Pages

Wednesday, June 9, 2010

Perlukan Pendapat


Aku sekarang dalam dilema, bengang, tension, beku otak semua ada. Tiap orang ada masalah, sebenarnya aku tak suka sangat nak kongsi masalah dengan orang lain. Tapi aku perlukan pendapat untuk aku terus usaha settle kan masalah ni.

Selama ni entry aku semua berunsurkan lawak, kelakar, ayat gila gila. Tapi tak aku nafikan, aku juga ada masalah macam orang lain. Cerita dia macam ni

Pada 01.04.2009 aku telah berkenalan dengan seseorang di satu laman sosial friendster, pada mulanya aku berkenalan disebabkan dia ni asal satu kampung dengan aku di Royal Town. Tujuan aku berkenalan dengan dia ni, bukan untuk hendak mengorat ke apa. Mana la tahu dia ni saudara aku ke kan.

Tapi perkenalan kami hanya di friendster sahaja, selepas itu melalui YM. Tapi aku buat macam biasa sahaja, sebab niat memang hendak berkawan. Aku selalu kutuk kutuk dia, marah marah dia. Tapi dia ni cool, sampai aku ada masalah dia lah yang tenang kan aku. Lama kelamaan aku mula jatuh hati dekat si dia, baru juga aku tahu dia ada menaruh hati dekat aku.

Tak silap 13.09.2004 aku putuskan untuk declare, ambil berkat bulan puasa la katakan. Pada mulanya aku cakap dekat dia kita jangan sayang antara satu sama lain 100%, sebab kita tak tahu apa akan terjadi lepas ni. Tapi hari demi hari, sayang dan cinta aku dekat dia makin kuat begitu juga dengan si dia.

Aku tahu yang si dia ni ramai peminat, sampai kadang kadang aku tak boleh tahan cemburu aku ni. Tapi dia selalu yakin kan aku, walau apa pun terjadi dia akan tetap sayang aku seorang. Mana tak jelous kalau orang yang kita sayang kena kacau dengan mamat lain, kucing betina kena kacau dengan anjing pun kucing jantan boleh jelous. Ini kan manusia macam aku ni yang ada hati dan perasaan

Perjalanan hidup kami sentiasa bahagia, gaduh gaduh kecil tu biasa la. Itu pun disebabkan ada orang yang cuba nak mengorat dia. Nak dikatakan aku sungguh sungguh dengan dia, aku suruh family aku ziarah dia dekat rumah. Untuk lebih kenal mengenali, dalam masa yang sama family dia ada juga datang ke rumah aku. Hanya ayah dia seorang sahaja yang belum family aku tengok, aku pun belum berkesempatan hendak menelefon ayah dia.

Ayah dia ni tegas sikit, memang tak akan kasi anak anak dia bercinta di waktu tengah belajar. Jadi itulah sebabnya si dia tidak mahu aku untuk mengenali ayah dia ni, ada juga dia ceritakan yang ayah dia telah menolak hampir 20 lamaran. Dengan atas alasan dia masih belajar, jadi bagi mengelak perkara yang sama terjadi dia galakkan aku cuba rahsiakan hubungan ini dari ayahnya.

Seminggu yang lepas, aku dapat rasakan kelainan pada diri si dia. Aku cuba tanya kan apa masalah, dia cuma cakap tunggu aku habis exam. Ahad lepas aku last paper, habis je exam aku terus telefon dia bertanyakan apa masalah yang telah berlaku.

" Dua hari lepas ada orang telefon abi, dia cakap nak masuk meminang. Abi terus terima " ayat yang keluar dari mulut si dia. Aku terus termenung beberapa saat kemudian " Siapa budak tu? " soalan yang muncul dari mulut aku.

" Kawan lama, tak tahu la bila masa dia boleh suka " jawab si dia. Penat nak buat dialog sampai habis. Senang cerita macam ni la, si dia ni telah cuba yakin kan ayah dia yang dia suka kan aku. Dan telah cuba bagi tahu mamat tu yang dia ada aku, tapi mamat ni betol betol tak faham punya orang.

Si dia ni sudah 4 kali kena marah dengan ayah dia, sebab melawan cakap. Sampai aku minta tolong family aku lagi, tapi family aku tak boleh nak buat apa apa. Lain lah kalau pihak si dia ni suruh masuk meminang.

Yang menjadi masalah dan serabut kepala otak aku ni, macam mana aku nak settlekan masalah ni ? Aku kesiankan si dia, sebab banyak kerja yang dia patut lakukan. Semalam aku tengok dia menangis lagi, aku tak boleh tengok dia menangis.

Masalahnya aku dengan dia jauh, dan waktu sekarang memang aku tak boleh balik ke Malaysia lagi. Sebab aku perlu tunggu result keluar

Adakah aku perlu ambil hati ayah dia ? Cara yang macam mana aku harus ambil hati ayah dia ? Sedangkan ayah dia sudah terlalu percayakan mamat tu. Ayah dia ni tegas orang nya, tidak ada siapa yang boleh membantah apa yang ayah dia katakan. Mak dia pun tak boleh nak berbuat apa apa, sudah dipujuk tapi ayah dia tetap dengan pendiriannya.

Si dia sms aku semalam, yang mengatakan mamat tu dengan ayah dia telah plan untuk tunangkan dia bulan 9 ni.

Aku pening ni wei...arghhhhhhhhhhhhhhhhhh

32 comments:

bukan penggoda said...

weh. aku pon jd pening ngn mslh ko ni. adussss... tp, ape yg aku bley tlg? errr... mmg aku xbyk membantu pon. dn aku tatw pon cane nk membantu. aish.

GeNgKaPaK said...

hmmm...ok2..no hal..ko bc pn ok dh..hehe

bukan penggoda yang malas nak login said...

weh. aku bwu pasan yg gmbo tu gmbo org terjun bangunan. ko jgn bwt centu tau!

GeNgKaPaK said...

gilo la...xkn la nk wt cm2...aku ade agama lg maa...cume skrg ni pening cmne nk ambk ht bapak dia tu...adehh

bukan penggoda yang malas nak login said...

hehe. aku tau. yela. kekdg ble otak dah serabot sgt, mcm2 bley jd. sian ko. haish.

GeNgKaPaK said...

2 la psl...hrp2 aku xde la smpi wt cm2...selagi si dia belom jd milik sape2 aku wajib pertingkat kan usaha...yeahh

bukan penggoda yang malas nak login said...

btol! aku sntiase sokong kau dari pelbagai arah! huu~

GeNgKaPaK said...

muahaha...tenkiu2..dr aku bunuh diri baik aku bunuh je mamat perampas tu...haha

ikan emas said...

bunga bukan sekuntum
( macam-macam jenis lak tu...pilih aje nak ros ke, melor ke,lavender ke, tulip ke...nak bunga tahi ayam pun ada... pe )

kumbang bukan seekor
( terbang aje la kat mana ko nak...ko pilih aje la mana yg berkenan .....)

buaya pun ada macam-macam gaya ...
jgn ko jadi buaya tembaga pulak da ya !

jo said...

boleh tahan berat jugak.
tapi gua memang tak pandai bercinta. sumpah!

tapi. ikut pengalaman gua menonton cerita hindustan, biasanya hero akan datang pakai scrambler di hari majlis berlangsung. bawak lari awek. hah..amacam? bernas tak?

budak baru belajar said...

lex brooo.. kalo ada jodoh tu tak kemena arahnya...
soh buat solat istiharah jek...

atau mcm ni aku ada idea.. ko ckp ngan aweq ko konon2 dia buat solat istiharah nampak ko, ko soh aweq ko ckp ngan ayah dier mcm tu...walau pun tak nampak ko tp ko suruh ckp nampak ko jek..

amacam brilian tak...heheheh

Nurul said...

Salam.
Awak call ayah dia, cakap dgn ayah dia yg awak dah kawan dgn anak dia dah lama. Sekarang awak ada kat oversea belajar, nak nalik InshaAllah nak keje baik2 nak masuk meminang anak dia, jaga anak dia InshaAllah dunia akhirat.

Dengan ayah jenis tegas mcmni, kena cakap jujur2 and yakin. Jangan takut. Jodoh kena usaha, takleh duk tunggu mcmtu je. Kalau tak usaha, nnt 1 hari akan fikir balik. Cuba. Tak salah. At least dah try be a gentleman and cakap dgn bakal pak mertua. 1, dia akan hormat awak sbb awak berani terus terang. And make sure ur gf pun support apa u cakap. Dapat buat 3 way conference pun lg bagus.

Mak ayah mana yg nak tgk anak dia menangis2 sedih? Mesti mak ayah nak anak tu happy kan?

Well, gud luck. Doakan semuanya baik2 je. Baca surah al-waqiah before call ayah dia. And bgtau mak ayah awak mintak restu awak nak buat cmni.

Allah ada tgk2 awak. Niat baik, inshaAllah ok. :)

ice♥ice said...

boleh thn rumit gak mslh ko ni..hm ank sdiri kena mrh, mcm mane ko nk cakap ng ayh dia? aku rs ko patot practise ckp ala2 promoter ng ayh dy..confident!! hihi..mintak maap la kapak..ak xreti sgt hal ni :P

doa byk2 k. :)

GeNgKaPaK said...

ikan emas - mslhnye bunga yg mcm ni ssh mau cari maa...

jo - bernas jgk idea ko ni...tp gua ade kriss kaler itam,exos paip je...klo speed leh naik 150...lu rs dh cukup power lom?

budak br belajar - leh pkai gak idea ko ni..tipu sunat kan...muahaha

nurul - mmg sgt bernas, aku tgu nk cal je ni..cume nk tau ayat2 yg kasi power ckt tuk pikat bapak dia tu

ice - tq idea cmni pn bernas dh bg aku...yg pnting nk doa dr kwn2..

GeNgKaPaK said...

ni berita yg aku br dpt....mamat tu nk masuk meminang tgh bulan dpn pulak...jgn smpi gua anta bala tentera serang lu mamat sengalllllllll

Kimmy said...

eh betul ke ni? aish~ hmm, xleh nk bntu banyak la bab2 ni.. berdoa selalu la.. solat hajat minta dipanjangkan jodoh..

try la call ayah dia. mana tahu mungkin ayah dia ubah fikiran lepas berborak dengan kau. cakap tu biar nampak serius! baru la ayah dia yakin skit..kan hal rumahtangge nie.. heh..

p/s : jgn buat yg bukan2 dah la.. jgn plak gi bawak bala tentera tu belasah mamat tuh.. ta baik, ta baik..

apa2 pun, jodoh sume kehendak Allah..usaha kena lebih.. kalau dah tak dapat, terima la takdirNya k.. don't worry be happy.

sorry ta dapat nk membantu bnyak.. semoga jodoh korang dipanjangkan.. amin.

GeNgKaPaK said...

tq2..mmg nk call ni..tp tgu krdt voip ade dlu...hehe...ok la tu, sape suh mamat tu rampas aweks aku...muahaha

reen_sofee said...

weh!
first time aku tak gelak bace belog ko!
entah laa weh.
aku tak reti sgt benda heart feeling neh!
ko try la slow talk ngan ayah die.
insyaAllah mesti ok nye!
bro, lek k.
insyaAllah, kalo jodoh ko ngan die, tak kemana.
doa sama DIA k!
gudluck!

GeNgKaPaK said...

tenkiu2....aku pn xgelak ape yg aku tulis ni...ape2 pn aku trs berusaha...yeaahhh

Nurul said...

U do know that it's ok to be sad and cry rite? Tak perlu nak buat2 lawak nak selindung bila kita sedih. Dalam dunia ni ada 6 billion org. Mesti ada yg btul2 fhm ur prob ni.

Like I said, be a gentleman. Mintak restu mak ayah nak amik tindakan mcmni. Minta pandangan mak ayah. Then bila call, takyahla cakap bunga2 ni. Cakap jujur2, yakin and banyak2 doa dlm hati waktu bercakap dgn dia.

The most important thing is ur gf kena yakin dgn u. And dia kena yakin nak cakap jujur dan berani dgn ayah dia jugak.

Kalau semua pun x jalan, sabarla. Sabarla tunggu keputusan Allah sampi kat u. Start belajar utk terima kenyataan yg she might not be yours. Nangisla kalau nak nangis ms doa.

I'm sure all ur friends doakan u. :)

GeNgKaPaK said...

tenkiu nurul...jap lagi aku akn cuba cal mak die dlu...mntk pndapat cmne nk ambik hati ayah die ni..awek aku sntiasa bg smngt kt aku yg aku boleh buat ayah die lembut hati...

Corrupted Soul said...

hmmm wei derrr...terkejut plak tahu ko tgh masalah camni...kite turun pi shisha pe???sembang2 release2 skit tension ko tuh...aku tanak laa dgr kwn ku terjun bangunan plak kan wakakakaka...

kk aku seyes skit :P

aku nk bagi pendapat pon,aku tak pandai mane dlm bab2 ni kn...tapi sebelom bertindak apa2 pon kite kene ingat segala usaha kita tak kira apa cara skali pon tak akan membuah kan hasil tanpa izin ALLAH,so bagi aku dlm masalah gini kembalikan lah rayuan dan gundah gulana rasa hati kita pada pencipta kita yg maha mengasihani dan maha mengetahui segala hal keadaan ciptaannya...

aku stuju ngan komen sape kat atas tadi yg kata dlm hal gini ko call parent die bual secara jujur n minta maaf sebab hubungan korng sblm ni korng rahsia kan dari parent die...

klu pendapat aku restu tu penting laa sebab takkan kita nak bina sesuatu yg mulia,sunnah nabi junjungan kita dengan tanpa restu ibubapa kan?

nak marah n benci org ketiga pon tak membawa apa2 hasil sbb dalam syariah pon kire sblm ni mmg korng takde ikatan pape yg sah so die mmg tak wat salah pon...

dari nak marah2 baik lu try slow talk ngan mamat tuh mane tau die dpt memahami isi hati kau n tarik diri kan...walau pon mcm agak mustahil tapi try2 apa salahnye kan? hehe

hahaha byk plak aku mrepek kat sini...takpe laa ku stop mrepek2 ku nih...pape pon klu ko call tu biar laa kata2 yg terucap tu jujur dan tulus dari hati kau...sebab tiada kata yg akan menawan hati melainkan kata yg datang dari hati :)

klu lu stress calling2 wa k kite pi shisha sembang2...kaaa mcm mana???

k last ku kasi ko ni lah

"وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون"


just my 2cent ;)

GeNgKaPaK said...

gile pnjg siut komen ko...agak penat jgk la aku nk baca..haha

aku dlm proses nk call ayah dia tu...tu la aku tnya pndapt kwn2...sbb kdg2 ayat aku ni bkn bernas mn pun...haha

Corrupted Soul said...

bernas tak bernas derrr...yg penting itu kata2 dari hati lu derr...klu bernas sgt die tau ang tak tidoq mlm susun ayat wakakakaka...kaa mcm mana??

sugar2 kapas strawberry said...

complicated nih..haishhhh

sush gak bapak dia tuh,nth2 ni strategy dia kot nk tgk awk ikhlas dan x main2..hihi.ok xlawak.

back ti topic.ckpla kt dia bg msa ckit lagi,then awk blik mesia dan bincang elok2.ok x?

sy pon xreti gak

GeNgKaPaK said...

gua dh call bapak die...n jawapn die tetap muktamad nk pilih laki pilihan die tu...gua xtau nk wtpe dh...gua xleh bg pndapt lngsung...ape gua ckp bapak die potong...sume gua ckp slh bg die...

gua akan cr mamat tu smpi dpt..

Nurul said...

Don't be stupid la cari2 mamat tu. Mengarut je. Sabarla. Hati manusia ni milik Allah. Kat sana u mintak.

U know about tawassul? Tawassul is mengungkit. Nabi2 Allah ada buat mcmtu and ada hadis2 dia. Masa u doa, u mintak kat Allah kalau ada 1 benda yg u ikhlas buat tanpa harap balasan selama ni yg btul2 baik kat mata Allah, u mintak Allah tukar tu dgn jodoh dgn gf u. Mintak Allah tukar takdir tu jadi takdir terbaik u. If it's really what u want, u mintakla. Takdir Mu'allaq kita boleh ubah dengan pengharapan pd Allah.

If this what u really want and you know in your heart she's the person for u bleh jaga u dunia akhirat kalau tolak tepi cinta, u cubala. Kalau perlu nangis masa mohon, u mohonla.

Sabarla tunggu keputusan Allah sampai kat u. Sbb apa yg kita nak tak semestinya baik kat mata Allah walaupun baik sgt kat mata kita. Tapi, Allah tak kejam. Kalau kita mintak betul2, Dia akan makbulkan atau ganti dgn yg jauh lg baik bila sampai masa dia.

Kadang2 kita buat salah yg kita tak perasan, atau kita perasan tp buat2 tak perasan. Allah jauhkan kita dgn benda yg kita syg sbb nk ajar kita. Ujian org kan lain2? :)

I feel u man. Happened to me too (well, sumthing that almost like this).

I truly hope that u gonna get through this victorious :). Allahuakbar, oke? :)

GeNgKaPaK said...

hmm...tenkiu nurul...xtau nk ckp pe dah...cume berserah je skrg ni...

hope semua ape yg dirancang berjalan dgn baik hendaknya...aminn

k0m4nd3r said...

Oit geng.. apo kes? apo2 hal update.. sementara aku ada kat msia nih, apa aku leh tolong, aku tolong.. ko ado sumo kan? fb aku ko ado kan? amial ado kan? Jangan bimbang, kawan kau ni ado..

nurkasih said...

salam kawan lama.

dah lama tak baca blog awak, tetiba hari ni rasa nak baca.

saya sekadar memberi pendapat..

rasanya, kalau dah muktamad ayah dia tak kasi, maka jalan terbaik ialah awak terima dan redha dengan apa yg telah Allah tetapkan terjadi pd awak hari ni.

sebab apa saya suruh camtuh?saya tak simpati ke ngan masalah awak?

bukan.

jawapannya.. sebab saya pernah alami perkara yang sama.

org yg kita syg diaturkan masa depannya oleh keluarga. mmg susah dan sedih utk harungi, tapi bila kita belajar utk terima dan redha dgn segalanya, insya Allah semuanya akan ok.

hati makin tenang, hidup makin terisi, dan jiwa makin lapang.

kita masih ada Allah utk mengadu. tak kira siang tak kira malam.
kan?

semoga awak tabah!

shapikapikabon said...

kenapa tak masuk meminang je dulu?tarikh tunang or kawen decide time dah balek lah.tak boleh?

GeNgKaPaK said...

komender - ok no hal...kumpulkn geng2...kito gogar itu bdk perampas

nurkasih - wlam kwn lm..nth la aku pening dh ni...wt ms skrg aku mls nk serabut kn pale awek aku ni..sbb die nk exam...tp mamat tu mmg xde perasaan la aku rs..pakse awek aku terima die..ape kes?

shapi - klo fmly awek aku pn suh masuk minang...fmly aku anytime je pegi...tp mslhnye klo bapak awek aku xsuke...lg malu klo die tolak pinangan aku nnt...aku kna tgu result lu..br leh blk