Pages

Free advertising

Wednesday, July 20, 2011

Gempa Bumi

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab

Sunday, July 17, 2011

Cita cita pelajar

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita cita mereka.

Abu berdiri dan berkata " Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya ".

" Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi? " tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata " Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak anak yang comel ".

" Bagus, jadi suri rumah tangga merupakan cita cita yang mulia. Siapa lagi? ".

Seman berdiri dan berkata " Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita cita untuk membantu Noni mencapai cita citanya ".

Sunday, July 10, 2011

Gambar-gambar Terbaik Bersih 2.0















Diam Ketika Makan

Pada suatu malam yang hening, sebuah keluarga sedang menikmati makan malam. Sesudah si ayah membaca doa, si anak ingin memberitahu kepada ayahnya.

Anak : Ayah. di .....

Ayah : Diam, jangan bercakap ketika makan

Setelah selesai makan

Ayah : Nak, apa yang kau ingin katakan tadi ?

Anak : Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat

Wednesday, July 6, 2011

Bangkai Gajah ?

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.