Pages

Wednesday, March 10, 2010

Hari Wanita Sedunia

BICARA HATI SEORANG PEREMPUAN

Puji-pujian buat Mu Tuhan,
Lantaran telah menjadikan aku seorang perempuan,
Diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam dengan seindah kejadian...

Akulah si tulang bengkok,
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan mengatasi panjangnya akal fikiran,
Sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki,
Namun biarlah kejadianku memberi guna,
Bengkok yang ada manfaatnya…

Kiranya aku seorang isteri,
Kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan aku,
Menjadi tulang belakang seorang suami,
Pengembang perjuangan di sayap kiri,
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku,
Menjadi teman setia,penyejuk mata,pembina semangat,penguat jiwa,
Seanggun peribadi Siti Khadijah,
Sumber ketenangan Rasulullah SAW utusan Allah SWT,
Beban jiwa dari belenggu perasaan keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan,
Merdeka dari kepentingan peribadi...

Setulus Siti Fatimah yang sering sahaja ditinggalkan suaminya Saidina 'Ali,
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya…"bilakan pulang?"
Disambut kepulangannya dengan khidmat…bersulamkan kemesraan,
Rumahtangga adalah syurga,tempat suburnya cinta ketuhanan,
Akal yang tunggal…tidak akan dibiarkan hanya bergelar dicelahan periuk belanga,
Dibalik lipatan lampin anak,
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat,
Menjadi pentadbir disebalik tabir...

Namun…siapakah aku untuk memiliki watak wanita solehah,
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati,
Iman senipis kulit bawang,
Dengan itu…Tuhanku,
Maka kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa insaf,
Hak seorang suami tidakkan mungkin dapatku penuhi,
Biar telahku jilat nanahnya yang berlelehan,
Telah ku tadahkan wajah untuk mengusap debu ditelapak kaki...


Dan sememangnya aku mengimpikan,
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan,
Putera-putera secekal Musa'ab bin Umair yang menggadai dunia demi kasih Tuhan-Nya,
Segigih Zubair Ibnul Awwam yang diangkat oleh rasul sebagai hawarijnya,
Hasil didikan ibunya setelah melalui zaman anak-anak yang yatim dan kekurangan,
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah…rela direbus demi mempertahankan iman atau…

Suci Maryam yang seluruh hidupnya mengabdikan diri kepada Tuhan,
Meskipun aku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani…yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi,
Mudah-mudahan zuriatku bakal menampilkan,
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid,
Srikandi-srikandi yang memakmurkan muka bumi Allah dengan kesolehan,
Yang saling rela berkorban dan dikorbankan,
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman seperti mana kisah seorang ibu yang telah kematian putera-puternya di medan jihad,
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia…Aduhai,kiranya aku punya seorang anak lagi,aku rela dia turut gugur di jalan Ilahi…"

Namun jika aku,Kau taqdirkan kehilangan mereka,tetapkanlah hatiku setenang Ummu Faisal…yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya halangan untuk membulatkan kecintaan buat-Mu Tuhan,
Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu,
Inilah pengaduan,harapan dan munajat kiranya kekasih-Mu sendiri pernah berkata…
"Ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah perempuan…"

Tanpa petujuk-Mu,
Selangkah yang mengiringi ku ke syurga,
Sederap mencebur ke neraka...

Marilah menyelam ke lautan tak bertepi,
Membina landasan hidup di landasan Islami,
Membangun bersama Islam…berjuanglah wahai seluruh srikandi Islam...

" Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Hadis Riwayat Muslim


I love U Mak (Mahyom binti Shariff)

No comments: