Pages

Wednesday, September 30, 2009

Line Macam HARAM...


sakit jiwa x tengok line cmni?

Tensen siut,dah bape hari line macam ni.Sume benda xjadi keja,nak bukak web pun slow nak mampos.Arab ni betol la,kalau sehari xmenyusahkan orang memang xsah.Aku rasa masuk hari ni mahu seminggu lebih line ni buat hal,tensen gilo babeng...

Semalam syakuragi bayar duit tenet,kiteorang ingat line slow sebab bayar lambat la.Mula2 macam best la line ni,jadi betol la sangkaan kiteorang mungkin sebab bayar lambat kot.Ingatkan cerah sampai ke petang,belom sampai tengah hari dh ribut pasir.Sekarang ni banyak benda dan projek2 besar tergendala disebabkan line yg mengong ni.

Aku paling tensen,ratio aku makin rendah ni.Upload naik slow je,bile nak cover cmni.Esok line macam haram lagi,kiteorang pakat nak potong kabel syarikat ni.Baru dorang rasa cmne,sengal punya olang..


ADSL macam gampang.....

Monday, September 28, 2009

Cinta Dan Bas ...

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, korang tengok bas tu dan korang akan kata pada diri korang,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk ".
Jadi, korang katakan pada diri korang, "Aku akan tunggu bas yg lain ". Korang pun biarkan bas tu berlalu dan korang tunggu pulak bas yg lain.


ramai lak orang dalam ni..

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Korang tengok bas tu dan korang akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, korang pun biarkan bas buruk tu berlalu dan korang bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni korang kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain."


buruknye....

Dan sekali lagi korang biarkan bas tu berlalu dan korang bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru korang perasan yg korang pula dah terlambat rupanya. Korang mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah korang sedar bahawa... korang dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni korang dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg korang nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah korang dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk korang?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg korang idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau korang sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya korang dapati "bas" itu tak sesuai dengan korang, apa yg perlu korang lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... aku pasti korang semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Korang nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg aku nanti-nanti kan), korang tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak korang dan terus berlalu tinggalkan korang!


luaran tidak melambangkan dalaman....

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, korang akan terjatuh dan menyakiti diri korang sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada korang nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri korang.
Dan bila korang berjalan, korang sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: Marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta... muahahahaha


This is funny but may be true.......

Seminggu sudah berlalu...

Raya...raya...raya..Macam xrasa ape pun kat sini,raye seminggu dah lepas.Tapi aku rasakan macam dah nak masuk raya blk,sebab xrasa langsung.haha..Aktiviti yg aku n geng2 wat kat sini sama je macam hari2 lain,makan,tido,isap rokok.Kalau ada open house pun,xramai yg berani buat.Sebab dorang dekat sini tau nak makan je,tolang malas...

Harap2 aku dapat raya kt tanah tumpahku tahun depan,doa2 kan la ek.Nak jugak rasa lemang,dodol,ketupat..perghh.....


Minggu ke 2 beraya....

Thursday, September 24, 2009

Komputer ku...........


rabak...


Hari ni masuk la raya yang ke 5,tapi bagi aku raya tahun ni teramat la boring.Mungkin tahun ni xdapat bwk aweks jalan2 kot,sebab biasanye tiap2 kali raya pasti aku dapat sorang 2 awek untuk menemani aku di dalam kesunyian ni...

Tapi raya tahun ni sedeh jugak bagi aku,sebab aku plan nak raya bersama family kat kg.Apakan daya aku xdpt jugak balik beraya ke mesia tahun ni(muka sedeh sambil rokok di tangan),tapi aku buat2 xsedeh depan budak2 lain.Pc aku ni la jadi peneman aku di kala sunyi,sepi,boring n sewaktu dengannya.

yg ni aku simpan buat pekasam

koleksi perabadi aku..


Aku cita la serba sedikit sejarah pasal komputer ni,aku beli awal 2005 lagi.Sampai sekarang xde la mengundang masalah yg besar pada diri aku,masalah kecik2 tu besa la.Nak ikutkan banyak budi komputer ni,bukan kat aku je malah ramai lagi.Diorang nk copy cite suma datang kat aku,hari2 ade je budak nk copy cite.adehhh.....

" Jal,ade cite baru x? "soklan yg kerap aku dengar..

" Ada2,nak datang umah. "jawab ku dengan penuh berhemah(padehal dlm hati dh sumpah seranah,budak2 ni datang tgn kosong je)...

Download ni nampak je mudah,tapi memang tersangat la payah.Kalau setakat free download 2 xde masalah la,tapi kalau download dari site yg berbayar memang susah.2 la pc aku ni open 24jam,sebab kalau kita download kita kena upload balik.Kalau aku cite bukan korang paham pun,huhu....

Apa2 pun,haraplah pc aku ni dapat bertahan lama.Bukan untuk kebaikan aku je,malah untuk semua..aminn


DDR II .....

Saturday, September 19, 2009

Hari Raya 2009..



20/09/2009 hari yg di tunggu2 oleh semua umat islam,apa yg kita paham tentang raya?korang pndai2 la pk sendiri,muahaha.Bagi aku,masuk kali ni dah 3x aku tak dapat beraya bersama family aku.Nak ikutkan memang la sodeh,tapi nak buat cmne tangungjawab aku lom setel lg kat sini.Sabar yo la.....



Korang ade pengalaman raya tak?Sume org ade pengalaman raye kan,bagi aku pengalaman paling best dapat berkumpul semua family la.Best ooo,sian la pada yg takde family.Aku pun xtau nak tulis apa lagi,sedeh oo raya jauh dengan family ni.Kawan2 je la pengubat rindu,huhu...

Dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada yg kenal aku,ampun salah silap aku selama ni.


Salam perantauan............

Friday, September 18, 2009

Malam 7 Likur in Kuala Kangsar...



gmbr malam takut korang xnmpk pelita,haha


Ape yang korang tau pasal malam 7 likur ni?aku pun xtau sangat,haha.cume yg pasti malam tu dorang pasan pelita byk2,siap but pertandingan lagi sape hias paling cantik.sume benda 2 aku dapat kt kg aku,kat tempat lain aku lom jumpa lg.ade yg wt bentuk klcc la,kapal la,rumah la,bendera mesia la,mcm2 lagi la aku jumpa...

Tapi yg pasti memang syok gile malam 2,awek2 ramai kuar.haha..nanti senang2 datang la kg aku,leh aku tunjuk betapa syoknye malam 7 likur ni.malam raye lak aku bawa gi tengok org main meriam buluh,haha....


Bandar diraja......

Wednesday, September 16, 2009

Lailatul qadar...

Firman Allah swt :


1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .

“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )


rakan masjid........

Tuesday, September 15, 2009

Meriam bosi...

Hari raye memang kite xlekang dengan org kudung tangan la,kudung jari la,kalau leh sume benda yg ade nk dikudung kan.Tapi agak malu kalau main mercun bawang leh kudung,alang2 kudung baik main meriam kan.Tak kesah la besi ke buluh,baru la bile orang tanya tu bangga sikit.Ko kudung main ape ni?Meriam buluh...Tak ke bangga tu

Aku nak cite sikit la pengalaman main meriam ni,1st time aku main masa tu kat sekolah.Budak2 leka stadi nak exam SPM,aku lak dengan budak2 skema main meriam.Time tu kitorang pakai tiang takraw,tebuk lubang dalam2.Pastu masuk la kebait kat kepala die,nak kuat masuk banyak2.Bile kebait dah betol2 padat masukan air,tapi jgn byk cume cukup2 mkn je.Peram lu kasi sebati,ambik api letak kan kat sumbu die.....Kedebabom........................

"Wei,tak ghoti nak stadi ko!!!"pekik dak2 yg bajet rajin stadi...

"Korang nk stadi,stadi la.Kecoh tol la"ayat yg penuh sopan santun oleh tulang...

Tu cite masa aku kat sekolah,bile dah besar sikit aku mula berjinak2 lawan antara kampung2.Nak cakap best la kampung aku ni,tiap2 malam raye dah kire benda wajib kena buat.Sampai polis pun xleh masuk campur,sebab ni dah jadi adat bg kampung aku tu.Sume datang,dari jauh dekat semate2 nak tgk 2 kampung berperang..

Azan subuh dah kumandang,tapi dorang asyik lg main.Orang area situ cume leh pekak kan tinga je la,nak marah xpasal rumah dorang meletop kang.Aku pun malas nk cite panjang2,klo korang nak tau betapa bestnye lepak kampung aku datang la malam raye ni.Dah abis korang tengok main meriam,datang umah aku kite mkn lomang.


Kg.Talang Cangkat................

Tuesday, September 1, 2009

Malas........

Korang bagi cadangan sikit.ape yg perlu @ yg sepatutnya aku tulis.malas dol nak taip2 ni...hahaha.....mula2 je rajin.byk idea.pastu langsung blur.....

Cadangan anda diperlukan....


budak malas........