Pages

Free advertising

Saturday, October 31, 2009

Cara Mintak Kawin Lagi...


Surat Rasmi ( Kalau Takut Nak Cakap Depan2 dgn Isteri)

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya..Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu,memandangkan masih ada 3 kekosongan,eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin.Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat.Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik,eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita.Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan,yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini.Kini,setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya,saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga.Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak,manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang.Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,rumah besar,rantai besar dan pakaian besar.Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum.Oleh itu,sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat.Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga.Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti,saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan.Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain.Saya harap permohonan saya ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,pinggan-mangkuk,ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini.Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini.Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini,setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata,saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian,Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki





Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya,cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima.Kalau anda berani cubalah....


Berani kerana benar.....

Friday, October 30, 2009

Sakit gigi + gusi = berdenyut2...



Bile la farmasi nak bukak ni,aku tak tahan dah nak menagung sakit ni.Sebenarnye aku dah tanggung sakit ni dekat 2 tahun dah,aku ade berjumpa pakar gigi.Die mengatakan yg aku wajib kena operate untuk buang gigi tersebut,tapi memandangkan aku tidak berkemampuan hanya beli ubat tahan sakit je la.le700,mana aku nak cari.

Masalah yg aku hadapi sekarang,gigi gerham bongsu aku tumbuh tak same.Sepatutnye die tumbuh ke atas,tapi disebabkan gigi ni tak rata jagi die tumbuh ke bawah.Macam2 petua orang tua aku dah buat,tapi takde hasil.Malam td je dah 2 gelas aku kumur2 dengan air garam,hasilnye pagi ni lg bengkak.adoiii.....



Para peneliti dari Imperial College London Inggeris dalam laporannya, Senin (26/5) menyatakan penyakit gusi berkaitan dengan bertambahnya kemungkinan mengidap sejumlah penyakit seperti kanser paru-paru, kanser ginjal, pankreas dan kanser darah.

Pimpinan riset Dr Dominique Michaud, menyatakan adanya peningkatan risiko mengalami kanser darah dapat kaitan dengan sistem kekebalan tubuh. Para ahli mengindikasikan, kehadiran yang rutin penyakit gusi boleh menjadi pertanda lemahnya sistem kekebalan tubuh yang juga dapat mempermudah terjadinya kanser.

Hasil penelitan menunjukkan, besarnya risiko mengidap kanser tak hanya berlaku pada perokok yang mengalami problem gusi . Hadirnya penyakit gusi pada non-perokok pun dapat menandakan bertambahnya risiko kanser.

Bile aku terbaca fakta di atas,aku lagi gelabah.Belom kawen lg ni,haha.Doakan aku cepat sembuh...


Berdenyut2.....

Thursday, October 29, 2009

Kisah 3 Orang Anak Dara...


Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.... ...

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan. ...

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.... .......

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan. ....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."


Menantu yg ganas....

Wednesday, October 28, 2009

Wali Band...



Layan kan je la.....tangkap lentok punya la

Tuesday, October 27, 2009

Penat...Otak Serabut....Sumpah Orang...

Aku baru balik dari zaqazik,tempat di mana aku study.Nak ikutkan memang tak terniat pun nak pegi zaqazik,tapi disebabkan risaukan anak2 yg balik tanpa kawalan dari bonzer2 jadi aku temankan lah dorang.

Anak2 datang ke cairo ni sebab ade urusan,jadi aku bawak lah dorang pegi ke tempat yg telah dijanjikan.Lepas tu,dorang cakap nak jalan2 kat city star(shoping complex).Dalam 2 jam jugak la melepak kat sana,pas isyak je pakse la suh dorang balik.Kalau tak memang sampai ke subuh la jawabnye duduk kat situ,pompuan besa la kan bile bab2 shoping ni.

Jadi bile sampai di mauaf(perhentian) tempat untuk menuju ke zaqazik,aku mula terpikir.Tak kan la dorang ni nak balik sendiri je,kalau siang xpe la jugak.Disebabkan terlalu sayang kat anak2 ni,aku pun folo la balik zaqazik sekali.Dalam otak aku leh jugak pegi kuliah,buat la ape urusan yg patut.Setelah hantar anak2 selamat sampai ke pintu rumah,aku pun terpikir mana nak tido malam ni.Tak kan nak balik cairo,penat ooo....

Aku pun cal la matin,untuk tumpang bermalam.Aku kenal kan sikit la sape dak ni,aku kenal die hampir 5 tahun dah.Die ni budak singapore,die jugak adalah tokan terbesar cite2 ilmiah dekat zaqazik ni.Bile sampai je dekat umah matin ni,aku pun plan la dengan die nak pegi kuliah sama2.Keesokan harinye kami bertiga pegi ke kuliah,sorang lagi hj wa.Otai la kat zaqazik ni,die folo pun sebab nak tengok result exam die baru2 ni.

Bile sampai je di kuliah,macam besa la dengan otak serabut tengok arab.Lagi 1 pesanan,kalau korang nak pegi kuliah,tak payah la macho2 sangat.Confirm la sampai je kat kuliah,muke korang akan lg teruk dari bawab(penjaga rumah).Aku pun mula la buat urusan,tasdiq kuliah dan kisfun natijah(pandai2 la paham sendiri).Ni ade sedikit info yg aku dapat dari shuun(pendaftar) bagi pelajar2 tahun akhir,seperti di bawah ini :-

1- Limit bagi pelajar2 tahun akhir bagi tempoh pengajian masuk tahun yg ke 6,kena bawah dari 5 subjek untuk meneruskan pengajian ke tahun berikutnye.

2- Bagi yg dapat meneruskan pengajian seperti syarat2 di atas,korang kena bayar le200 bagi setiap subjek.

3- Bagi sesiapa yg ghoib(tak datang exam), masuk tahun yg ke 6.Korang akan bayar berganda pada tahun berikutnye,kalau tak paham jugak tanya la nanti.

Bile dah selesai semua urusan,aku pun pegi ke maktabah(perpustakaan) tuk beli kitab.Ada la 3 kitab,cuma 1 kitab je belum siap lagi.Dengan peluh yg mencurah2,kami pun bergerak balik.Tapi lega la sebab urusan dah setel,syukur.

Untuk memendek kan cite,sebab aku pun dah penat menaip ni.Aku gerak la balik cairo,bile sampai nye kat rumah.Aku tengok2,dload aku dorang tak bukak.2 boleh sabar lagi,virus pun boleh masuk pc aku ni.Dah la virus autorun ni xleh nak delete,nak tak nak kena setup pc balik.Memang haram jadah la pendrive sape yg g cucuk dekat pc aku ni,dah la ambik cite pastu siap tinggal virus lagi.Aku dapat tau la sape,pasni mintak maap la nak copy cite lagi dari aku.Aku haram kan cite yg ko ambik 2 sial,bodoh punye orang.Aku tinggal kan sehari je pc aku ni,dah macam2 hal.


P/s : Memang sial + gampang + bodoh bagi sape2 yg copy cite dari pc aku sambil tinggalkan virus ni...


Angin 1 badan...

Monday, October 26, 2009

Konvo 2009..




aku main rembat je gambar2 ni..hehe...


'Camno konvo tadi?' tanya aku sambil2 tengok cerita.

'Ponek yo,den pikir nak balik copek yo' bak kata saudara zharqanub.

'Tak kan takdo yg menarik kot?' aku penuh khusyuk mendengar.

'Takdo apo yg menarik pun,cumo tengok awek yg genit2 yo la' jawab dengan slamber dari zharqa'.

Tu lah diantara perbualan aku dengan salah sorang peserta konvo,muka dia agak ceria la bila soalan ditanya bertubi2.Ari ni konvo bagi student2 Al-Azhar untuk sesi 2008/09,dengar cite ramai jugak la yg join.Tapi aku xpegi pun,sebab dah tiap2 tahun pegi tapi aku xnaik2 jugak.Insya-allah tahun depan aku naik la konvo tu,doa2 la ye..

Ape yg menarik konvo tahun ni?entah la,aku pun xtau sebab xpegi.Jadi dengar cite dari budak2 yg pegi je la,dorang cakap boleh tahan la menariknye.Tapi aku dapat rasekan yg menarik sebab dapat cuci mate je la,aweks2 mesir ni pun leh tahan jugak.Mantopss siut,besa la kadang2 sume orang sama je.Biar pun dia ambik apa2 kos je la,bila dah konvo ni memang terserlah lah keayuan masing2.Nasib aku xpegi,buat dosa mata je.Ermmm....

Tapi apa2 pun,aku ucapkan mabruk pada yg masuk konvo tahun ni.Yang aku kenal,zharqanub,kucai,bob,jai,kak hana.Yang lain aku memang xkenal pun,huhu..Apa2 pun doa kan aku naik konvo tahun depan,wokeh..


Konvokesyen...

Thursday, October 22, 2009

Soalan Licik...Jawapan Cerdik...

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe


Abu bakar ellah....

Monday, October 19, 2009

Cikgu BM..


Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Saturday, October 17, 2009

Bundle di Port Said...

'ko nk poei port said tak?' tanya pak asan..

'lotak yo la namo den,sapo laei yg folo?' jawapanku dengan penuh berkhemah.

'ado gak la awek2 cun folo' jawapan pak asan yg bernada berahi.

Semalam tepat pukul 7 pagi aku ngn budak2 n9 gerak ke port said,bagi sesiapa yg belom tau port said adalah port tuk barang2 bundle.Macam malaysia mana ade port yg ade pasar bundle,yg ada cuma barang2 cargo yg akan dibawa masuk dalam kontena.

Walaupun aku entah dah bape kali pegi tempat ni,aku rasakan nak pegi lagi.Pada mulanye memang aku xtau pun nak beli apa,dari lepak je kat rumah baik jalan2 kan.Dalam pukul 11 pagi kami pun sampai,memandangkan semalam hari jumaat kami pegi ke port fuad tuk solat jumaat dan lunch.Tapi memang macam tu la rutin tahunan kalau pegi jaulah ni,kalau pegi sendiri 2 memang xsinggah pun dekat port fuad tu.

Bila dah settle suma kami pun gerak ke port said dengan menaiki ala2 feri la,sebab die berada antara 2 pulau.Bila sampai nye di tempat yg dicari,budak2 ni bertebaran la mencari barang2 yg dorang idamkan.Bagi aku tak terfikir lagi barang ape nk cari ni,dok tengok je orang beli ape.

Sudah 3 jam berlalu,aku tengok budak lain dah berplastik2 barang yg dorang bawak.Aku pun dengan rasa tercabar terus mulakan operasi mencari,ape yg aku cari?Dalam pale otak aku cari jeans kaler biru,501 saiz 32,yg ade button.Bajet ala2 kepala kain la,tapi ada ke?Xpe la,cari je dulu mana2 tau kot terjumpa pulak kan.

Badan dah berlalek2 ni,tapi habuk pun xde lagi ni.adoi....Jam menunjukan 4.30 petang,kami akan berkumpul gerak balik dalam pukul 7.Masa makin suntuk,aku xde ape lagi ni.Disebabkan telalu panas,aku cari la baju t-shirt dulu.Cari punya cari,jumpa la jersi nike.

'bi kam ya ammu?' tanya ku pada penjual.

'khomsin' jawab pak arab ngn muka slamber badak.

'musymaul ya ammu,da mustakmal musy asli' nadaku makin keras.

'enta a'iz kam?' pak arab 2 mula bertolak ansur.

'khomsah wa ngisyrin ana khud' malas nk bagi muka dah.

Setalah selesai tawar menawar,dapat la harga yg aku nak.Arab ni kalau die letak harga,kite kena mintak separuh dari harga 2.Kalau die xbagi gak,buat2 nak bla la,Pastu mesti dorang akan panggil balik,kalau dorang xpanggil tu korang bla je la.hahaha...

Baju dah dapat,seluar entah bila la ni.Aku terus mencari,pasni jumpa je saiz terus ambil.Yang penting 501 ngn button,kaler ape xkesah la dari xde langsung.Last2 dapat la 2 suar jeans putih ngn hitam,xkesah la yg penting ade.

Dalam pukul 5.30 petang kami pun bergerak pegi makan seafood,syakuragi bajet makan kat tepi pantai la.Nama pun dah seafood kan,mesti tepi pantai punya.Last2 makan dekat ngn pasar,nak murah tempat2 macam ni la.

Bila settle je makan n solat magrib beserta jamak,kami mula gerak ke tramco tuk balik.Dalam kul 10.30 malam kami sampai umah,dload mana2 cite yg tertangguh pastu tidooo...


501 button.........

Tuesday, October 13, 2009

Kalau korang lahir 1973 - 1983....Mesti korang paham..

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Lagi satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah, nak galakkan budak2 time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 hengget je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali, boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat, tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...Abis boring join member pompuan main zero-point..

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.

Hurrmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Transformers tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

...dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. Korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. Kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. Korg sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je

4. Kita geleng kepala bile nengok budak2 sekolah guna handphone

5. Kita dah tak lagi berebut public phone nak call sembang2 dgn member ke mak ke setiap hari....

6. Kita dah tak jumpa lagi taktik-taktik mengurat pakai sampul surat bunga-bunga... ada bedak dlm surat kasi wangi.. pastu ada kesan lipstik cium kat surat....

7. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

8. Last skali, bile dah bace blog ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg kn.Sure diorg suke punye laa...heheh

memory..memory..sweet memory....
sharing memories korang kat sini..

Thursday, October 8, 2009

Jom Main Kira - kira ...

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.


1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20-05-1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna..


Ni aku punya...

3: Kemas (cerewet)
3: Kemas (cerewet)
6: Angin


Seorang yg panas baran.........