Pages

Wednesday, April 14, 2010

Salah Jugak


Ada sepasang suami isteri tidak pernah sependapat dalam banyak hal, si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..


Isteri : Abang tidak pernah ikut kemahuan saya, semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami : Tidak semua, ada juga yang saya setuju.


Isteri : Tidak, selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya.

Suami : Tentu ada, cuma tidak kena tempat.


Isteri : Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami : Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur. Setiap satu bilik masing masing ada seorang lelaki dan seorang wanita, yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?


Isteri : Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita, tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak.

Suami : Haa... Saya pun akan masuk bilik yang ada wanita, kan saya setuju dengan awak !!


Isteri : (Nada marah) Dasar lelaki..... !!! Kalau berani buatlah, aku cincang 800 nanti.

Suami : Aii.. bila saya setuju awak marah pulak !!!

5 comments:

ice♥ice said...

hahah..laki tu macam curah minyak ats api je..bg contoh x seswaii :P

GeNgKaPaK said...

alang2 curah mnyk letak la ayam skali...leh mkn..haha

reen_sofee said...

ceit.
tak dek benda len ka nak stuju?
hahahah

GeNgKaPaK said...

ok la 2...br suami mithali..haha

shapikapikabon said...

haha.
ceh!mana boleh camtu. :P