Pages

Free advertising

Sunday, December 27, 2009

Hari Asyura

Hari Asyura adalah hari ke-10 pada bulan Muharram dalam kalender Islam. Sedangkan asyura sendiri bererti kesepuluh.

Hari ini menjadi terkenal kerana bagi kalangan Syi'ah dan sebahagian Sufi merupakan hari berkabungnya atas kesyahidan Husain bin Ali, cucu dari Nabi Muhammad s.a.w pada Pertempuran Karbala tahun 61 H (680). Akan tetapi, Sunni berkeyakinan bahawa Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut untuk menggambarkan kegembiraan kepada Tuhan kerana kaum Yahudi sudah terbebas dari Fira'un (Exodus). Menurut tradisi Sunni, Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari tersebut dan meminta orang-orang pula untuk berpuasa.


Sejarah..

Pada masa pra-Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu orang-orang berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh suka cita sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negeri Iran.

Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari suka cita.


Asyura bagi Muslim Sunni..

Sebelum Islam, Hari Asyura sudah menjadi hari peringatan dimana beberapa orang Mekkah biasanya melakukan puasa. Ketika Nabi Muhammad s.a.w melakukan hijrah ke Madinah, ia mengetahui bahwa Yahudi di daerah tersebut berpuasa pada hari Asyura - merupakan hari besar Yahudi (Yom Kippur). Saat itu, Muhammad s.a.w menyatakan bahawa Muslim dapat berpuasa pada hari-hari itu.

Asyura merupakan peringatan hal-hal di bawah ini dimana Muslim, khususnya Sunni percaya terjadi pada tanggal 10 Muharram.

* Bebasnya Nabi Nuh dan ummatnya dari banjir besar.
* Nabi Ibrahim selamat dari apinya Namrudz.
* Kesembuhan Nabi Yakub dari kebutaan dan ia dibawa bertemua dengan Nabi Yusuf pada hari asyura.
* Nabi Musa selamat dari pasukan Fir'aun
* Nabi Isa diangkat ke surga setelah usaha Roma untuk menangkap dan menyalibnya gagal

No comments: