Pages

Free advertising

Thursday, April 28, 2011

Saya Bersedia Memakannya

Seorang salesman " vacuum cleaner " menuju ke sebuah rumah, diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah perkataan pun, dia menghamburkan pelbagai kotoran ke karpet ruang tamu.

" Puan " katanya " Saya yakin akan kemampuan mesin ini, karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika masih ada kekotoran yang tertinggal, saya bersedia untuk memakannya " kata salesman itu dengan bangganya.

" Kalau begitu " kata wanita tuan rumah " Mulailah makan, rumah kami belum ada elektrik ".

Wednesday, April 27, 2011

Panadol

Bidin melihat rakannya Wafdi sedang membuat kopi. Kemudian, memasukkan sebutir panadol ke dalam kopi itu. Dengan kehairanan, Bidin bertanya kepada Wafdi

Bidin : Kenapa masukkan panadol ke dalam kopi ?

Wafdi : Kopi ni panas, bagi panadol mana tahu kurang sikit panas dia

Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam itu akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian terhadap lelaki itu bagi mengenal pasti sama ada lelaki itu sudah pulih atau tidak.

Doktor : Awak tau siapa diri awak sekarang ?

Lelaki : Ya doktor.

Doktor : Siapa awak ?

Lelaki : Saya manusia.

Doktor : Ye ke ? Bukan jagung ?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam ?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm, nampaknya kamu telah pulih.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia ?

Lelaki : Ayam tahu tidak saya sudah jadi manusia ?

Doktor : @*&%#^$@

Monday, April 25, 2011

Kuning

Suatu hari seorang pegawai khidmat pelanggan di syarikat mesin cetak mendapat panggilan daripada Mansor, iaitu salah seorang pelanggannya. Mansor rupanya mendapat kesulitan untuk mencetak warna kuning, hanya warna cyan dan magenta yang kelihatan.

Pegawai itu pening kepala memikirnya, apalagi setelah Mansor mengatakan bahawa pencetaknya boleh mencetak warna warna lain termasuk hijau kecuali kuning. Pengawai kemudiannya menyuruh Mansor untuk mengganti cartridge kuning, memadam driver nya dan kemudian meng install kannya semula. Tetapi saranan itu tidak membuahkan hasil. Bahkan, kawan kawan pengawai itu pun tidak tahu cara menyelesaikan masalah ini.

Setelah dua jam dalam kebingungan,

Mansor bertanya " boleh tak saya mencetak di atas kertas putih daripada di atas kertas kuning yang saya pakai sekarang ni? "

Pengawai " &*^%$#*@ "

Saturday, April 23, 2011

Suami Hebat

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian : Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau ?

Amat : Ya betul

Pian : Mesti hebat kan ? Jadi akhirnya macam mana ?

Amat : Akhirnya dia berlutut di depan aku

Pian : Wuahhhh hebat sekali kau, kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?

Amat : Isteri aku berteriak dengan kerasnya " Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!! "

Pian : @#$!%^&%

Friday, April 22, 2011

Barah Otak

Satu hari Bustaman mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor : Serba salah saya hendak memberitahu kamu ni, tapi saya mesti beritahu kamu bahawa kamu telah menghidapi Barah Otak.

Bustaman : Yaaaaaahoooooo!!! ( melompat kegirangan )

Doktor : Bustaman fahamkan maksud saya ? ( kebingungan )

Bustaman : Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke ?

Doktor : Habis tu, kenapa gembira sangat ?

Bustaman : Sebelum ini isteri saya selalu marahkan saya dengan mengatakan saya " takde otak ". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak

Thursday, April 21, 2011

Sewa Hotel Mahal

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

" Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini " katanya kepada pekerja hotel. " Saya nak bilik katil queen size ".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sungguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak " Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal? "

" Betul, tuan baru 1 malam tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini "

Made in Japan

Seorang pelancong jepun menahan sebuah teksi dihadapan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi itu mula bergerak dengan perlahan. Apabila di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan sederhana. Tiba tiba, sebuah kereta memotong.

Pelancong jepun : Ah, nisan. Made in japan, very fast

Kemudian sebuah kereta lagi memotong dengan laju.

Pelancong jepun : Ah, toyota. Made in japan, very fast

Kemudian sebuah kereta lagi memotong dengan lebih laju.

Pelancong jepun : Ah, Mitsubishi. Made in japan, very fast

Sampai di lapangan terbang, ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya.

Pemandu teksi : Rm100 please

Pelancong jepun : What ? Rm100 ? It's not that far from the hotel ?

Pemandu teksi : Ah, agrometer made in japan very fast

Wednesday, April 20, 2011

Paling Bersih

Sepasang suami isteri telah merayakan ulang tahun perkahwinan mereka dengan makan malam disebuah restoran. Ketika mereka ingin meninggalkan restoran itu, mereka ditanya oleh pemilik restoran tersebut

Pemilik : Bagaimanakah layanan dan hidangan kami kepada anda ?

Lelaki : Ada satu perkara yang boleh saya katakan, anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini

Pemilik : Dapur yang paling bersih ? Anda kan tidak pergi ke dapur saya, macam mana anda tahu ?

Lelaki : Sebab semua makanan yang kami makan berbau sabun

Tuesday, April 19, 2011

Rahsia

Seorang wanita sedang berjalan menuju ke arah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu bertanya " Saya tengok encik ni ceria saja. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria? "

" Tak ada rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam " kata lelaki itu.

" Wah! Hebatnya encik " kata wanita itu " Berapa usia encik sekarang? "

" Dua puluh empat "

Sunday, April 17, 2011

Gagal Dalam Subjek Matematik

Pada satu hari, Saiful pergi ke sekolah seperti biasa. Selepas itu, Cikgu yang bertugas masuk ke kelas Saiful hendak mengajar mata pelajaran matematik, soalan tersebut 1 + 1 = ? Lalu dia memberi soalan tersebut, Cikgu bertanya kepada Saiful

Cikgu : Saiful, sila jawab soalan yang diberi oleh saya, 1 + 1 berapa ?

Saiful : Aaaaaa, saya tak tahu la cikgu

Cikgu : Biar betol, ini soalan mudah la Saiful

Saiful : Saya tak tahu juga

Cikgu : Tidak apalah, kamu balik rumah pergi tanya keluarga kamu ?

Saiful : Baiklah cikgu.

Lalu Saiful pun pulang ke rumah, dengan keadaan bingung skali. Selepas itu, dia hendak ke dapur untuk mencari emaknya. Pada masa itu emak Saiful sedang memasak nasik goreng, Saiful nak tahu apa jawapan yang diberi oleh cikgu tadi.

Saiful : Hmm Makk, nak tanya nie 1 + 1 berapa ?

Mak Saiful : Haii !! Nasi Goreng !! Hai Nasik Goreng ! ( sambil menyanyi )

Saiful : Tak apalah

Lepas itu dia tanya kepada abangnya, abang saiful sedang menyanyi lagu black metal dengan keadaan rock

Saiful : Abangg !! 1 + 1 berapa ?

Abang Saiful : Kau diam la Setann !!

Saiful : ( Saiful mendiam, lalu pergi dari situ )

Lalu bertanya pula kepada Atoknya, Atok Saiful sudah nyanyok dan pekak, Saiful pun bertanya

Saiful : Atok !! 1 + 1 berapaa ?

Atok Saiful : Let''s Go Babeh!!

Saiful : Okay

Kemudian bertanya pula kepada bapaknya, ketika itu Bapak Saiful sedang menunaikan solat hajat dan sedang berdoa. Selepas itu Saiful pun datang

Saiful : Bapak 1 + 1 berapa ?

Bapak Saiful : Alhamdulillah

Saiful : Oh okay

Esok itu Saiful pergi ke sekolah seperti biasa dan cikgu Saiful bertanya semula soalan yang diberikan semalam

Cikgu : Saiful, 1 + 1 berapa ?

Saiful : Hai !! Nasi Goreng !! Hai Nasi Goreng ! ( sambil menyanyi )

Cikgu : Saiful jawab betul betul saiful, jangan main main

Saiful : Kau Diam la Setan !

Cikgu : Kurang hajar !! Saiful mari ikut saya ke bilik pengetua !

Saiful : Let's Go Babeh !!

Cikgu : Saiful !! kamu dah melampau, saya akan buang kamu dari sekolah terus !

Saiful : Alhamdulillah

Cikgu : Hmmm

Friday, April 15, 2011

Korang Semua Sama Je

Seorang Pelancong Cina masuk ke dalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana di dalamnya terdapat Steven Spielberg, Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit " Apa pasal engkau tumbuk aku ni? "

Pengarah filem tersebut berkata " Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu "

Cina tersebut membantah " Aku bangsa Cina laa bodoh! Apa kena mengena dengan Jepun pulak? " Pengarah filem tadi membalas " Aaah ! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama saja! "

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

" Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni? " balas pengarah filem.

" Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati " balas Cina tadi.

" Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh! " jerit pengarah lagi.

" Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg korang semua sama je! "

Wednesday, April 13, 2011

Anak Siapa ?

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa ? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa ?
Ayah : ( Separuh berbisik ) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : ( Separuh berbisik ) Hmmm... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha ??!!

Monday, April 11, 2011

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : Lukisan apa yang kau buat ni Abu, kosong je ?
Murid : Kuda makan rumput, cikgu !

Cikgu : Rumputnya mana ?
Murid : Sudah habis dimakan kuda, cikgu

Cikgu : Habis tu, kudanya mana ?
Murid : Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ kan

Saturday, April 9, 2011

Kisah Suami Isteri

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah mereka ini dibina di atas pokok, 2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah.

Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari cari, tiba tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya, bimbang bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Dan punyalah terkejut dia masuk je bilik tu, dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tahu cermin tu apa, jadi dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi, habis berlari dan meraung mencari emaknya.

Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu.

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut, kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak bahak.

Isteri : Kenapa mak ketawa ?
Mak : Apa teruk sangat selera suami kau tu, kalau ye pun nak kahwin lain cari la perempuan yang elok sikit. Ini tak, aku tengok perempuan kat bilik tu dah la tua hodoh pulak tu.

Friday, April 8, 2011

Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya " apa benda ni ? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke? "

" Menarik kan? " Jawab budak punk itu. " Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap "

" Jam bercakap? Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi ? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit "

" Demo ? Kau serius ? Ok, tengok ni " kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yang kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah tengah gong itu yang terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah " Hoi !!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah ? Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke ? Sewel punya budak! "

" Ah! Dah pukul 2 pagi dah " jelas budak punk itu.

Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa apa.

Thursday, April 7, 2011

Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan l0ceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benang pun dibadannya.

Cucu : Saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja nek !
Nenek : Tapi kenapa kamu tidak berbaju ?

Cucu : Ini BAJU CINTA saya
Nenek : BAJU CINTA ?

Cucu : Ya nek, suami saya menyukainya. Saya juga begitu senang memakainya, saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek

Si nenek faham kehendak cucunya, di dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan si suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea, fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek tadi menanggalkan ke semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik sahaja pintu dibuka si atok terkejut mendapati si nenek berbogel dekat depan pintu.

Atok : Kenapa dengan kamu ni, dah buang tebiat ?

Nenek : Ini lah BAJU CINTA bang

Atok : BAJU CINTA ? Kalau ya pun, iron lah dulu baju tu

Wednesday, April 6, 2011

Gunung Sahara

Pada suatu ketika, Basri mengajak Bustamin mengembara di Gunung Sahara.


Basri : Min, Gunung Sahara ni panas. Pandai pandai kau la bawa sesuatu yang boleh menyejukan kau dekat sana nanti, aku takut kau tak boleh tahan je dengan cuaca dekat sana yang begitu panas

Bustamin : Kau biar betul Ri, tak apa nanti aku fikirkan benda apa yang paling sesuai hendak bawa ke sana


Setelah sampai di Gunung Sahara
Basri dengan perasaan terkejutnya berkata


Basri : Apa pasal kau bawa pintu kereta ni, kau ingat kita nk pergi repair kereta ke dekat sana ?

Bustamin : Kau mana tau Ri, jangan main tuduh tuduh. Aku bawa pintu ni sebab kau juga yang suruh benda yang boleh menyejukan aku la

Basri : Habis tu kau nak buat apa dengan pintu kereta ni ?

Bustamin : Nanti bila panas, aku buka la pintu cermin kereta ni. Jadi masuk lah angin, tu pun kau tak boleh fikir ke

Pak Pandir sudah bijak

Pak pandir bekerja sebagai penoreh getah, dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana tidak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah. Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar harga kasut sebelum membayar.

Sesampainya di pekan Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit. Pak pandir membelek belek sepasang kasut berjenama Fungkiong. Beliau diperhatikan oleh tokeh kedai tersebut, setelah mencuba dan berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka Pak Pakdir pun bertanya harga kasut tersebut. Tokeh itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah. Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar. Dia pun berkata " Boleh kasi kurang kah tokeh? ". Tokeh kedai menjawab " Berapa awak minta kurang? ". Pak Pandir menjawab " Kasi kurang dua ringgit lah ". Tokeh itu menjawab " Ok lah, pakcik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit ". Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang di fikirkannya betul. Tokeh kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.

Sesampainya di rumah Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya perihal dia menawar harga kasut tersebut. Isterinya bertanya " Berapa harga kasut tu bang? ". Pak Pandir menjawab " Harganya enam ringgit setengah, saya tawar tokeh kasi kurang dua ringgit. Jadi saya bayar sepuluh ringgit lah ". Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir, dia fikir bagaimana harga enam ringgit setengah bila di tawar harga menjadi semakin tinggi. Dia pun bertanya Pak Pandir kenapa harga enam ringgit setengah di tawar jadi sepuluh ringgit ? Pak Pandir selamba menjawab " Harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar dua belas ringgit, dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgitlah " jawab pak pandir.

Isterinya berkata dalam hati " Laki aku ni bodoh ke bangang ahhh.....??!! "

Cerita Sedih

Ada tiga orang sahabat Ali, Abu dan Mamat yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Ali : Macam mana ni, rumah kita atas sekali pulak tu ?
Abu : Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke ?
Mamat : Aku rasa, baik kita panjat tangga aje. Kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.
Ali : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.

Ali : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian merekakembali memanjat sambil Abu pula bercerita.

Abu : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung aku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih, punyalah lama si Abu bercerita. Sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.

Mamat : Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedih punya.
Ali : Kau ada sejarah hidup sedih juga ke ?
Mamat : Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah.
Abu : Cerita aje la, kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.
Mamat : Aku sedih kerana KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

Tuesday, April 5, 2011

Malang

Suatu hari, ayam dan lembu berdiskusi tentang perihal diri masing masing


Ayam : Manusia nie memang pentingkan diri sendiri !

Lembu : Kenapa kau kata macam tu ?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku !

Lembu : Hah! Buat apa pulak ?

Ayam : Aku ni bertelur hari hari. Aku cadang nak lah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku time aku dah nak mati nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari hari dia makan telur aku, macam mana aku nak dapat anak ?

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil je !

Ayam : Maksud kau ?

Lembu : Aku ni, kalau difikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK !

Ayam :%#@^#$@!

Monday, April 4, 2011

Menguap

Pada suatu hari, Amin ternampak kawannya Samad tengah menguap sambil mengigit. Dia berasa hairan dan bertanya kepada samad


Amin : Kenapa kau menguap sambil mengigit ?

Samad : Ustad kata kalau menguap tak tutup mulut syaitan masuk kan

Amin : Betul la tu, habis kenapa kau mengigit ?

Samad : Ye la, mesti syaitan tak boleh masuk sebab aku gigit dia

Sunday, April 3, 2011

Kontraktor

Kerajaan Malaysia hendak membuat projek angkasa terhebat di dunia, maka 3 org kontraktor terkemuka dari Jerman, Britain & Amerika dipilih untuk membina kapal angkasa Malaysia. Ikuti temubual mereka.


Temubual 1

Malaysia : Berapa yang awak perlu untk buat kapal angkasa tu ?

German : 1 billion dolar untuk kapal angkasa termasuk upah pekerja, kos selenggara & pembinaan.


Temubual 2

Malaysia : Berapa yang awak perlu untuk buat kapal angkasa tu ?

Britain : 2 billion dolar untuk kapal angkasa termasuk upah pekerja, kos selenggara, pembinaan, bahan api, teknologi sulit dan latihan krew.


Temubual 3

Malaysia : Berapa banyak awak perlu untuk kapal angkasa kami ?

Amerika : 5 billion dollar sahaja.

Malaysia : Kenapa mahal sangat ?

Amerika : Saya ambil 2 billion dolar, saya bagi awak 2 billion dolar, kemudian kita suruh German buat kapal tu.

Saturday, April 2, 2011

Penjual Insurans

Satu hari di kelas 1 cerdik, guru bertanyakan pekerjaan bapa mereka. Ali, Muthu, Ah Chong dan Robert menjawab seperti berikut.

Ali : Ayah saya seorang pemandu teksi, cikgu.

Muthu : Ayah saya makenik kereta, cikgu.

Ah chong : Ayah saya jual kereta, cikgu.

Robert : Ayah saya membunuh orang, merompak duit mereka, makan rasuah dan memeras ugut, cikgu ( bercakap dengan bangga )

Cikgunya terperanjat dan berjumpa dengan ayah robert. dengan muka yang sedih, ayah rober menjawab.

Ayah robert : Saya ni penjual insurans cikgu, tapi macam mana saya nak terangkan pada budak brusia 7 tahun ?

Siapa Merokok ?

Seorang penumpang di dalam kereta api elektrik bertanya pada konduktor

" Adakah merokok dibenarkan? "

" Tidak " konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut.

" Kalau begitu dari mana datangnya puntung puntung rokok ini? "

Konduktor itu menjawab

" Dari mereka yang tidak bertanya soalan ".

Friday, April 1, 2011

Iklan Je

Nak dijadikan cerita, seorang makcik tua yang uzur sedang menunggu bas di salah sebuah bas stop di kampungnya. Sambil menunggu hampir setengah jam, makcik pun perasan ada sebuah bas akan melalui bas stop tersebut.

Tanpa membuang masa, makcik nie pun " stand-by " nak tahan. Bas itu pun " slow" lalu depan makcik agar makcik ni tahan bas tersebut untuk berhenti. Tetapi makcik buat " dekkkkkk " je dan selepas bas berlalu setengah meter , barulah makcik tu tahan bas tersebut.

" Oiiiiiiiittttttttt driver bas, tunggu.... Dengan suara jeritan makcik tua ni "

Akhirnya, driver bas itu pun terperanjat dan lalu bas itupun berhenti. Tetapi peliknya, makcik tu tak naik naik jugak bas tersebut

Dengan nada yang amat amat marah, driver bas itu pun turun dan marahkan makcik tersebut.

" Makcik, apesal makcik tak naik lagi. Lamoe benor kami tunggu, cepat le sikit "

Dengan muka slambe, makcik tu jawab....

" Sebenornye makcik bukan nak naik bas, makcik nak amik no telephone iklan " Yellowpages " kat belakang bas kamu ni je "

Dengan perasaan hampanya, driver bas ni pun blah dengan " fed-uppppppppp " nya.