Pages

Tuesday, June 22, 2010

Apa Hobi Orang Melayu ?


Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak mat saleh mesti nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibu bapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

5 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

uhu.btl tuh.

melayu ketinggalan.

reen_sofee said...

hahaha
bace bile nak halau hantu tuh best!
hahahah

Ummu~Ishak said...

ni ayat ciptaan atau ciplakan?
nice
sukeee :)

GeNgKaPaK said...

sugar - kirenye cm frust la ek..

reen - ending jgk yg best kn..haha

ummu - dua2 bkn..kapakkan yg btol

Anonymous said...

salam..
maaf awak.. mungkin ayat awak macam terlalu menghina orang melayu..
ramai juga org melayu dah berjaya..
sepatutnya kita memberi semangat pada orang melayu..
BUKAN menghina..
saya hanya memberi pendapat saya..
maaf jika tidak suka..