Pages

Free advertising

Thursday, May 31, 2012

10 pesanan jadi isteri solehah

1 - Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami
2 - Mendengar dan mentaati suami
3 - Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak-anak dan menjaga rumah tangga
4 - Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami
5 - Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami
6 - Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu
7 - Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal
8 - Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga
9 - Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain
10 - Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami

Saturday, March 31, 2012

2012

lame tak update ini blog..den kesian nak kuburkan macam tu je..jadi den tulis la sikit bagi nampak hidup kan..

skrg ni den busy sikit...kerja pun belom tetap..kalau ada kerja2 yg gaji lumayan jangan lupa alow2 sama den..

buat blogger2 yg merindui akan kemanisan jari ni menaip..mungkin rindu itu akan terlerai dengan hadirnya tulisan ini buat semua..kah kah kah

Tuesday, September 27, 2011

Hari Merokok Sedunia

Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : You tahu tak rokok ni boleh buat you cepat mati ?

BF : Mana ada. Jodoh ajal maut semua kan Tuhan yang tentukan.

GF : Hmmmm... berapa banyak you habiskan duit untuk rokok ?

BF : Satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

GF : Satu hari satu kotak, seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. Ayang mula hisap rokok bila ?

BF : Pandai math you ni kan. Dari tingkatan 2, kenapa ?

GF : Sekarang ayang punya umur 24. 24-14=10. And then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang you dah bazirkan dalam tempoh 10 tahun.

BF : So ? I ada minta duit dekat you ke nak beli rokok ? Tak adakan ?

GF : Memanglah tak ada tapi kalau you tak merokok and you simpan sekarang you dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh !

BF : You hisap rokok tak yang ?

GF : Tak yang, kenapa tanya i macam tu ?

BF : Kalau you tak hisap rokok mcm i, mana Skyline you ?

GF : !4#$%^&*

Wednesday, September 21, 2011

Kena Tahan Lagi

Abu, Bakar dan Ali menaiki sebuah motosikal untuk menuju ke gerai. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, motor mereka telah ditahan oleh 2 orang polis trafik.

Namun Abu yang menunggang tidak memberhentikan motosikalnya, sambil berkata " tak muat dah tok, kami dah bertiga "

Friday, August 26, 2011

Kad Raya

Samat : Man, kau ada dapat kad raya aku ?

Leman : Tak dapat la Mat

Samat : Ish, macam mana boleh tak dapat ni

Leman : Kau tak letak setem kot ?

Samat : Tak, aku dah letak

Leman : Kau salah alamat kot ?

Samat : Macam la aku ni tak tahu rumah kau dekat mana

Leman : Tak pun posmen yang lupa

Samat : Tak rasanya, mungkin sebab aku tak hantar lagi kot dekat kau

Wednesday, August 17, 2011

Bila Tersangat Malu

Ahmad dan Abu tinggal dalam sebuah kampung, suatu hari mereka masuk pertandingan bola sepak dan malangnya mereka kalah 4-0.

Disebabkan rasa malu berdepan dengan orang kampung, mereka melarikan diri ke bandar dan menyamar supaya tidak ada orang yang mengenali mereka.

Ahmad memakai baju ala ala cowboy dan pergi ke bandar, setelah tibanya di bandar Ahmad telah berjumpa dengan seorang nenek. Lalu nenek itu berkata " Eh kau buat apa dekat sini? " Ahmad memandang pelik nenek itu kemudian berlalu pergi dari situ.

Keesokan harinya, dia memakai pakaian ala ala pak arab pula. Malangnya dia berjumpa lagi dengan nenek yang sama " Eh jumpa lagi kita dekat sini! "

Ahmad merasa hairan dan bertanya " Macam mana nenek kenal saya? ". Nenek itu berkata " Eh kau ni buat buat tak kenal pula, ni aku la Abu "

Wednesday, July 20, 2011

Gempa Bumi

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab

Sunday, July 17, 2011

Cita cita pelajar

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita cita mereka.

Abu berdiri dan berkata " Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya ".

" Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi? " tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata " Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak anak yang comel ".

" Bagus, jadi suri rumah tangga merupakan cita cita yang mulia. Siapa lagi? ".

Seman berdiri dan berkata " Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita cita untuk membantu Noni mencapai cita citanya ".

Sunday, July 10, 2011

Gambar-gambar Terbaik Bersih 2.0















Diam Ketika Makan

Pada suatu malam yang hening, sebuah keluarga sedang menikmati makan malam. Sesudah si ayah membaca doa, si anak ingin memberitahu kepada ayahnya.

Anak : Ayah. di .....

Ayah : Diam, jangan bercakap ketika makan

Setelah selesai makan

Ayah : Nak, apa yang kau ingin katakan tadi ?

Anak : Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat

Wednesday, July 6, 2011

Bangkai Gajah ?

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Tuesday, June 21, 2011

Sarjana

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.


" Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul ini jalan Pasir? ". Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab " ha’ah ". Pelancong itu tidak faham perkataan " ha’ah ". Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.


Masih dalam kebingungan, melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya. " Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir? ". Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab " Benar ". Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan benar. Namun kerana budak remaja itu mengangguk, dia yakin yang jawapannya adalah betul.


Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa. Lalu pelancong itu segera bertanya " Maaf encik, saya tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir? ". Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab " Betul ". Akhirnya pelancong itu merasa puas, tapi masih kehairanan. Lalu untuk menghapus rasa keraguannya, dia bertanya lagi.


" Saya keliru, tadi saya bertanya kepada budak kecil tapi jawabannya ha’ah. Lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya benar. Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab betul, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul? "


" Oh, itu maksudnya sama saja. Kalau yang menjawab ha’ah bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah saja. Kalau yang menjawab benar, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah dan kalau yang menjawab betul itu pastinya orang itu ada sarjana " jawab orang dewasa itu


" Jadi.. Anda tadi menjawab betul, bererti anda seorang sarjana ya? " tanya pelancong lagi. Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab " ha’ah "

Sunday, June 19, 2011

Skandal Doktor Muda

Seorang doktor muda merasa kurang selesa dengan apa yang terjadi di kliniknya, dia pulang ke rumah dengan wajah sugul.

Setibanya di rumah, dia merebahkan diri di katil fikirannya berkecamuk.

Tiba tiba dia mendengar suara dalam kepalanya berkata

" Sudah la, doktor menjalin hubungan intim dengan pesakitnya adalah perkara biasa. Di mana mana pun ada berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan "

Si doktor berusaha untuk setuju dengan kata kata itu, tapi apa yang terjadi pagi tadi terbayang kembali di matanya, serta merta hatinya kembali runsing.

Dia membalikkan tubuh, kemudian terdengar lagi suara tadi berkata

" Jangan khuatir la, orang sudah biasa mendengar hubungan seksual doktor dengan pesakitnya, tiada apa yang perlu dirisaukan "

Doktor itu mulai tenang, perasaannya beransur ansur pulih. Tiba tiba satu suara lain dari dalam kepalanya berkata

" Tapi masalahnya engkau kan doktor haiwan "

Wednesday, June 15, 2011

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati.

" Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman " kata pemimpin.

Tiba tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan.

" Oh.. Syukur pada Tuhan, mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang "

Sunday, June 12, 2011

Dalam Sebuah Kampung

Di dalam sebuah negara, terdapat sebuah kampung bernama Kampung Denai Lopak Berdarah. Pada suatu hari, telah diumumkan kepada seluruh rakyat jelata bahawa akan diadakan satu pertandingan cerita yang paling panjang. Barangsiapa yang paling panjang ceritanya, maka dia lah yang akan menjadi pemenangnya

Abu : Aku nak masuk la pertandingan tu, confirm aku menang punya

Ali : Tak, aku yang akan menang. Aku dah siapkan cerita yang paling panjang kalau kau nak tahu.

Abu : Aik, baru je hari ni keluar pengumuman bertanding, ko dah siapkan cerita ?

Ali : Tunggu je la abu


Hari pertandingan telah tiba

Ramai yang telah masuk bertanding, tapi semua ceritanya habis awal. Kempunan la si sultan ingin mendengar cerita yang paling pnjang. Telah tiba giliran Ali, tak sampai 10 saat cerita dah habis. Kini masuk pula giliran Abu, sama juga cuma lebih 5 saat saja dari Ali. Kedua dua kempunan tidak memenangi satu apa pun.

Kemudian, tiba tiba datang seorang pemuda yang entah dari arah mana datang terus menuju ke pentas. Dengan muka tidak bersalah, dia terus bercerita. Pada satu hari saya telah pergi ke sebuah hutan, sungguh penat saya hari tu. Sampai lah saya berhenti di sebuah pohon yang rendang, ketika enak bersandar, saya ternampak seekor semut yang besar berjalan di atas pohon itu. Kemudian, keluar pula seekor semut yang kecil, selepas itu pula keluar lagi seekor semut, comel betul semut semut itu. Selepas itu keluar lagi seekor semut, lepas tu keluar lagi semut yang lain. Kemudian keluar la lagi seekor semut yang lain, lepas tu keluar lagi semut yang lain. Begitu lah smpai kesudah, semut saja yang keluar.

" Nampaknya kita sudah jumpa pemenang Dato'. Akhirnya, kita dapat juga mendengar cerita yang paling panjang " kata sultan.

Saturday, June 11, 2011

Ganti Puasa

Sepasang suami isteri sedang berbual bual tentang puasa yang belum habis di ganti oleh si isteri. Bulan puasa makin menjelma, jadi wajib lah si isteri itu tadi menggantikan puasanya secepat mungkin. Maka, si isteri pun berkobar kobar semangat untuk menggantikan puasanya keesokan harinya. Jam 5.50 am, si isteri terbangun untuk bersahur. Dengan pantas dan berdesup pergi ke dapur untuk bersahur, sebabnya waktu imsak dah hampir. Sempat di makan, bijirin sarapan dan pisang serta air ( Bangun lambat tak sempat nak masak )

Bersiap siap untuk ke pejabat, tiba tiba si suami bersuara

Suami : Sayang puasa ke ?

Isteri : Puasa.. Kenapa bang ?

Suami : Bukan sayang tak boleh sembahyang ke ?

Isteri : Adehh ( sambil hantuk hantuk kan tumit kasut di kepala )

Thursday, June 9, 2011

Temuduga Satu Soalan

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru di dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice )

Setelah keempat empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini "

Soalannya adalah " Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? " tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata " FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari ". Bagus, satu jawapan yang baik " kata CEO tadi.

" Kamu pula? " tanya nya kepada calon kedua. " KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua. " Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu.

" Bagaimana kamu pula? " tanya CEO kepada calon ketiga. " Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas " jawab calon ketiga. " Jawapan yang terhebat setakat ni " kata CEO.

" Bagaimana pula dengan kamu? ". CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

" Setelah diteliti jawapan calon calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali. " Haaa ?? CIRIT BIRIT ?? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni? " CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

" Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah "

Setelah di campur tolak bahagi darab, dengan ini calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan

Wednesday, June 8, 2011

Surat Kepada Bill Gates

Yang Dihormati En. Bill Gates,

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenal pasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang 'START' tetapi saya dapati tidak ada butang 'STOP'. Saya minta Tuan tolong periksa ?

2. Saya sudah pelajari 'Microsoft Word', sekarang saya mahu pelajari 'Microsoft Sentence'. Bila Tuan akan menjualnya ?

3. Di dalam komputer saya terdapat 'Microsoft Office', bagaimana dengan 'Microsoft Home' kerana saya menggunakan komputer ini di rumah ?

4. Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah 'Gates', tetapi Tuan menjual 'Windows' kenapa tidak 'Doors' ?

Saya menanti jawapan Tuan.

Sekian Terima kasih,

Mr. Bean

Sunday, June 5, 2011

Nak Juga ke Wahai Pencuri

Seorang taukeh cina kaya membuat laporan polis kerana wangnya sebanyak RM80,000 telah dicuri di rumahnya. Sementara menunggu siasatan pihak polis, dan kerana amat sayangkan duitnya itu beliau akhirnya membuat keputusan untuk menyiarkan iklan tentang kehilangan wangnya itu dalam akhbar

Iklan tersebut berbunyi begini

SESIAPA YANG MENJUMPAI WANG BERJUMLAH RM80,000 YANG TELAH SIAP DIIKAT DENGAN GETAH, TOLONG KEMBALIKANNYA KEPADA ENCIK TONG YEK LOI (TALIAN 0148881XXX/alamat xxxx) GANJARAN BERUPA KERETA B.M.W DAN WANG GANJARAN RM10,000 AKAN DIBERIKAN. SEKIAN…

3 hari selepas iklan itu disiarkan, tiba tiba pintu rumah taukey tersebut diketuk oleh seseorang. Apabila taukey kaya tersebut membuka pintu rumahnya, maka kelihatan seorang lelaki

Si Lelaki : Boleh tanya, ini encik Tong yang kehilangan wang tu ?

Taukey : Ya saya, dah jumpa ka duit saya tu ? (nada gembira sikit)

Si Lelaki : Wangnya masih belum jumpa, tapi getahnya saya dah jumpa. Ada ganjaran juga ke ni ?

Thursday, June 2, 2011

Pontianak, Drakula dan Toyol

Pontianak, drakula dan toyol dah tak tertahan lagi nk pergi dekat restoran tom yam Pak Usup.

Pontianak : Weh, aku dengar restoran tomyam yang baru buka tu kan. Ummphh !!
Drakula : Ye la, aku pun terliur bila dengar kau sebut. Aku rasa dah tak nak hisap darah lagi, aku nak tomyam pula
Toyol : Cakap pun tak guna la cik pon, kita tetap tak boleh pergi sana

Pontianak : Aku ada idea la, kita kan boleh bertukar rupa. Semalam aku try dah transform muka Angelina Jolie sikit
Drakula : Geliga juga otak kau, masa aku hidup rupa aku memang macam Tom Cruise
Toyol : Perasan.. Tapi, aku mana boleh. Erm, cik pon tolong balutkan aku ye

Pontianak : Ok, nak ajak si pocong tak ?
Drakula : Tak payah la, yang dia tau lompat lompat je bila nak sampai
Pontianak : Betul juga, lepas maghrib kita gerak

Lepas maghrib, dekat Restoran tomyam Pak Usup. Tom Cruise (drakula) datang dengan Angelina jolie (pontianak) sambil mendukung bayi (toyol).

Pelanggan : Wah, artis datang restoran ni la
Angelina : Order please.. Erm, i nak tomyam yang paling sedap dekat sini
Waiter : Ok.. (tahu cakap melayu rupanya)

50 saat kemudian.

Waiter : Siap cik
Tom : Wah.. Macam sedap ni, biar aku mencekik dulu

Seorang pelanggan nampak sesuatu

Pelanggan : Wah, Tom Cruise ada taring panjang

Suasana senyap sunyi, Drakula jadi panik. Dengan spontannya dia patahkan kedua dua taringnya

Tom : Iii.. ini.. cu.. cuma taring palsu. Saya baru balik dari penggambaran filem jaws tu, saya la yang jadi jaws tu
Pelanggan : (jaws ada taring?) Oooo

Keadaan kembali seperti sedia kala.

Angelina : Itu la kau, makan tak reti nak cover. Biar aku pula makan

Pontianak habiskan satu mangkok besar tomyam sekali hirup, akibat tak tahan pedas. Air mata pontianak keluar. Air mata darah !! Seorang pelanggan nampak

Pelanggan : Wah, Angelina kuar air mata darah

Semua pelanggan terkejut, suasana jadi riuh. Pontianak pun mula menggelabah

Angelina : Sa.. saya rindukan mak saya. Sudah lama tak jumpa dia di US
Pelanggan : Ooo (tapi kenapa air mata darah?)

Keadaan menjadi tenang semula, toyol yang dah tak tahan kelaparan terus melompat atas meja untuk makan tomyam. Seorang lagi pelanggan nampak.

Pelanggan : Wah, anak dia colour hijau !!

Semua menjadi panik, ada separuh yang bangun untuk melarikan diri.

Angelina : Err.. Anak saya ni baru saja balik pengambaran cerita Incredible Hulk ni, kami cuma nak buat surprise dekat sini
Pelanggan : Ooo.. Hebat la lakonan kamu, kami semua panik tadi

Keadaan kembali tenang, tanpa disedari oleh para hantu hantu yang sedang menyamar. Azan isyak pun berkumandang

Pontianak, drakula & toyol : Arrghhhhhhh (terbakar)

Semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tangan dan bersorak sebab ingatkan itu lakonan dari mereka lagi.