Pages

Sunday, March 7, 2010

Mutiara Kata lll

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

* Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap peluang.

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang,ingatlah bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia.

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai.

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia.

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan.

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi.

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

* Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau.

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama.

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan.

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat.

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.

* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar.

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia.

* Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya.

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya.

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.


Renung2 kan lah...

No comments: