Friday, June 11, 2010
Loceng Misteri
Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang di sana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.
Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yang berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yang ditugaskan untuk menolong keluarga miskin seperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yang berisi loceng kecil.
" Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1 juta dollar " jelas Tajudin.
" Ah ? Dapat duit 1 juta ? Kelakar ke apa ? Ko ingat kita ni budak budak ye? " Majid bersuara.
" Saya cakap benar, kalau awak hendak kan 1 juta dollar, awak bunyikan saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu tapi di saat awak bunyikan loceng itu, seseorang yang awak tidak kenali akan mati " sambung Tajudin lalu beredar dari situ.
Ni dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia orang bertengkar lagi. Majid nak buang saja kotak itu, sementara si Salmah seboleh boleh suruh laki dia bunyikan loceng di dalam kotak itu.
" Awak ni kan, percaya ye dengan kata kata si Tajudin tadi? "
" Abang ni, cuba sajalah. Mana tahu apa yang dicakapkan tu benar, kita akan kaya bang " balas Salmah.
" Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini. Habis nanti ada orang yang akan mati tau, tak ke kita ni jadi pembunuh? "
" Alah abang ni, hari hari ada org matilah. Lagi pun kan encik Tajudin tu cakap orang yang akan mati ialah seseorang yang kita tidak kenali, alah bunyikan je lah "
Atas desakan si isteri, Majid akhirnya membunyikan loceng itu. Setelah dibunyikan mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada apa apa yang berlaku.
" Tak ada apa apa pun ? Kan saya dah cakap, ni tipu je. Sudahlah, buat buang masa aku je " keluh Majid sambil mencampakkan kotak itu ke tepi.
Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka.
" Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri awak wang tunai 1 juta dollar ini " sambil memberi beg berisi wang kepada Majid dan Salmah.
Mereka laki bini terperanjat berok, tak sangka yang mereka benar benar mendapat wang 1 juta dollar itu. Bukan main happy lagi dia orang ni.
" Boleh saya ambil semula kotak yang saya berikan semalam? " Tajudin bersuara.
" Oh boleh boleh " balas Majid sambil memberi kotak berisi loceng itu. " Betul ke ada orang yang mati bila kami bunyikan loceng ini? "
" Ya betul, orang itu sudah pun mati. Tapi jangan bimbang orang yang mati itu adalah seorang yang tidak anda kenali " jawab Tajudin
" Apa yang anda ingin buat dengan kotak ini? " tanya Majid lagi.
" Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi keluarga yang susah dan saya akan berikan syarat yang sama juga seperti saya berikan pada anda " jawab Tajudin.
" Wah bertuah lah keluarga tu ye ? Siapa agaknya yang encik Tajudin ingin berikan? " tanya Salmah
" Oh jangan bimbang. Saya akan berikan pada seseorang yang tidak anda kenali " jawab Tajudin lalu beredar dari situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment