Pages

Free advertising

Tuesday, December 29, 2009

Dugaan Hidup

Apa dah jadi 2x
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi 2x
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi..

Mula-mula ku bercinta
Dengan Siti Zaharah
Yang ini aku tak berapa berkenan
Sebab dia kuat mentedarah..

Bercinta pulak dengan si Salmah
Dia mintak izin keluar pagi
Sampai malam tak balik rumah
Ku lepaskan sudah..

Apa dah jadi 2x
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi 2x
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi..

Bercinta pula dengan
Anak pakcik Hamdan
Aku dengar suaranya kejap kecik kejap besar
Baru ku tahu rupanya makwe ku pondan..

Bercinta pula dengan si Yati
Hari ini aku berjanji sehidup semati
Besok pagi rupanya betul-betul dia mati
Hai sunyi lah sepi..

Apa dah jadi 2x
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi 2x
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi..

Bercinta pulak dengan budak tanjung keling
Aku tengok dari belakang pingangnye ramping
Bila dia pusing
Ku tengok matanye juling..

Bercinta pula dengan budak tangkak
Yang ini pulak aku panggil dua tiga kali
Dia tak menyahut baru aku tahu rupanya
Makwe tu pekak
Pekak lah badak..

Apa dah jadi 2x
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi 2x
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi..

Bercinta pulak dengan budak simpang renggam
Tapi sayang mak bapaknya tak suka
Dia kata tak nak menantu hitam legam..

Susah-susah sangat menikah je budak telok gadung
Yang hairannya aku menikah lima tahun
Tak dapat anak
Mak mertua aku saja yang asyik mengandung
Aku juga yang melopong..

Apa dah jadi 2x
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa nak jadi 2x
Kalau tak kahwin kau menyesal nanti
Apa dah jadi..

Itu lah mak aku pesan
Apa pun rintangan apa pun halangan
Apa pun cabaran
SABAR LAH IJAL..


Tengah sabar la ni...

Sunday, December 27, 2009

Hari Asyura

Hari Asyura adalah hari ke-10 pada bulan Muharram dalam kalender Islam. Sedangkan asyura sendiri bererti kesepuluh.

Hari ini menjadi terkenal kerana bagi kalangan Syi'ah dan sebahagian Sufi merupakan hari berkabungnya atas kesyahidan Husain bin Ali, cucu dari Nabi Muhammad s.a.w pada Pertempuran Karbala tahun 61 H (680). Akan tetapi, Sunni berkeyakinan bahawa Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut untuk menggambarkan kegembiraan kepada Tuhan kerana kaum Yahudi sudah terbebas dari Fira'un (Exodus). Menurut tradisi Sunni, Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari tersebut dan meminta orang-orang pula untuk berpuasa.


Sejarah..

Pada masa pra-Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu orang-orang berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh suka cita sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negeri Iran.

Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari suka cita.


Asyura bagi Muslim Sunni..

Sebelum Islam, Hari Asyura sudah menjadi hari peringatan dimana beberapa orang Mekkah biasanya melakukan puasa. Ketika Nabi Muhammad s.a.w melakukan hijrah ke Madinah, ia mengetahui bahwa Yahudi di daerah tersebut berpuasa pada hari Asyura - merupakan hari besar Yahudi (Yom Kippur). Saat itu, Muhammad s.a.w menyatakan bahawa Muslim dapat berpuasa pada hari-hari itu.

Asyura merupakan peringatan hal-hal di bawah ini dimana Muslim, khususnya Sunni percaya terjadi pada tanggal 10 Muharram.

* Bebasnya Nabi Nuh dan ummatnya dari banjir besar.
* Nabi Ibrahim selamat dari apinya Namrudz.
* Kesembuhan Nabi Yakub dari kebutaan dan ia dibawa bertemua dengan Nabi Yusuf pada hari asyura.
* Nabi Musa selamat dari pasukan Fir'aun
* Nabi Isa diangkat ke surga setelah usaha Roma untuk menangkap dan menyalibnya gagal

Saturday, December 26, 2009

Pencarian Ahli Baru


logo syarikat kami


SLAM....Bukan name kumpulan yg nyanyikan lagu 'gerimis mengundang' , bukan juga kumpulan yg melakonkan dalam filem 'bara'.Tetapi ia adalah,salah satu organisasi yg memainkan peranan yg penting dalam menyatukan ukhwah sesama islam.

Nak diikutkan , kami amat memerlukan ahli-ahli baru bagi mengukuhkan lagi orgasasi ini.Untuk pertanyaan lebih lanjut sila layari ke laman web syarikat kami , atau lebih senang datang sendiri ke syarikat kami.Sebab anda perlu mengetahui selok-belok tentang syarikat ini,jadi datang lah beramai2 kerana kami hanya memerlukan 4 orang sahaja buat masa ini..

Diharapkan kerjasama dari anda semua...

P/s : Anda perlu ada sifat kesabaran yg tinggi , cekal untuk hadapi segala rintangan , yg paling penting pandai memasak..


Berkhidmat untuk semua....

Friday, December 25, 2009

Malam Pertama Pengantin

Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"


18sx...hahaha

Wednesday, December 23, 2009

Jadual Imtihan

Jadual Imtihan Tahun 4 ( Tafahna Al - Asyraf )

17/01/10 - Qawaid Fiqh
(Ahad)

20/01/10 - Tafsir Ayat Ahkam
(Rabu)

24/01/10 - Lughah Arabiah
(Ahad)

27/01/10 - Bahasa Inggeris
(Rabu)

31/01/10 - Qaah Bahas ( qawaid fiqh )
(Ahad)


Allahumma najahtum fil imtihan...

Sunday, December 20, 2009

Deghoyan..


oh kome deghoyan dah bebunge
moh kite minang anok dare
anok dare anok dare bote
teman jumpe dipadang cendale


kate deme sakit jantung cinte
sakit lagi bile jatuh tangge
kate deme cinte itu bute
nasib baik teman tak merabe-rabe


bile musim deghoyan
deme mule bengken
jangan silap sikit
nanti deme tengken


kalau musim deghoyan
rame berani nampo
ape deme nak heran
saman buleh bayo


oh kome deghoyan udoh lughoh
lebih baik cepat pegi suloh
lambat sikit kome dapat habok
kalau tido jawabnye tingge pokok


duit deghoyan yang tue nak ke mekoh
yang mude gate nok menikoh
musim deghoyan banyak sedare-mare
bile nebeh sekor tak nampok muke


Raje buah....

Kalau.......

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap..wow,cool giler
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap..eh,perasan bagus...

Kalau lelaki handsome buat jahat
Perempuan akan kata..nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome buat jahat
Perempuan akan cakap..memang,muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki handsome tolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap..wah,machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome tolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata..entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata..sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata..mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata..jangan sedih,kan saya ada
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata..(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap..perasaannya halus,penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap..sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap..matching,hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap..bang,bosnya mana?

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap..pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata..tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome tuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap..ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome tuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap..naluri pembantu, memang begitu...

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap..let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata..kuat nangis!!

P/s : Manusia tak akan lepas dari perkataan 'kalau'..


Kalaulah aku handsome...ermm

Wednesday, December 16, 2009

Awek ku SAYANG....

Aku suka sgt tengok jari-jemari awek aku...
Cantik betul…
Sungguh! Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah tau...
Tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan Yang Maha Esa...

Aku suka tengok rambut awek aku...
Cantik betul...
Sungguh! Sebab tu aku belikan dia tudung...
Hmm, bukan sebab jeles orang lain tgk plak tau....
Tapi, sebab aku nak tgk rambut iklan pantene dia tu sampai bila2...
Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang giler forever...

Aku suka tgk body awek aku...
Solid betol...
Sungguh! Sebab tu aku belikan dia telekung
Supaya mase die 'dating' dgn Kekasih die Yang Utama,
dia jauh lg cantik dan berseri menghadapNya.
Aku pun tumpang dapat pahala…
Peerghh!, Syoknye...

Aku sedih sgt bile tengok awek aku tak tido, tak makan, sbb rindu kat aku...
Aku pun macam tu jugak, ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?...
Aku pun bagi die al-Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakanNya drpd aku...

Aku sedih tengok awek aku selalu pesan macam2 kat aku…
"makan, minum, jaga diri, drive elok2 tau.. nanti sakit plak... bla bla bla bla"
katenya..
Tapi bila tengok movie sama2, burn asar maghrib gitu aje, die tak kata satu aper pun.. Hai...
Berdosanye aku....

Kesimpulannya, aku memang sayang sgt kt dia…
Nak jumper die, bersama dia, giler forever…
Yang ever punye forever…
Di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2…
Kekal bahagia, Selamanya...

Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah, ampunkanlah kami…
Semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti...


Bile la nak kawen ni...

Sunday, December 13, 2009

Tukang Kapak dan Mungkar Nangkir


Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalanya itu.

Lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti?

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah.Kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya dan beliau berkata.

Wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti?Bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini,dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.

Adik-adiknya pun menjawab,wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya,beliau masih
bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti.Di panggil setiausahanya supaya di war-war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah,kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya?

Isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.Si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah
bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut.

Si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.Terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir.

Tetapi sebaliknya yang berlaku,mungkar dan nangkir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya

Lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut,pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?

Dekat hutan mana ada orang punya pokok?

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

Hari ke empat

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual?

Aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata.

Lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut,dan di hari terakhir ke 40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut.

Berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini,belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau.Si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut,lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sampai di rumah lalu si isteri berkata,wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut?

Maka jawab si tukang kapak,aku tidak mahukannya lagi.Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak,tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak,bagaimana dapat aku menjawabnya?


Renung2 kan lah.....

Saturday, December 12, 2009

Akhirnye...

Setelah lama menyepi,akhirnye aku timbul balik.Sebulan jari jemari aku ni tak usik keyboard,semua internet punye pasal.Aku malas nak story pasal tenet ni,takut penuh dengan cacian dengan makian je nanti.Hahaha...

Apa2 pun syukur sebab semua dah kembali normal...


Ratio turun dengan mendadak...adehhh