Pages

Free advertising

Wednesday, January 20, 2010

Tambah Senang...Kurang Tenang

Just nak kongsi secebis kisah buat renungan bersama....

Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu bertanya, “Mengapa engkau menangis?”
Anak itu menjawab, “Duit saya hilang.”
“Berapa jumlah duit kamu yang hilang?” orang tua bertanya lagi.
“Lima puluh sen,” anak itu menjawab sambil teresak-esak.
Kasihan melihat budak itu menangis, orang tua itu menyeluk poketnya dan memberikan lima puluh sen kepada anak itu. “Nah, ini ganti duit kau yang hilang. Dah, jangan menangis lagi.”
Dia pun terus berlalu dari situ. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu menagis dengan lebih kuat.
“Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pak cik ganti?”
“Kerana itulah saya menangis. Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, tentu saya sekarang ada seringgit. Tapi sekarang Cuma ada lima puluh sen aja.” Jawabnya dan terus menangis.

Ramai manusia yang tidak syukur dengan yang ada dan tidak sabar dengan apa yang tiada. Jika miskin, ramai yang merintih inginkan kekayaan. Tetapi bila kaya, hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan. Kekadang tambah senang, menjadikan kita kurang tenang.

2 comments:

Wan Munira said...

... bersYukurlah sentiasa...

:) tiap nikmat itu berharGa..

uJianjuGa nikmat. kifarah dusa duSa

nice poSt baba, poSitive mSg

GeNgKaPaK said...

toce2...:D