Pada suatu petang,dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana  asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Mana compass  hilang,handphone pun takde!)
Perut pun terasa lapar,hari semakin  gelap.. mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Utk  keselamatan masing-masing, Si Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang  seluar dalamnya, manakala Si Abu menyimpan pisaunya di  kocek(poket)seluar jeans nya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut.  Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu  dingin,bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik. Lantas,
"Hoiii!...apa korang buat kat sini? siapa kamu??"
Terkejut betul Si Ahmad dan Abu ni!
Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada Si Abu dan Ahmad.
"Kamu tau tak siapa kami?" kata orang tersebut
Abu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka,ketakutan.
Dengan nada yg marah,orang itu berkata:
"Kami  ialah puak kanibal! kami makan daging orang! Oleh kerana kamu berdua  telah masuk ke kawasan kami (kawasan larangan) maka kamu akan kami bawa  jumpa Ketua kami! Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam!"
Pendek cerita, Si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini.
"BUNUH  MEREKA! REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DI-JADIKAN  PERAHU...HAHAHAHAHA..." arah Ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.
Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea utk melepaskan diri dari Puak kejam itu.
Si  Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini,Abu  sedang dikelilingi orang kanibal.Abu begitu ketakutan sekali!
Si Abu lantas mengambil pisau dibelakangnya dan mengacukan pada perempuan itu,lalu Abu menjerit:
"JGN HAMPIR! KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI!!"
Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut utk melepaskan dirinya.
Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari kearah puak ramai tersebut.
Abu  sudah buntu!Tamat lah riwayatnya kali ini!! Orang kanibal sudah  tersenyum lebar, ada pula yg ketawa sambil cuba menghampiri Si Abu..
"JANGAN DEKAT!!" Ugut Abu kepada mereka!
Lantas, Si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya,
"AKU DAH CAKAP JGN DEKAT! NAH!!....BIAR BOCOR INI PERAHU !!! "
Monday, November 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







2 comments:
oh abu!
abu bakar ali...
Post a Comment