Pages

Free advertising

Saturday, April 9, 2011

Kisah Suami Isteri

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah mereka ini dibina di atas pokok, 2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah.

Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari cari, tiba tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya, bimbang bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Dan punyalah terkejut dia masuk je bilik tu, dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tahu cermin tu apa, jadi dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi, habis berlari dan meraung mencari emaknya.

Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu.

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut, kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak bahak.

Isteri : Kenapa mak ketawa ?
Mak : Apa teruk sangat selera suami kau tu, kalau ye pun nak kahwin lain cari la perempuan yang elok sikit. Ini tak, aku tengok perempuan kat bilik tu dah la tua hodoh pulak tu.

No comments: