Pages

Free advertising

Saturday, May 8, 2010

3 Sekawan


Di dalam sebuah kampung, ada 3 sekawan remaja yang suka membuang masa dengan melepak. Seorang nama Ali, sorang Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian mereka ini memang menyusahkan banyak pihak, menyebabkan tok imam terpaksa turun padang untuk selesaikan masalah budak budak mental ni. Ramai yang tidak senang duduk dengan perangai mereka ini, tetapi apakan daya hak untuk menegur hanya terletak pada bahu tok imam sahaja.

Pada satu hari, tok imam telah datang kepada mereka dengan niat hendak mentarbiyah. Maka berlakulah beberapa insiden cabar mencabar, Tok imam mencabar mereka ke surau waktu Maghrib nanti.

Dengan bongkak Ali berkata " Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan pada seluruh pelusuk kampung yang kami bukan la sejahil mana seperti yang disangkakan ".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah mereka ke surau, bagi menyahut cabaran tok imam.

Bila mereka sampai sahaja di surau, tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah lagi Ali terus sahaja melaungkan azan " Allah Ta'ala... Allah Ta'ala ". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah lah kejahilan si Ali yang bongkak itu.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal juga, angkat sekali tak khusyuk, masuk 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi.

Masuk sahaja kali ketiga, Budin panggil tok imam. " Tok, tok duduk dekat belakang, biar saya yang jadi imam " Tok imam pun dengan penuh yakin undur ke belakang untuk memberi laluan kepada si Budin.

Budin pun angkat la takbiratul ihram " Allahu akbar! " Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba tiba si Budin pusing menghadap ke belakang dan berkata " Aaa, tengok! Sekali je tok!! " Lalu batallah solat Budin dan yang lainnya. " Tidak boleh harap juga kamu ni " tegas Tok Imam.

Tok imam pun mintak pula si Ciko jadi imam, si Ciko tanpa berlengah lagi terus ke depan untuk menjadi imam. Solat tersebut berjalan dengan lancar, bermula dari takbir sampai la habis sembahyang. Siap dengan wirid wiridnya sekali, doa pun sampai mencecah setengah jam lamanya.

Punyalah respek tok imam dekat si Ciko ni, lepas solat sahaja tok imam pun terus puji memuji si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata " Itu belum ambil wuduk lagi tok, kalau tidak lagi dasyat saya semayang ".

4 comments:

Reen said...

hahahahahahah
pergh!
baru nak respek si ciko tuh!
hahaha

GeNgKaPaK said...

pastu ciko kena sula ngn tok imam...haha

nanad said...

ciko harahap tol..
lawaklawak.. XD

Sesopie said...

Bodoh nyer ciko tu! Haish..pening tgok diaorang nie..