Pada satu hari, Saiful pergi ke sekolah seperti biasa. Selepas itu, Cikgu yang bertugas masuk ke kelas Saiful hendak mengajar mata pelajaran matematik, soalan tersebut 1 + 1 = ? Lalu dia memberi soalan tersebut, Cikgu bertanya kepada Saiful
  Cikgu : Saiful, sila jawab soalan yang diberi oleh saya, 1 + 1 berapa ?
 Saiful : Aaaaaa, saya tak tahu la cikgu
 Cikgu : Biar betol, ini soalan mudah la Saiful
 Saiful : Saya tak tahu juga
 Cikgu : Tidak apalah, kamu balik rumah pergi tanya keluarga kamu ?
 Saiful : Baiklah cikgu.
 Lalu Saiful pun pulang ke rumah, dengan keadaan bingung skali. Selepas itu, dia hendak ke dapur untuk mencari emaknya. Pada masa itu emak  Saiful sedang memasak nasik goreng, Saiful nak tahu apa jawapan yang diberi oleh cikgu tadi.  
Saiful : Hmm Makk, nak tanya nie 1 + 1 berapa ?
 Mak  Saiful : Haii !! Nasi Goreng !! Hai Nasik Goreng ! ( sambil menyanyi )
 Saiful : Tak apalah
   Lepas itu dia tanya kepada abangnya, abang saiful sedang menyanyi lagu black metal dengan keadaan rock
  Saiful : Abangg !! 1 + 1 berapa ?
 Abang Saiful : Kau diam la Setann !!
 Saiful : ( Saiful mendiam, lalu pergi dari situ )
   Lalu bertanya pula kepada Atoknya, Atok Saiful sudah nyanyok dan pekak, Saiful pun bertanya
  Saiful : Atok !! 1 + 1 berapaa ?
 Atok Saiful : Let''s Go Babeh!!
 Saiful : Okay
    Kemudian bertanya pula kepada bapaknya, ketika itu Bapak Saiful sedang menunaikan solat hajat dan sedang berdoa. Selepas itu Saiful pun datang
  Saiful : Bapak 1 + 1 berapa ?
 Bapak Saiful : Alhamdulillah
 Saiful : Oh okay
   Esok itu Saiful pergi ke sekolah seperti biasa dan cikgu Saiful bertanya semula soalan yang diberikan semalam
  Cikgu : Saiful, 1 + 1 berapa ?
 Saiful : Hai !! Nasi Goreng !! Hai Nasi Goreng ! ( sambil menyanyi )
 Cikgu : Saiful jawab betul betul saiful, jangan main main
 Saiful : Kau Diam la Setan !
 Cikgu : Kurang hajar !! Saiful mari ikut saya ke bilik pengetua !
 Saiful : Let's Go Babeh !!
 Cikgu : Saiful !! kamu dah melampau, saya akan buang kamu dari sekolah terus !
 Saiful : Alhamdulillah
 Cikgu : Hmmm