Sekarang ini, mereka berdua sudah jadi kawan rapat. Ada di Mekah mengerjakan Umrah, kalau tak silap la.

Sunday, May 2, 2010

Boboy


Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan rakannya.

" Mama, boboy nak kencing " teriaknya.

Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata " Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air untuk kencing jangan cakap nak kencing tau. " Habis tu tak akan boboy nak cakap, mama nak solat ".

" Ish budak ni, macam ni. Mama, boboy mahu berbisik. Itu lebih sopan, faham? " tegas mamanya.

" Baik mama " kata si boboy dengan muka cembeng.

Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke bilik papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.

" Mama, boboy mahu berbisik " katanya sambil menggoncang- goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata "Aduh Boboy, kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana tu ".

Pesakit


Amin baru sahaja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata " Syukurlah, semuanya sudah berlalu ".

" Jangan terlalu yakin, kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perut aku. Lepas tu, aku kena menjalani pembedahan sekali lagi " kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.

Yusril yang berada di sebelah kiri tempat tidurnya menyampuk " Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan tulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku ".

Semasa mereka rancak berbual, telah datang seorang doktor yang membuat pembedahan dekat Amin tadi.

" Ada sesiapa yang nampak handphone saya? ".

Saturday, May 1, 2010

Patung


Di sebuah taman ada sepasang patung laki laki dan wanita, berdiri menghadap sesama sendiri selama berpuluh puluh tahun lamanya. Tanpa dapat melakukan apapun yang dikehendaki olehnya, jadi pada suatu hari.

Datang seekor si pari pari, dia merasa hiba dengan kedua patung tersebut. Yang hanya boleh berdiri dan saling memandang sesama sendiri, lalu si pari pari telah meminta izin dari si para para untuk menghidupkan patung tersebut.

Setelah mendapat keizinan dari si para para, maka si pari pari pun menyihir mereka menjadi hidup dan mengizinkan mereka melakukan apa apa sahaja yang mereka inginkan. Tanpa melengah lagi, masing masing sudah menahan lama kan.

" Bagaimana? " tanya patung laki laki.
" Jom kita lakukan " sahut patung wanita.

Mereka pun menghilang disebalik semak semak, tidak lama selepas itu terdengarlah jeritan kecil dan suara tawa yang bercampur girang. Jadi bila si pari pari mendengar semua itu, dia cukup bahagia kerana telah memberi peluang kepada patung patung tersebut melepaskan hajat yang sudah lama terbuku di dalam hati.

Tetapi hal ini tidak berlangsung lama, beberapa minit kemudian patung patung ni kembali keluar dari semak. Si pari pari hairan melihat mereka " Waktu kalian masih panjang, manfaatkanlah waktu kalian ini. Jangan terlalu gelojoh, tahu la dah berpuluh tahun mengidam ".

" Ini sudah bagus, waktu masih panjang lagi? " kata si pari pari jantan kepada pari pari betina dengan mengenyit kenyit mata tanda mahukan lagi.

Dengan hati yang gembira, mereka kembali semula ke semak.

" Jom kita sambung balik, aku tak puas lagi nih! " kata patung laki laki. " Sekarang giliran kau yang pegang burung merpati ni, biar aku pula yang berak dekat kepalanya. Selama kita jadi patung ni, slamber badak je bertenggek atas kita, siap ajak kawan kawan lagi tu " kata patung perempuan dengan mata merah menyala.

Hari Pekerja


Masa aku mula mula kerja, aku memang tak tahu adanya hari pekerja. Yang aku tahu kerja..kerja..kerja. Aku mula tahu 1 Mei adalah hari pekerja sewaktu aku bekerja di salah sebuah pasaraya, tak perlu rasanya aku promote nama dia. Sebab pasaraya tu pun dah bankrup, mungkin juga selepas kehilangan pekerja yang berdedikasi macam aku kot.

Macam ni ceritanya, bila 30 April kawan aku bagi tahu. " Wei, esok kita cuti kan? " jerit singam dekat kami. " Ingat aku pekak agaknya " bisik naluri kecilku.

" Aku kerja dekat sini 3 tahun lebih dah, si tua tu mana pernah bagi cuti " rintihan kak timah. " Dah tu kita tak cuti la esok ye, baru nak plan ronggeng ronggeng dengan awek " si Abu mencelah dengan tanda protes.

" Mari mari semua, esok kita semua talak cuti tau. Mana mana pekelja balu, jangan korang cadang cadang mau ponteng esok. Ada paham ka? " tegas si tua ( bos tempat aku kerja ). " Dah tu bila kita boleh cuti bos? " kedengaran suara dari celahan beras beras yang telah disusun.

" Kita ganti dengan 3 Mei, sebab hari tu hari jadi saya " sambil ketawa kecil. " Ingat kelakar la tu " aku pun turun sama ketawa ( nak jaga hati bos punya pasal ).

" Kalau korang nak tahu, memang bos akan bagi cuti 3 Mei. Dia paksa pekerja dia ni ingatkan hari jadi dia tu, tapi akak memang tak pernah ingat pun " balas kak timah setelah bos masuk semula ke office.