Pages

Free advertising

Tuesday, November 30, 2010

Pak Pandir di Lebuhraya

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba tiba handphonenya berbunyi. Lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati hati " Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati hati! ".

" Gila!!! " kata Pak Pandir " Bukan satu, tapi beratus ratus! "

Monday, November 29, 2010

Terlupa Makan

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri : Bang, bangun bang... bangun la cepat
Udin : Hish... apa ni kejutkan orang tengah tengah malam ni.

Isteri :
Abang lupa makan ubat la, cepatla bangun. Kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin : Ubat apa ?

Isteri :
Ubat tidur.
Udin : @#%^#^?

Saturday, November 27, 2010

Nenek Udin

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin : Mari la naik nek, pegang kuat kuat ye.. nanti jatuh!
Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat kuat la ni.
Udin : Jangan lupa pegang kuat kuat ye nek !!! ( kata Udin lagi mengingatkan )
Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat kuat la ni, takut sangat.
Udin : Ok, kalau begitu kita berangkat ye nek.

Udin lalu ' merempit ' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang dan ternampak neneknya terjatuh dari motornya.

Udin : Lah kenapa boleh jatuh gak ni, nek ? Nenek tak pegang kuat kuat agaknya ?
Nenek : Nenek dah pegang kuat kuat dah tadi !
Udin : Nenek pegang kat mana ?
Nenek : Pagar rumah.
Udin : $%^&(#

Friday, November 26, 2010

Lari Dari Hospital

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum dia menjalani pembedahan. " Ada apa Pak Cik? ", tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan " Saya baru mendengar jururawat kata ' bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik' ".

" Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut " kata si pengawal.

" Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya! "

Thursday, November 25, 2010

Kisah Seram Si Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi. Kalau ada yang cakap dekat sungai tu ada ikan, ajis mesti pergi try mancing dekat situ.

Satu hari masa minum dekat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui dekat sungai di kampung seberang. Kampung tu agak jauh dan pedalaman, sungai tu lebih kurang 5 km dari kampung tu. Dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis sudah bersiap hendak pergi memancing dekat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet lagi. Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu. Sudah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terfikir. Karang kalau terus pergi sungai tu, tak sempat pulak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur dekat tepi jalan sunyi kampung tu, bergegas dia berhenti. Ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa gesa sebab waktu Zohor dah hampir hendak habis.

Masa Ajis di rakaat yang kedua, Ajis tiba tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba tiba meremang " Hish, sapa pulak yang gelak gelak tu? " bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Ajis tidak sedap hati, ni surau tinggal ke. Sebab dah uzur sangat dan alahai, siapa pula duduk dekat tengkuk dia ni.

Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera. Dia hendak tinggalkan cepat cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk batuk.

Syukur, Ajis sudah berada di tahyat akhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun ubun kepala sampai ke dagu. Lepas tu, tiba tiba Ajis tersedar.

Rupa rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh belakang, patut lah dengar orang ketawa. Rupa rupanya tok imam, bilal dan orang orang kampung yang datang nak sembahyang Asar tengah gelak kan dia. Sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut la kepala dia rasa berat semacam.

Tuesday, November 23, 2010

Papan Tanda

Beberapa orang polis trafik tengah duduk disimpang jalan, bagi menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju. Seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan, yang dianggarkan hanya dipandu 22 kilometer sejam sahaja. Maka polis trafik itu pun berfikir " Tidak boleh jadi ni, lambat lagi dari kura kura. Sangat bahaya bagi pemandu yang lain ".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita, dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang. Mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan ? Saya tidak melebihi had laju, kenapa ditahan? ". " Makcik ", polis trafik menjelaskan " Makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju juga boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain ". " Lambat dari had laju? " wanita itu merasa hairan.

" Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ( JALAN AMPANG 22) " bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud ( JALAN AMPANG 22 ) adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan. Adakah ke semua penumpang di kereta makcik semuanya sihat ? Nampaknya makcik makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat " polis trafik itu bertanya kehairanan. " Oh... jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni ( Jalan Bukit Bintang 309) ".

Saturday, November 20, 2010

Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

" Seberapa buruk kah pendengarannya? " tanya doktor.

" Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau hendak berbual dengannya ".

" Okey, cuba buat macam ni. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya ".

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak " Makan apa kita malam ini? " Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya " Makan apa kita malam ini? " katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit " Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!! "

Friday, November 19, 2010

Ubat Sakit Kepala

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala, sambil diperhatikan seorang pekerja. Lalu pekerja tersebut bertanya " kenapa bos? nampak macam sakit kepala sahaja? ". " Ya lah Semaun, kepala aku sakit sangat ni ", kata bos.

" Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas tu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga ", terang Semaun.

" Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri kau sekarang!! "

Thursday, November 18, 2010

Sini Tidak Boleh Berenang

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.

Tiba tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya " Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini! "

Wanita tersebut tergesa gesa mengambil pakaiannya. " Kenapa tidak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian? " soal wanita tersebut. " Memanglah di sini tidak dibenarkan berenang, tetapi saudari tidak dilarang untuk menanggalkan pakaian " jawab pemilik dusun dengan selamba.

Tuesday, November 16, 2010

Bijirin

Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan menggenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin mahu memberikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.

Si Ibu : " Udin! jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan, nanti ikan semuanya akan mati "

Dengan wajah pucat Udin menjawab, " habis tu, kenapa ibu berikan bijirin itu kepada saya tadi? "

Si Ibu : @%$*&#

Monday, November 15, 2010

Can Ni Ball

Pada suatu petang,dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Mana compass hilang,handphone pun takde!)

Perut pun terasa lapar,hari semakin gelap.. mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Utk keselamatan masing-masing, Si Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang seluar dalamnya, manakala Si Abu menyimpan pisaunya di kocek(poket)seluar jeans nya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut. Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu dingin,bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik. Lantas,

"Hoiii!...apa korang buat kat sini? siapa kamu??"

Terkejut betul Si Ahmad dan Abu ni!

Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada Si Abu dan Ahmad.

"Kamu tau tak siapa kami?" kata orang tersebut

Abu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka,ketakutan.

Dengan nada yg marah,orang itu berkata:

"Kami ialah puak kanibal! kami makan daging orang! Oleh kerana kamu berdua telah masuk ke kawasan kami (kawasan larangan) maka kamu akan kami bawa jumpa Ketua kami! Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam!"

Pendek cerita, Si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini.

"BUNUH MEREKA! REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DI-JADIKAN PERAHU...HAHAHAHAHA..." arah Ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.

Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea utk melepaskan diri dari Puak kejam itu.

Si Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini,Abu sedang dikelilingi orang kanibal.Abu begitu ketakutan sekali!

Si Abu lantas mengambil pisau dibelakangnya dan mengacukan pada perempuan itu,lalu Abu menjerit:

"JGN HAMPIR! KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI!!"

Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut utk melepaskan dirinya.

Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari kearah puak ramai tersebut.

Abu sudah buntu!Tamat lah riwayatnya kali ini!! Orang kanibal sudah tersenyum lebar, ada pula yg ketawa sambil cuba menghampiri Si Abu..

"JANGAN DEKAT!!" Ugut Abu kepada mereka!

Lantas, Si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya,

"AKU DAH CAKAP JGN DEKAT! NAH!!....BIAR BOCOR INI PERAHU !!! "

Sunday, November 14, 2010

Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar dekat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang kangkang.

Pelajar A kata " Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry ". Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki ". Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata " Apa kata kita tanya je orang tua tu? ". Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A : Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa ?

Orang Tua : Kamu fikir aku ada penyakit apa ?

Pelajar A : Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua : Emm... bukan.

Pelajar B : Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua : ...pun bukan.

Pelajar A : Habis tu ?

Orang Tua : Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi, tapi terberak pulak dalam seluar. Sebab tu la aku jalan terkangkang.