Pages

Thursday, April 1, 2010

April Fools Day


'Macha, bos panggil ko dekat office' bisik mutu dekat cuping telinga aku
'Buat apa dia nak jumpa aku?' persoalan yang aku tanya semula dekat mutu

'Mana la aku nak tahu,lain lah kalau aku yang panggil ko' jawapan yang sangat simple oleh mutu, tapi membuatkan aku simple pulak menjawabnya
'Ye tak ye jugak kan, ko mana layak jadi bos' sambil aku berlalu pergi dekat bilik bos

Tuk..tuk..tuk..

Pintu ku ketuk beberapa kali, dalam hati cuba berbisik 'pekak jugak orang tua ni'. Lalu aku ketuk lagi, kali ni dengan lebih keras lagi.


'Lu ingat ni office lu punya bapak ada share ka' herdik bos aku
'Dah saya ketuk manyak lama, bos tak dengar jugak (dalam hati panas je, main bapak bapak pulak orang tua ni) ' jawabku dengan slumber.

'Ni gaji lu untuk hari ni, mula esok lu jangan datang lagi dalam ini tempat' dengan muka tak bersalah dia bagi aku sampul tu.
'Saya ada buat apa apa salah ke bos?' aku tepinga pinga bertanya

'Lu takda salah apa, cuma u kan mahu sambung belajar. Jadi elok la lu berhenti sekarang, senang wa mahu cari orang lain' tanpa segan bos aku menjawab
'Takpa la bos, kalau dah cakap macam tu' aku pun keluar terus dan ambil barang2 aku.

Sampai je dipintu keluar, semua orang tepuk tangan. Macam happy je aku kena buang ni (bisik hati kecilku), korang happy la kan aku kena buang. Lepas tu semua tergelak, dan dengan serentak menjawab. 'April fool'... Dengan bos pun cakap sama, aku pun terpingga pingga. Mulai esok, lu dinaikkan pangkat menjadi assistent supervisor. Semua ucapkan tahniah dekat aku, bajet nanti suruh aku open table la tu. Dalam hati aku dah panas, sempat lagi tu kencing aku.

Apa apa pun, tu la pengalaman aku terkena april fool. Dalam hati memang mendidih, tapi dah diubat dengan kenaikan pangkat kira ok la tu.


Dekat bawah ni aku ade masukkan beberapa video tentang april fool, korang tengok la ek..


video video video

4 comments:

nanad said...

aha..bes plakk dpt bos sporting camtuhh..taniah2..he

GeNgKaPaK said...

hahah...tp 2 dlu la..tmpt kj 2 pn dh xde lg..

Nurul said...

bestnyer :). x panjang rezeki kat situ ek? xperla. pengalaman yg best tu kekal forever :)

GeNgKaPaK said...

mmg nk kuar pn smbung stadi..klo x jd bos dh skrg..haha