Pages

Free advertising

Friday, December 24, 2010

Vibrate

Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.

Cikgu : Manap, kenapa awak bergegar-gegar ? Awak tak sihat ke ?

Manap : Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen ‘vibrate’. Saya tukar kepada silent ya.

Wednesday, December 15, 2010

Suamiku

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya " aku terpaksa meminta cerai dari suamiku ".

" Kenapa? " tanya temannya kehairanan.

" Habis, sampai setiap malam kerjanya keluar masuk disko " jawab si ibu muda.

" Ohh, jadi suami kau tu kaki disko la ye? " tanya temannya lagi.

" Bukan begitu, sebenarnya dia ke sana mencari aku " sambung si ibu muda.

Sunday, December 12, 2010

Hukuman Mati

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi eletrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti

" Jangan takut, daya voltagenya sangat tinggi. Lagi pun ia terjadi dalam waktu yang amat singkat ".

Kebetulan pula terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dari bilik yang berlainan, laungan tersebut berpanjangan.

" Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat ye " kata warden penjara

Tak lama kemudian warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata

" Tak ada masalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Tadi itu rupanya eletrik terputus, maka digunakan lilin sebagai gantinya. Itu saja, jangan risau la ".

Thursday, December 9, 2010

Untung

Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut.

Pemberita : Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini ?

Tokey : Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih untung wooo.

Pemberita : Macam mana pulak tokey boleh kata masih beruntung ?

Tokey : Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa.

Pemberita : Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini Tokey ?

Tokey : Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun.

Tuesday, December 7, 2010

Disko XYZ

Seorang lelaki dalam keadaan kelam kabut, masuk berjumpa seorang teman yang boleh dipercayai untuk meminta nasihat.

" Bini aku dah berlaku curang terhadap ku. Setiap malam dia ke Disko XYZ untuk mencari jantan. Malah dia akan meniduri mana mana jantan yang mengajaknya. Arghhh!!! Dah naik gila aku. Apa yang patut aku lakukan? ".

" Bertenang " kata si teman. " Tarik nafas dalam dalam. Lepaskan perlahan perlahan. Sekarang, cuba kau beritahu aku pukul berapa bini kau biasa pergi kesana dan lokasi Disko XYZ itu "

Sunday, December 5, 2010

Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju ke arah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria? "

" Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam " kata lelaki itu.

" Wah! Hebatnya encik " kata wanita itu. " Berapa usia encik sekarang? "

" Dua puluh empat ".

Friday, December 3, 2010

Kantoi

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.

" Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang ".

" Oh kesiannya. Apa yang berlaku ? Kau diisytihar bankrap ke? " tanya si teman penuh simpati.

" Ahh, tak lah. Bini aku dapat tau "

Thursday, December 2, 2010

Sumbangan

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu : Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin : Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi pagi datang ke mari ?

Tok Penghulu : Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya rasa tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil. Lagipun untuk kemajuan kampung ini juga.

En Lamin : Aduh tok, adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya ?

Tok Penghulu : Waduh, kalau begitu... saya tak tau pula.

En Lamin : Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan ?

Tok Penghulu : Kalau begitu, tok minta maaf ( sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah )

En Lamin : Apa tok juga tahu kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan ?

Tok Penghulu : ( sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf ).

En Lamin : Jadi, pendek kata. Mereka sendiri saya tidak pernah bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

Wednesday, December 1, 2010

Harta Pak Pandir

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat idea, dia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar " TIDAK ADA WANG DISINI! ". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat " BUKAN LUNCAI YANG AMBIL! ".

Tuesday, November 30, 2010

Pak Pandir di Lebuhraya

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba tiba handphonenya berbunyi. Lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati hati " Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati hati! ".

" Gila!!! " kata Pak Pandir " Bukan satu, tapi beratus ratus! "

Monday, November 29, 2010

Terlupa Makan

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri : Bang, bangun bang... bangun la cepat
Udin : Hish... apa ni kejutkan orang tengah tengah malam ni.

Isteri :
Abang lupa makan ubat la, cepatla bangun. Kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin : Ubat apa ?

Isteri :
Ubat tidur.
Udin : @#%^#^?

Saturday, November 27, 2010

Nenek Udin

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin : Mari la naik nek, pegang kuat kuat ye.. nanti jatuh!
Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat kuat la ni.
Udin : Jangan lupa pegang kuat kuat ye nek !!! ( kata Udin lagi mengingatkan )
Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat kuat la ni, takut sangat.
Udin : Ok, kalau begitu kita berangkat ye nek.

Udin lalu ' merempit ' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang dan ternampak neneknya terjatuh dari motornya.

Udin : Lah kenapa boleh jatuh gak ni, nek ? Nenek tak pegang kuat kuat agaknya ?
Nenek : Nenek dah pegang kuat kuat dah tadi !
Udin : Nenek pegang kat mana ?
Nenek : Pagar rumah.
Udin : $%^&(#

Friday, November 26, 2010

Lari Dari Hospital

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum dia menjalani pembedahan. " Ada apa Pak Cik? ", tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan " Saya baru mendengar jururawat kata ' bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik' ".

" Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut " kata si pengawal.

" Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya! "

Thursday, November 25, 2010

Kisah Seram Si Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi. Kalau ada yang cakap dekat sungai tu ada ikan, ajis mesti pergi try mancing dekat situ.

Satu hari masa minum dekat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui dekat sungai di kampung seberang. Kampung tu agak jauh dan pedalaman, sungai tu lebih kurang 5 km dari kampung tu. Dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis sudah bersiap hendak pergi memancing dekat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet lagi. Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu. Sudah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terfikir. Karang kalau terus pergi sungai tu, tak sempat pulak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur dekat tepi jalan sunyi kampung tu, bergegas dia berhenti. Ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa gesa sebab waktu Zohor dah hampir hendak habis.

Masa Ajis di rakaat yang kedua, Ajis tiba tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba tiba meremang " Hish, sapa pulak yang gelak gelak tu? " bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Ajis tidak sedap hati, ni surau tinggal ke. Sebab dah uzur sangat dan alahai, siapa pula duduk dekat tengkuk dia ni.

Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera. Dia hendak tinggalkan cepat cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk batuk.

Syukur, Ajis sudah berada di tahyat akhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun ubun kepala sampai ke dagu. Lepas tu, tiba tiba Ajis tersedar.

Rupa rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh belakang, patut lah dengar orang ketawa. Rupa rupanya tok imam, bilal dan orang orang kampung yang datang nak sembahyang Asar tengah gelak kan dia. Sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut la kepala dia rasa berat semacam.

Tuesday, November 23, 2010

Papan Tanda

Beberapa orang polis trafik tengah duduk disimpang jalan, bagi menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju. Seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan, yang dianggarkan hanya dipandu 22 kilometer sejam sahaja. Maka polis trafik itu pun berfikir " Tidak boleh jadi ni, lambat lagi dari kura kura. Sangat bahaya bagi pemandu yang lain ".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita, dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang. Mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan ? Saya tidak melebihi had laju, kenapa ditahan? ". " Makcik ", polis trafik menjelaskan " Makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju juga boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain ". " Lambat dari had laju? " wanita itu merasa hairan.

" Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ( JALAN AMPANG 22) " bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud ( JALAN AMPANG 22 ) adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan. Adakah ke semua penumpang di kereta makcik semuanya sihat ? Nampaknya makcik makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat " polis trafik itu bertanya kehairanan. " Oh... jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni ( Jalan Bukit Bintang 309) ".

Saturday, November 20, 2010

Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

" Seberapa buruk kah pendengarannya? " tanya doktor.

" Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau hendak berbual dengannya ".

" Okey, cuba buat macam ni. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya ".

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak " Makan apa kita malam ini? " Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya " Makan apa kita malam ini? " katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit " Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!! "

Friday, November 19, 2010

Ubat Sakit Kepala

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala, sambil diperhatikan seorang pekerja. Lalu pekerja tersebut bertanya " kenapa bos? nampak macam sakit kepala sahaja? ". " Ya lah Semaun, kepala aku sakit sangat ni ", kata bos.

" Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas tu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga ", terang Semaun.

" Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri kau sekarang!! "

Thursday, November 18, 2010

Sini Tidak Boleh Berenang

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.

Tiba tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya " Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini! "

Wanita tersebut tergesa gesa mengambil pakaiannya. " Kenapa tidak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian? " soal wanita tersebut. " Memanglah di sini tidak dibenarkan berenang, tetapi saudari tidak dilarang untuk menanggalkan pakaian " jawab pemilik dusun dengan selamba.

Tuesday, November 16, 2010

Bijirin

Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan menggenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin mahu memberikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.

Si Ibu : " Udin! jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan, nanti ikan semuanya akan mati "

Dengan wajah pucat Udin menjawab, " habis tu, kenapa ibu berikan bijirin itu kepada saya tadi? "

Si Ibu : @%$*&#

Monday, November 15, 2010

Can Ni Ball

Pada suatu petang,dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Mana compass hilang,handphone pun takde!)

Perut pun terasa lapar,hari semakin gelap.. mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Utk keselamatan masing-masing, Si Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang seluar dalamnya, manakala Si Abu menyimpan pisaunya di kocek(poket)seluar jeans nya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut. Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu dingin,bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik. Lantas,

"Hoiii!...apa korang buat kat sini? siapa kamu??"

Terkejut betul Si Ahmad dan Abu ni!

Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada Si Abu dan Ahmad.

"Kamu tau tak siapa kami?" kata orang tersebut

Abu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka,ketakutan.

Dengan nada yg marah,orang itu berkata:

"Kami ialah puak kanibal! kami makan daging orang! Oleh kerana kamu berdua telah masuk ke kawasan kami (kawasan larangan) maka kamu akan kami bawa jumpa Ketua kami! Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam!"

Pendek cerita, Si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini.

"BUNUH MEREKA! REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DI-JADIKAN PERAHU...HAHAHAHAHA..." arah Ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.

Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea utk melepaskan diri dari Puak kejam itu.

Si Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini,Abu sedang dikelilingi orang kanibal.Abu begitu ketakutan sekali!

Si Abu lantas mengambil pisau dibelakangnya dan mengacukan pada perempuan itu,lalu Abu menjerit:

"JGN HAMPIR! KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI!!"

Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut utk melepaskan dirinya.

Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari kearah puak ramai tersebut.

Abu sudah buntu!Tamat lah riwayatnya kali ini!! Orang kanibal sudah tersenyum lebar, ada pula yg ketawa sambil cuba menghampiri Si Abu..

"JANGAN DEKAT!!" Ugut Abu kepada mereka!

Lantas, Si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya,

"AKU DAH CAKAP JGN DEKAT! NAH!!....BIAR BOCOR INI PERAHU !!! "

Sunday, November 14, 2010

Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar dekat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang kangkang.

Pelajar A kata " Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry ". Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki ". Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata " Apa kata kita tanya je orang tua tu? ". Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A : Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa ?

Orang Tua : Kamu fikir aku ada penyakit apa ?

Pelajar A : Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua : Emm... bukan.

Pelajar B : Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua : ...pun bukan.

Pelajar A : Habis tu ?

Orang Tua : Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi, tapi terberak pulak dalam seluar. Sebab tu la aku jalan terkangkang.

Friday, October 29, 2010

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu, mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Nak di jadikan cerita, ada seorang mamat dekat tepi jalan menahan bas tersebut. Dengan hajat, hendak minta tumpang. Jadi bas tu pun berhenti la.. Tiba tiba.. lebih kurang 6 orang perompak keluar hendak merompak bas tersebut.

Sorang perompak berkata " Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada.. Cepat..!! "

Sorang pekerja kilang tu membalas" ..tapi.. kami tak bawa barang kemas kalau pergi kerja, duit pun sikit je "

Perompak berfikir seketika " Ha.. macam ni la, sebab korang tak ada barang kemas dan duit.. kami rogol korang semua..hahaha "

Pekerja kilang yang muda berkata " Alalaa... tak akan la makcik makcik yang dekat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tiba tiba.. salah seorang makcik berdiri " Weh.. kau ni, tak paham ke. Kalau dia cakap semua, semua la "

Thursday, October 28, 2010

Surat Rasmi - Cara Minta Kahwin Lagi

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

18 MEi 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan ?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan mangkuk, ketukan senduk dan perkara perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama sama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

" BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA "


Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Tuesday, October 26, 2010

Bunuh Diri

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor : Hari ini saya ada dua berita baik untuk awak. Satu berita baik, dan satu lagi berita buruk.
Pesakit mental : Apa dia doktor ?
Doktor : Pertama sekali, tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda tanda hampir sembuh daripada penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yang cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yang awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.
Pesakit mental : Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dengan cepat.
Doktor : #@**_!!*&^_#

Sunday, October 24, 2010

Thank You Seven

Ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau pulak seperti : ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang barangnya yang jatuh.

Pemuda : ( Inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh : Oh, I'm sorry
Pemuda : It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda : ( hmm.. lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh : ( hairan ) what for ?
Pemuda : ( four ? four hmm five ) thank you five.
Mat salleh : Are you sick?
Pemuda : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya. Pemuda itu pun berteriak dari jauh. Thank you seveeen! bye bye.
Mat salleh : ( bingung )

Thursday, October 14, 2010

Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya adanya angin. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak kanak di tadika tersebut supaya tak percaya adanya angin di dalam kelas tersebut. Tiba tiba, dia mendapat satu akal.

Guru tadika : Anak anak, nampak tak pen ini ?
Murid murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi.

Guru tadika : Anak anak,nampak tak pen ?
Murid murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak anak nampak angin tak ?
Murid murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : angin ada tak ?
Murid murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak kanak itu berjaya. Tetapi , dalam kumpulan kanak kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan.

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu ?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan kawan nampak cikgu tak ?
Murid murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid murid : ada.
Amin : Kawan kawan nampak otak cikgu tak ?
Murid murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak ?
Murid murid : tak ada.

Monday, October 11, 2010

Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

" Sabun mana yang anda gunakan selama ini? "

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab " Sabun Baba ".

" Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan? "

" Deodorant Baba " jawab pelajar itu.

" Minyak wangi? "

" Minyak Wangi Baba ".

" Shampoo? "

" Shampoo Baba ".

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, " Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar ? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat ".

Pelajar itu menjawab , " Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya ".

Thursday, October 7, 2010

Jack , Queen dan King

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya " Siapa yang pandai membilang? "

Seman mengangkat tangan.

" Betul ke kamu pandai membilang? "

" Tahu Cikgu. Ayah yang ajar. "

" Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa? "

" Empat. "

" Bagus. Selepas enam? "

" Tujuh. "

" Selepas sembilan? "

"Sepuluh " jawab Seman.

" Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar benar tahu bagaimana mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa? " tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab " Jack, Queen dan King ".

Tuesday, October 5, 2010

Bas Tanpa Pemandu

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang ni bersama rakannya ( nama terpaksa dirahsiakan ) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India. Tiba - tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat ni tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan dipakai. Mamat ni dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap siapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba - tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai - sampai. Mereka menggigil ketakutan, apa taknya, bas tak ada pemandu, tak ada orang langsung, macam mana boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing dalam seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam - macam. Waktu tu Tuhan saja yang tau betapa takutnya mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ada pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar dekat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2 ?

" Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang " Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah - mengah.

Friday, October 1, 2010

Drebar Baru Kereta Sewa

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di office. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha : Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, di dalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba tiba setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik : Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik
Fasha : Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut

Pakcik
: Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik
Fasha : Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?

Pakcik
: Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat
Fasha : Hmmm.. patutla

Thursday, September 23, 2010

Wantan Mee

Mat dan Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.

Pelayan : Hendak minum apa encik ?

Mat : Bagi saya milo ais satu ?

Ah Chong : Saya mau minum itu silap limau

Pelayan : Ok, makan encik ?

Mat : Saya nak nasi goreng satu, telur mata kerbau satu ye

Ah Chong : Kasi saya itu wantan mee


Maka pelayan tadi terus beredar, beberapa minit kemudian dia datang semula

Pelayan : Minta maaf la encik, tukang masak saya suruh bagi tahu yang ada dekat dapur cuma telur ayam sahaja. Kalau encik hendak mata kerbau, tak ada sebab dia tak sanggup hendak korek mata kerbau. Lagi satu, kalau encik hendak sekilo atau dua kilo mee cukup la. Tapi kalau encik hendak satu tan memang tak cukup, sebab kami tidak menjual guna tan.

Saturday, September 11, 2010

Hari Rayo

Chelamek Haghi Ghayo....Maap Zahir dan Batin...

Dah masuk hari ke 3 gua dekat malaysia ni... Tapi impian gua belum tertunai lagi, dah 4 tahun gua mengidam benda alah ni. Durian mana ko menghilang?

Kalau nak datang beraye rumah gua caling caling ok....nanti gua bagi no fon gua...

Tuesday, September 7, 2010

I'm Coming

SERVICE :

EGYPTAIR - MS 970

WED 08 SEP 10


FROM :

CAIRO EG

TO :


KUALA LUMPUR MY


DEPART : 0015

ARRIVE :
1615

DURATION : 10:00

Sunday, September 5, 2010

Sengal Ubi

Seorang guru yang diberi tugasan penting telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada pelajarnya.

Guru : Arif tolong cikgu ye kerana banyak kerja yang cikgu kena lakukan.
Arif : Baik, cikgu.

Guru : Tolong pergi ke bilik guru, ambilkan cikgu fail berwarna kuning di atas meja cikgu.
Arif : Fail kuning muda atau kuning terang ?

Guru : Kuning muda.
Arif : Fail besar atau kecil ?

Guru : Di meja cikgu hanya ada satu sahaja, fail kuning. Ambil sahaja yang bewarna kuning.
Arif : Tadi cikgu kata kuning muda, kenapa pula sebut kuning saja ?

Guru : Fail kuning muda!.
Arif : Oh, kuning muda. Kuning muda tu macam mana cikgu ?

Guru : ???

Saturday, September 4, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika merayakan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50. Ulang Tahun Perkahwinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya " Ada satu hal yang ingin aku tanyakan pada kamu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa, jadi pertanyaan ini belum pernah aku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi... ada baiknya aku tanyakan sekarang "

" Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa? " kata isterinya.

" Begini... anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza? "

Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut. Ia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya. " Ya..... " katanya mengaku " Ayahnya berbeza "

Hening....... Mata si suami di genangi air mata " Ooh... " katanya sambil menahan sebak di dada " Kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya? "

Hening lagi, dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab " Kamu.... "

Thursday, September 2, 2010

Senyum Sikit

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang - panjang. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata " Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula "

Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya " Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang - panjang, tetapi doktor tidak melakukan apa apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi? "

" Supaya " jawab si doktor..
" Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan - pertanyaanmu yang bertubi tubi seperti tadi ".

Sunday, August 29, 2010

Keputusan Seorang Ayah

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil." Siapa si bedebah tu " jerit sang ayah, sedang si ibu menangis " Suruh dia datang sini! "

Si anak pun telefon la mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata " Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan? "

Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata " Kalau camtu hang cuba la lagi ".

Thursday, August 26, 2010

Isteri Curang

Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Amat yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.

Melihat Amat seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata " Mat, kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri kau sedang bermesraan dengan kawan kau tu ".

Amat pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian dia telah kembali dengan wajah lebih ceria, nampak lega.

" Bagaimana Mat? " tanya rakannya tadi.
" Kacau je kau ni. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak, baru tadi pertama kali aku lihat dia ".

Monday, August 23, 2010

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : " Bang, berapa harga mangga sekilo? "
Peniaga : " RM7 "

Pembeli : " Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la? "
Peniaga : " Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu! "

Pembeli : " Kalau tak manis, macam mana bang? "
Peniaga : " Kalau tak manis, tak payah bayar! "

Pembeli : " Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo! "
Peniaga : " #$%@%&%???? "

Sunday, August 22, 2010

Barah Otak

Satu hari Pak Samad mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Samad ni tapi saya mesti beritahu Pak Samad juga bahawa Pak Samad telah menghidapi Barah Otak.

Pak Samad : Yaaaaaahoooooo!!! ( melompat kegirangan )

Doktor : Pak Samad fahamkan maksud saya ? ( kebingungan )

Pak Samad : Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke ?

Doktor : Habis tu.. Kenapa gembira sangat ?

Pak Samad : Sebelum ini isteri saya Mak Bedah selalu marah saya dengan mengatakan saya " takde otak ". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Friday, August 20, 2010

Pukul Berapa Buka ?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.

" Pukul berapa perpustakaan akan di buka? " seorang pemuda di hujung talian bertanya. " Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya tengah malam buta ni? " tanya pustakawan tadi.

" Tak boleh buka awal lagi ke? " pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. " TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9 " si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. " Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk? ". " Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal " saya mahu keluar "

Friday, August 13, 2010

Kemalangan

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin " kata si wanita tersengih sengih.

Si lelaki terkedu " Saya setuju dengan kata kata awak " katanya.

" Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara? " kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

" Baiklah, demi persahabatan ini " kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan " Kenapa kamu tak minum sama? ".

Si wanita membalas " Takpe lah. Saya tunggu polis datang "

Monday, August 9, 2010

Wanita Dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria? "

" Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam ", kata lelaki itu.

" Wah! Hebatnya encik ", kata wanita itu. " Berapa usia encik sekarang? "

" Dua puluh empat ".

Sunday, August 1, 2010

Isteriku

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba ".

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang ".

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju " Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh sungguh untuk kita. Tapi bertahun tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang, ayang masih di sisi abang.

" Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ayang masih disisi ".

Mata si suami pula bergenang " Dan.. sekarang abang terlantar di sini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi " Esakkan si isteri bertambah kuat.

Si suami berkata lagi " Abang rasa ayang ni bawak sial la, berambus kau sekarang ".

Friday, July 30, 2010

Wong Ah Beng Di Pusat Membeli Belah

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yang seling boleh dilihat di pusat pusat membeli belah di tanah ayer.


Awek cun + balak hensem

Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.


Awek cun + balak tak hensem

Kebanyakan awek yang cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu ( tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja ). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.


Awek tak cun + balak hensem

Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau lampau juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang kadang itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkat laku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut telhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem.


Awek tak cun + balak tak hensem

Ini couple talak sapa pedulik punya.. no komen.


Group of girls + 1 guy

Selalunya berlaku di kedai makan. Seolang lelaki di kelilingi kawan kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka ( tapi kawan kawan pelempuannya mesti ketawa jugak ).


Awek cun berpakaian seksi

Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah buahan di dadanya, atau pusatnya dikhalayak lamai kelana dia tau badannya ada powah. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. Ini awek pun sebegitu jua.


Awek tak cun berpakaian seksi

Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain sakit mata. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan " I wear sexy and I feel good " ataupun " I have the right to wear anything I want ". Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy ? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka. Tatau apa mau cakap lagi woo.


Jadi lu olang telgolong dalam mana satu gloup ?

Thursday, July 29, 2010

Bos Power ?

Disebabkan masalah pekerja pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai tambah pula dengan pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia dekat kompani tu. So, siapa siapa yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang duduk menyandar dekat tepi dinding.

" Yang berbaju biru tu " dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. " Berapa gaji awak? " dia bertanya dengan nada yang agak keras. " Dalam RM800 " pekerja tu menjawab. Bos tu menjawab " Nah ambil ni Rm800, berambus dari sini. Kalau hendak duduk menyandar pergi kerja tempat lain ".

Pekerja tu ambil duit, lalu terus beredar macam tu je. Bos tadi memandang ke semua pekerja pekerjanya. Seperti yang mereka paham, siapa malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam officenya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ " Mamat tadi tu kerja department mana? "

Jawab si pekerja " Owh, dia tu datang hantar pizza, tak kerja sini pun ".

Thursday, July 22, 2010

Last Post

Salam semua blogger blogger, aku harap semua sihat ok. Aku ada masalah besar sekarang ni, jadi otak aku memang tak berfungsi macam biasa. Banyak idea yang terpaksa dibekukan, aku perlukan masa untuk kembalikan semula semangat aku ini. Mungkin bertahun lamanya..

Ada 2 perkara penting yang aku memang impikan, berkecai begitu saja. Punah harapan aku, sebab 2 perkara ini lah yang menjadi penguat dalam hidup aku. Tapi apabila kedua duanya hilang, memang tak mungkin akan diselamatkan lagi. Aku telah berusaha sedaya upaya, untuk merealisasikan kedua dua impian aku ini. Tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui. Aku pasrah.

Terima kasih juga kepada pengunjung pengunjung yang tidak jemu jemu untuk memberi komen dan jugak kritikan, aku hargai semua tu. Aku juga hendak minta maaf, seandainya selama ini entry aku ada berunsur perkara perkara yang korang terasa. Minta maaf juga, kerana aku jarang jenguk blog korang.

Monday, July 19, 2010

Baju Bercorak Sama

Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya.

Shima : Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus.

Ramli : Tak apalah... Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya.

Shima : Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.

Buku Tidak Bermutu

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata " Saya mahu komplain! "

" Ada apa, Cik? " petugas perpustakaan bertanya.

" Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu! " jelas Noni.

" Kenapa pula Cik? "

" Hurufnya kecil kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apa pun padahal ada banyak nama orang di dalamnya! "

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata " Jadi andalah orang yang membawa buku telefon kami yang hilang minggu lalu! "

Sunday, July 18, 2010

Penculik

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak (tunggal) nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu (tunggal) itu telah menerima panggilan (tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu : ( Takut ) hello...

Noname : Apa hello hello ? Bila mau bagi wang ?

Ibu : Tolong lah.. Saya tak ada wang sebanyak itu.. Tolong lah turunkan harga.

Noname : Lu ingat wa ni budak budak ka ? Makin lama tangguh makin mahal maa.. Ada ka patut lu mau murah pulak.

Ibu : Tolong lah... Saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni.

Noname : Okay.. Wa bagi sampai esok hali.. Kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu : ( Menangis ) Tolong jangan tarik nyawa anak saya ! please.

Noname : Apa ?

Ibu : Saya tak boleh hidup tanpa anak saya.

Noname : Haiyaa.... Wa dali syalikat perusahaan kereta maa.. Lu punya kereta sula 7 bulan tak bayar.. Tiap bulan pun wa ada bagi warning maa... Wa tarik kereta maa.. Wa bukan along mau tarik nyawa.

Ibu : ( Malu )

Saturday, July 17, 2010

Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri sudah bersiap siap hendak masuk ke bilik tidur. Tiba tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit Itu, lalu terus menangis teresak esak.

Si ayah yang buntu hendak memujuk anak itu, tiba tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya.

" Ha, kan ayah dah keluarkan ni ". Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata " Buat lagi sekali ayah ".

Khasiat Telur Separuh Masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata " beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama lama besarlah tu ".

Pada keesokan paginya, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

" Telur ni untuk saya ke mak? " tanya si anak.

" Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah " kata emaknya.

Friday, July 16, 2010

Keadaan Suami

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan, doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua sahaja.

" Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat nasihat yang saya berikan " kata doktor.

" Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap zatnya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami " tambah doktor.

Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya " Apa kata doktor tentang penyakit abang? "

" Abang akan meninggal ".

Monday, July 12, 2010

Salah Tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka " Hoi! Bising sangat ni! Jangan main bola di dalam kapalterbang " bentak co-pilot kepada orang orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati. Orang gilanya tinggal 4 orang " Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja ? Yang lain ke mana? "

" Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la ".

" Hahh !! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam? "

" Kan kami ni pemain simpanan ".

Sunday, July 11, 2010

Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya " Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang? ".

" Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak " jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul " Jenis jenis Mimpi dan Maksudnya ".

Saturday, July 10, 2010

Salah Selipar

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, dia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul dan sementara itu dia menunggu di bawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.

" Kenapa kamu tidak bawa seliparnya? " kata bapa dengan susah hati.

" Sia sia je pak, selipar yang di rumah juga berlainan warna ".

Friday, July 9, 2010

Berita Baik

" Tahun ini ada berita baik, Ayah! " ujar seorang anak yang baru sahaja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

" Berita baik apa? " tanya ayahnya.

" Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti " jawab si anak.

" Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa? " tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

" Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!! " jawab anaknya dengan selamba.

Thursday, July 8, 2010

Mat Punk

Seorang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang. Tiba tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut.

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut.

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu, pemuda punk itu bertanya " Eh, pakcik.. Kenapa tenung saya macam tu ? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila gila? "

Setelah menarik nafas panjang, orang tua itu menjawab " Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru, jangan jangan kamu adalah anakku ".

Wednesday, July 7, 2010

Mary Sue ke Bandar

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti langkah langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah marah kepada pelayan tersebut.

" Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada! "

" Nyonya, ini adalah lif " jawab pelayan tu selamber.

Kisah di sebuah Pasar Raya

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

" Mama " kata gadis kecil itu.
" Bolehkan kita balik sekarang? "

" Tidak " jawab ibunya.

" Ma, saya rasa hendak muntah! " kata gadis kecil itu.

" Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas "


Setelah kira kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.

" Sudah selesai? " tanya ibunya.

" Ya "

" Cepatnya? "

" Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma " kata anaknya lalu menyambung.
" Dekat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis UNTUK ORANG YANG SAKIT "

Tuesday, June 29, 2010

Kapak Dan Tamak


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu dekat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik itu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari : Kenapa dengan kau ?

Pak Ali : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Tidak.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Tidak, kapak aku buruk sahaja.


Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu, lalu memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.


Pada hari lain pula, Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ini isterinya pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari : Kenapa kau bersedih ?

Pak Ali : Isteriku jatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari : Inikah isteri kau?

Pak Ali : Ya, itulah isteriku.


Pari Pari pun marah, sungguh aku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab " Aku bukan tamak, kalau aku kata tidak pada Christina Aguilera. Kau akan bawakan pula Britney Spears. Kalau aku katakan tidak juga, barulah kau bawakan isteriku. Bila aku kata ya, kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua ".

Monday, June 28, 2010

Benda Tidak Cair


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7 Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kahwin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tahu apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri. Maharaja telah mengistiharkan bahawa, siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kahwin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun duyun lah lelaki datang membawa benda masing masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. Muncul lah lelaki yang pertama

Maharaja : Ha, apa benda yang kau bawa tu ?

Lelaki 1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki 1 : Silakan.

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Cair nampaknya logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri.


Muncul lah lelaki ke 2.

Maharaja : Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu ?

Lelaki 2 : Hamba membawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras di dalam dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja : Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki 2 : Silakan.

Maka puteri itu pun memegang la berlian tersebut. Cair juga berlian itu nampaknya. Kecewa lagi lelaki itu, maharaja dan puteri.


Seterusnya, lelaki lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya. Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa apa pun.

Maharaja : Hey Kamu! Apa yang kamu bawa ? Kenapa datang berlenggang je ?

Lelaki : Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja : Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki : Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini.

Maharaja : Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah.

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak agak sebab puteri tak tahu apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan. Maharaja tanya puterinya.


Maharaja : Anakanda dapat pegang sesuatu ?

Puteri : Dapat.

Maharaja : Benda tu cair ?

Puteri : Tak.

Maharaja : Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta.


Tapi, Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa benda tu tak cair ? Persoalan yang masih belom terjawab oleh Maharaja, jadi di malam perkahwinan maharaja berjumpa sendiri dengan puterinya lalu bertanya

Maharaja : Apa benda yang kamu pegang tadi ? Sudah lama ayahanda fikirkan benda ni

Puteri : Benda itu ialah Coklat M&M... Cair dimulut, tidak ditangan.

Sunday, June 27, 2010

Meniru Semasa Peperiksaan


Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.


Ayah : Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian.

Cikgu : Betul encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah : Apa buktinya ?

Cikgu : Nah, ini buktinya. Kalau encik tak percaya tengok lah sendiri.


Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama : Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia ? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al - Haj.


Ayah : Memanglah jawapan mereka sama, macam mana cikgu kata anak saya meniru ?

Cikgu : Sabar encik, cuba encik lihat soalan kedua.


Ayah Naim melihat Soalan kedua, pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan ? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu 31 ogos 1957. Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca Soalan ketiga : Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka ?


Azim menulis : Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis : Kalau kau tak tahu, aku lagi la tak tahu.

Saturday, June 26, 2010

Cinta Itu Buta


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

" Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu, tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan " kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata " Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang ". Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai untuk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata " Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan ". Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata " Yati, kamu usapkan sudu ini diketiak kamu ".

" Apa apa lah abang ni? " tanya Yati tak faham.

" Sudahlah ikut je lah, untuk kemajuan restoran kita " kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut diketiaknya dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengangkatkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata " Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini……. boleh saya jumpa dia ".

Sesungguhnya Cinta itu Memang Buta

Friday, June 25, 2010

Cuti Sekolah


Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi ke mana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli ?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad ?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu, ok ? Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab.

Adam : Saya nak pergi Matahari.

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana.

Adam : Kita pergi malam.

Wednesday, June 23, 2010

Nak Kahwin !!


" Abang ni, pakai tu elok elok la sikit " kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya " Cantik isteri abang hari ni " Usin mencubit pipi Liza lembut. " Ayah, ayah, cepat la yah " Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar sabar nak bertolak pulang ke kampung. " Yelah, yelah, ayah dah siap ni " Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak anak mereka yang comel dan manja.

" Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye? ". " Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang " Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. " Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung " Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

" Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni? " tiba tiba Liza terjaga dari tidurnya. " Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti ". " Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa, jangan laju sangat bang, Liza takut " Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

" Rileks Liza, tak ada apa apa " Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was was. " Haaa kan, tengok. Tak ada apa apa kan? " kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. " Sudah la tu bang ". " Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang potong dia aaa " Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.... BANG !!

" Usin... bangun Sin " sayup sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. " Mana Liza mak ? Macammana dengan Liza mak ? Farah, Adi mana anak anak saya mak? " Bertubi tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat tepat. " Macamana dengan isteri Usin mak, Liza? " Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba tiba. Usin terdiam. " Banyak la kau punya isteri ! Kerja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja senja macam ni ! Dah ! Bangun pergi sembahyang! " emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.

Tuesday, June 22, 2010

Apa Hobi Orang Melayu ?


Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak mat saleh mesti nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibu bapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Monday, June 21, 2010

Dah Tua Pun


Hari ini genap umur gua 27 tahun, gua rasa macam muda tapi bila kira kira balik sudah lebih suku abad. Sepatutnya umur macam ni, anak dah bersusun susun. Kereta paling cikai Mitsubishi Lancer, rumah paling kecil banglo 3 tingkat. Kerja tak payah cakap la, boleh jadi CEO dah.

Tapi bila rasa rasa aku boleh mencapai semua tu, sedangkan aku study pun belum habis lagi. Hmmm, tak baik mengeluh. Mungkin ada hikmah disebaliknya, yang gua sendiri tak terfikir pun selama ni.

Doakan gua dipermudahkan segala urusan, aminn..


P/s : Siapa follower yang tak wish gua, siap la gua cari lu orang.

Sunday, June 20, 2010

Erti Politik


Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti politik. Kerana belum memahaminya, dia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti politik itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan " Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan kamu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami ".

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Kerana tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti politik.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, dia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya " Politik adalah hal di mana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang tidak terurus ".

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa


Saiful Mizan bin Sabtu ?
" Saya cikgu "

Mahadzir Bin Isnin ?
" Saya cikgu "

Rohaizad Bin Jum’at ?
" Saya cikgu "

Kedua dua insan di atas adalah antara kawan kawan sekolah yang mempunyai kes yang sama seperti Hasan (bukan nama sebenar) iaitu nama ayah yang terdiri dari HARI yang wujud dalam seminggu.

Hasan dan kawan kawannya itu tidak pernah menyesal dengan nama yang kadang kadang di ejek oleh rakan sekolah yang lain kerana memang kita orang tidak pernah memikirkan hal itu secara mendalam. Biasalah budak, apalah sangat yang difikirkan.

Ayah pun mempunyai pendirian yang sama. Ayah selalu berpesan supaya " pedulikan dengan cakap orang. Kalau kita susah bukannya ada yang nak tolong pun. Lagipun kalau asyik dengar cakap orang, sampai bila pun kita tidak akan ke mana ". Hakikatnya sampai besar sehinggalah sekarang, Hasan (bukan nama sebenar lagi) masih pegang kata kata ayah tu.



Takut Bini


Seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, lelaki sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja : Wahai sekalian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah ke semua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati) : Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja : Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki : Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja : Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki : Tuanku lah kemari.

Titah Raja : Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati) : Tak apa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja : Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki : Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja : Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki : Sebenarnya tuanku, Isteri patik telah berpesan kepada patik supaya, tunggu di tiang ini dan jangan ke mana mana sehingga dia datang.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

Thursday, June 17, 2010

Salah Tafsir


Suatu pagi yang indah dekat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing masing berisi dengan air mineral dan arak.

" Cuba perhatikan murid murid, lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul betul, jangan cuba jeling jeling kawan disebelah ".

Semua mata tertumpu pada kedua kedua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang berenang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

" Baiklah murid murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi? "

Dengan penuh yakin anak anak muridnya menjawab " Untuk mengelak badan dimasuki cacing, minumlah arak "


P/s : Cakap biar terang, dapat tahu siapa minum arak gua tembak

Wednesday, June 16, 2010

Tingkap Pecah


Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut " Ayah saya akan datang dan membetulkan tingkap yang pecah tadi "

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut " Maaf. Saya mahu membetulkan tingkap puan "

Wanita itu pun mempersilakan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata " Bukankah anda ayahnya? "

Lelaki itu pun berkata " Apa, bukankah puan ibunya? "

Tuesday, June 15, 2010

Hilang Burung


Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

" Siapa di sini yang ada burung? "
Seluruh penduduk laki laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
" Bukan itu maksud saya ".

Lalu di ajukan soalan yang lain.
" Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung? "

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung
" Maaf, bukan itu maksud saya "

Sekali lagi dia cuba bertanya
" Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya? "

Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi
" Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya? "

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri dan seorang wanita yang lain turut sama berdiri, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tua itu pun cabut lari
" Menyesal tanya " bisik hati kecilnya.

Isteri Menuntut Hak


Satu seminar diadakan oleh kumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing masing. Beberapa orang dijemput berucap menceritakan pengalaman mereka.

" Saya memberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. Pada malam pertama saya tidak nampak apa apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang dari pejabat " kata wanita pertama. Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.

Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya " Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiap hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketiga barulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah ". Sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan

" Saya Affa " kata wanita ketiga. " Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiap hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh " katanya. Penonton tetap bersemangat mendengar. " Pada hari pertama, saya tidak nampak apa apa perubahan. Hari kedua juga tidak nampak apa apa. Mujurlah hari ketiga saya mula nampak sikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami " katanya. Dewan itu tiba tiba sunyi dan penonton melopong.

Monday, June 14, 2010

Kuda Raja


Di dalam sebuah negeri adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai gila, suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi lagu Hattan dia nyanyi.

Itu pasal lah raja ni sayang sangat dekat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja ni seorang saja. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian, makin egolah raja seorang ni. Tiba tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut lalu bertanya,

" Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak? "

Maka dengan selambanya budak tu berkata " Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk ". Lalu blah sambil mengira ngira wang yang dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan.

" Kali ni beta pasti tidak ada siapa pun yang akan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya " katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu, ramailah rakyat keluar hendak melihat siapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya. Raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba tiba datang lagi budak kecil tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata " Cubalah kalau boleh ".

Budak kecil ni pun pergi dekat kuda tu lalu berbisik dekat telinganya. Dengan tak semena mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecil tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya " Beta nak tahu, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya? "

Dengan selambanya budak tu menjawab " Nak kena jentik lagi? "

Sunday, June 13, 2010

Menyamar


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain pemain bolasepak Kampung Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi, berjalan jalan ke kedai di kampungnya. Tiba tiba seorang nenek menegurnya " Hey Hashim "

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab.

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek yang sama. Dalam hatinya berkata " Dia takkan mengenali aku lagi "

Tiba tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat " Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya? "

Nenek itu menjawab " La engkau ni, ini aku la. Roslan! "