Pages

Friday, November 6, 2009

Hak Kito

copy dari langkasuke,jgn mare.haha

Esok,pertemuan buku dengan ruas.Nogoghi vs kelate,siapakah yg bakal juara?Mengikut firasat nujum dr seremban mengatakan nogoghi akan menjulang piala malaysia,aku yakin dengan fisarat 2.haha....

Kalau boleh memang aku nak tengok kelate tersungkur,memang dr dulu lg aku tak bape nak ngam ngn kelate ni.Dulu masa aku kat CM,slamber je mat2 kelate ni paw aku.Memang sampai sekarang la dendam kesumat 2,siap la ko.haha...Tapi yg pasti,kalau kelate tersungkur.Dapat la menutup mata banyak pihak,memang tu yg aku nantikan.

Nota : Bagi penyokong nogoghi,digalakan bawak apo2 yg patut.Kelate ni beso la,kek mano2 buek hal dio yo.Sorangggg............


Hoben Jang Hoben........

Thursday, November 5, 2009

Legasi 43 Karat


Cite ni mengandungi 25 episod,baru je tadi aku dengan pak asan abis tengok.Cite ni masuk dalam slot samarinda,jadi cite ni berlangsung selama 1/2 jam sahaja.Tolak iklan cite ni dalam 15minit je pun,tu yg macam mendidih je bile bersambung.Dah la seminggu 3x je,nak tunggu pulak minggu depan.Last2 minggu terakhir ni,aku kumpulkan sume.

Aku cite la serba sedikit pasal cite ni,mengesahkan seorang budak yg poyo mengejar harta.Dani,tu lah name yg menjadi kegilaan pak asan bile menonton cite ni.Die ni dari kecik lagi dah bunuh orang,hidup kalau xbunuh orang tangan akan menggigil.Die ni dah di pungut dari kecik oleh seorang kaye,jadi bile nak besar naik minyak la.

Johan adalah sepupu dani ni,anak kepada mak su.Johan ni hidup sempoi je,tak pikir langsung pasal harta2 ni.Tu yg si dani naik lemak la,nak2 sume orang memang percaye bulat2 kt die ni.Ayat memang manis,sampai orang lain tak boleh nak syak segala perangai die yg jahat tu.

Akhirnye dani mati jugak,bajet nak bunuh johan.Last2 die jatuh ke bawah jugak,bak kata pepatah.Akhirnye jatuh ke tanah jua,ayat depan die lupe la plak.haha....Korang tengok la sendiri nanti,kalau tak best tak payah tengok.

Nota : Bagi sesiapa yg nak copy cite tu dari aku,aku dah delete.Harap maaf,haha..



Pak asan frust gile...

Tuesday, November 3, 2009

Keluarga 69..


Beberapa tahun lepas Sameon jumpa seorang janda bernama Semah yang mempunyai anak dara bernama Melati. Sameon berkahwin dengan Semah dan Melati adalah anak tiri Sameon. Selepas itu bapa kepada Sameon, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Sameon, Melati.Ini membuatkan Melati, mak tiri kepada Sameon yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Sameon, Jamrud adalah anak tiri Sameon dan memjadikan Semah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Melati anak kepada isteri Sameon, Semah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Sameon. Tetapi Jarul adalah anak kepada Melati, anak kepada isteri Sameon, Semah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Sameon,Semah. Sekaligus menjadikan Sameon datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Sameon dan Semah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Melati, anak tiri Sameon dan juga Mak mertua Sameon menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Sameon, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Sameon yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Sameon, Jadi sekarang, Sameon adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Sameon,Semah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Melati... Anak Sameon, Jarul adalah sepupu kepada ayah Sameon, Jamrud dan Sameon adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Aku pening.......Aku sindiri naik fening menterjemahkan semua nih!!
Hahaha...


Teruskan berfikir.....

Monday, November 2, 2009

Syabas JAIS


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.

Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.

Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.

Qalesya....


Cite ni dah melabuhkan tirai semalam,sampai episod 20 je.Tapi ending cam haram,leh pulak bapak muhammad 2 berubah cm2 je.Tak masuk akal betol,nasib episod xbanyak sangat.Ok,aku cerita la serba sedikit tentang cite ni...

Ade 5 sahabat,muhammad,qalesya,sadat,hj mustafa,comel.Dorang ni mulanye kenal bile masuk sekolah agama,dari situ mereka berubah dari dak jahat kepada yg baik ( tapi xde la baik mana pun).Muhammad,dulu seorang rocker (tapi main drum je pun).Di pakse oleh family dorang masuk sekolah agama tu untuk jadi baik sikit,biar muhammad ni dengar sikit cakap dorang.Bukan suh muhammad ni jadi alim pun,nak berubah sikit je.

Qalesya,seorang budak yg rajin.Mak ayah dorang berniaga,duit memanjang takde je la.Tapi memandangkn qalesya ni sungguh2 nak belajar,family dorang hantar la masuk sekolah agama tu.Sebab yurang kat sekolah tu tak kesah la nak bayar ke x,tapi die sorang je la tak bayar aku tengok.Sadat,seorang yg sangat jahat.Hobi mencuri,pukul budak dan sume benda2 yg boleh bawak korang masuk penjara.Ni sume disebabkan terikut2 idola die,iaitu bapaknye sendiri yg baru kuar penjara.Maknye suh masuk sekolah tu,supaye leh berubah,kalau susah sangat pun jangan la sampai masuk penjara.Lokap pun jadi la,dah susah sangat.

Hj mustafa,eh silap.Hj..hj..hj mustafa,sebab die dah pegi haji sebanyak 3x.Seorang pendakwah yg terlebih dakwahnye,sampai orang pun boring nak dengar.Bapaknye suh masuk sekolah tersebut bagi meluaskan lg ilmunye yg serba kurang tu,tapi bajet pandai je kat sekolah.Comel,budak yg sangat kuat makan.Mak die sorang peniaga,tapi disebabkan telah membela seekor beruang kutub perniagaan die rugi.Sebab tu la die hantar comel masuk ke sekolah tersebut,bajet bile kuar sekolah boleh kurus.

Disekolah,perbagai dugaan yg mereka tempuhi.Qalesya memanjang kena jadi kuli batak je,disebabkan ade pelajar yg cemburu dengannye berkawan dengan muhammad.Ye la,muhammad kan anak dato'.Si muhammad pulak,perubah yg mendadak jugak lah.Tapi sadat memang camtu je la,nak berkawan dengan budak bajet pandai tu (hj mustafa).

Bulan puasa dah masuk,jadi mereka dibenarkan cuti.Lalu dorang pun jumpa la family masing2,dari situ lah perubahan sedikit demi sedikit telah berlaku di antara family dorang.Tapi....perubahan bapak muhammad berlaku selama 2 minit je,tu la macam tak masuk akal sikit.Penuhkan ayat makian bile dah masuk episod 20,sebab korang akan gunakan bile dah abis cite ni.


Nota : Bagi sesiapa yg nak copy...1 episod le5.
Bak kate sadat,takde barang yg free kat dunia ni.Kalau nak tolong orang je,bile nak kaya.


Selamat beramal....

Sunday, November 1, 2009

Bulan Baru....Azam Baru...

Hari ni dah masuk bulan baru,ape kelainan aku nak buat bulan ni?

1- Mandi 3 kali 1 hari sekali,sebelum ni 3 hari sekali je.

2- Kurangkan isap rokok kepada 1 kotak.

3- Kena masak sayur pasni,bagi badan cergas dan minda bijak.

4- Rajinkan basuh baju,sebelum ni baju 2 minggu baru nak basuh ( tapi still wangi).

5- Kurangkan mengutuk orang.

6- Perbanyakkan ibadah.

7- Mulakan operasi mentelaah kitab,bulan depan dah exam ooo.

8- Jahit mana2 baju dan seluar yg terkoyak.

9- Kerapkan gosok gigi,kalau tak datang balik la sakit gigi aku ni.

10- Praktikan buat air shai ( teh) lak pasni,asyik minum nescafe je.

Diharapkan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar,tiada halangan yg berlaku di tengah2 jalan.Marilah sama2 kita berdoa,agar roh2 saudara kita yg telah pergi di tempatkan dalam golongan2 orang yg beriman.Amin.....


Amal makruf Nahi mungkar.......