Pages

Thursday, November 25, 2010

Kisah Seram Si Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi. Kalau ada yang cakap dekat sungai tu ada ikan, ajis mesti pergi try mancing dekat situ.

Satu hari masa minum dekat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui dekat sungai di kampung seberang. Kampung tu agak jauh dan pedalaman, sungai tu lebih kurang 5 km dari kampung tu. Dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis sudah bersiap hendak pergi memancing dekat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet lagi. Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu. Sudah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terfikir. Karang kalau terus pergi sungai tu, tak sempat pulak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur dekat tepi jalan sunyi kampung tu, bergegas dia berhenti. Ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa gesa sebab waktu Zohor dah hampir hendak habis.

Masa Ajis di rakaat yang kedua, Ajis tiba tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba tiba meremang " Hish, sapa pulak yang gelak gelak tu? " bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Ajis tidak sedap hati, ni surau tinggal ke. Sebab dah uzur sangat dan alahai, siapa pula duduk dekat tengkuk dia ni.

Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera. Dia hendak tinggalkan cepat cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk batuk.

Syukur, Ajis sudah berada di tahyat akhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun ubun kepala sampai ke dagu. Lepas tu, tiba tiba Ajis tersedar.

Rupa rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh belakang, patut lah dengar orang ketawa. Rupa rupanya tok imam, bilal dan orang orang kampung yang datang nak sembahyang Asar tengah gelak kan dia. Sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut la kepala dia rasa berat semacam.

No comments: