Pages

Monday, May 3, 2010

Kaki Dam


Kamal baru sahaja berkahwin, atas dasar suka sama suka. Tapi kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ini kuat makan orangnya, bapa mertuanya selalu sangat merungut. " Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini, ada yang bela jin ke dalam rumah ni " bentak bapa mertuanya tanda protes.

Sejak Kamal duduk di rumahnya, cepat sangat barang barang dapur habis. Kamal ni betul betul menghabiskan boreh la, nasib dia kurang makan lauk. Tapi di dalam kuatnya makan si Kamal ni, ada pula kebaikannya. Kebaikan Kamal pula ialah, dia ini alim sikit orangnya. Tidak pernah langsung tinggal sembahyang, malangnya bapa mertuanya tidak pula begitu.

Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian, lepas tu sambung pula tengok Buletin Utama. Sudah habis berita, tengok pulak cerita Kungfu. Lepas tu makan, dah kenyang mula la cari bantal hendak tidur. Esok bangun pukul 8, pergi kedai kopi Mak Bedah. Bersembang macam wakil rakyat, sampai tengahari baru nampak batang hidung dekat rumah. Balik makan, kemudian tidur. Agak agak hendak petang sikit, dia pergi semula ke kedai Mak Bedah. Main dam pulak, berborak mengalahkan orang politik. Kerja malas, itu lah bapa mertua si Kamal ni.

Kerana sama sama ada kekurangan, ini lah yang menyebabkan si Kamal yang alim ni tidak berani menasihati bapa mertuanya. Si bapa mertua pula, tidak berani memarahi anak menantunya yang kuat makan itu.

Tetapi bapa mertua ni terus mencari idea, macam mana hendak kenakan si Kamal yang kuat makan ni. " Bapa bengang betol lah dengan suami kamu tu, dah lah tak kerja. Melantak kuat pulak tu, aku pun tidak kerja tetapi tak ada la makan macam jin " cuba membuat aduan kepada anaknya iaitu isteri kepada Kamal.

Suatu hari si bapa ni mendapat satu idea, yang mana boleh mengenakan menantunya itu tanpa disedari. Lalu dia memanggil menantunya " Kamal, mari kita main dam haji " katanya kepada Kamal. " Boleh juga " balas Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, si bapa sengaja membiarkan buah damnya di makan oleh Kamal. Dia hulur, Kamal makan. Hulur lagi, Kamal makan lagi. Hulur lagi, makan lagi dan lagi dan lagi. Sampailah habis ke semua buah dam bapa mertuanya " Eh ko ni Kamal, kuat betul makan la. Kot ye pun, agak agak la " kata si bapa sambil tersengeh sengeh perli.

" Alamak, bapa mertua aku ni. Macam perli je, mentang mentang lah aku kuat makan " fikirnya dalam hati. Tapi tidak apa, siap la lepas ni.

Mereka bermain set kedua, bapa mertuanya hulur. Kamal tidak makan, hulur lagi. Tidak makan juga, akhirnya kena tangkap. " Hmm, dia ni dah tahu ke cara tadi. Tidak macam set pertama tadi, dia dah bijak sikit sekarang " fikir si bapa mertua. Bila tidak makan, mestilah kena tangkap ( sesiapa yang tahu main dam haji sahaja akan faham ). Kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji.

" Eh, orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke? " membalas pula kepada mertuanya. Merah padam muka bapa mertua dibuatnya. " Hendak perli aku. akhirnya dia yang kena balik " ketawa kecil dalam hati. Tapi kalau ketawa depan depan, mahu bapa mertua tu ambil semua kain baju campak luar rumah.

Selepas dari kes itu, Kamal tidak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi imam masjid. Waktu solat je, bapa mertuanya lah yang pertama sampai dulu ke masjid. Kadang kadang bilal pun belum bangun tidur lagi, dia sudah sampai. Sekarang ini, mereka berdua sudah jadi kawan rapat. Ada di Mekah mengerjakan Umrah, kalau tak silap la.

7 comments:

ice♥ice said...

haha..siniss :P

GeNgKaPaK said...

cpt tol ko baca..haha

reen_sofee said...

moral of the story:
tiada manusia yg sempurna!
ngeh ngeh

GeNgKaPaK said...

ya btol...

sugar2 kapas strawberry said...

tiba2 rsa tersentuh plk bc cite nih,..hihi..good2 ;)
nice story

sophie said...

Suka men dam aji! Hahahha..Dua perli2 manja..Nasib berubah dua2

GeNgKaPaK said...

sugar2 kapas- tersentuh xpe jgn terase..haha

sophie- besa la...xkn la menantu nk sound trs kt mertua..haha