Pages

Free advertising

Tuesday, June 29, 2010

Kapak Dan Tamak


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu dekat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik itu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari : Kenapa dengan kau ?

Pak Ali : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Tidak.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Tidak, kapak aku buruk sahaja.


Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu, lalu memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.


Pada hari lain pula, Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ini isterinya pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari : Kenapa kau bersedih ?

Pak Ali : Isteriku jatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari : Inikah isteri kau?

Pak Ali : Ya, itulah isteriku.


Pari Pari pun marah, sungguh aku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab " Aku bukan tamak, kalau aku kata tidak pada Christina Aguilera. Kau akan bawakan pula Britney Spears. Kalau aku katakan tidak juga, barulah kau bawakan isteriku. Bila aku kata ya, kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua ".

Monday, June 28, 2010

Benda Tidak Cair


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7 Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kahwin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tahu apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri. Maharaja telah mengistiharkan bahawa, siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kahwin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun duyun lah lelaki datang membawa benda masing masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. Muncul lah lelaki yang pertama

Maharaja : Ha, apa benda yang kau bawa tu ?

Lelaki 1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki 1 : Silakan.

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Cair nampaknya logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri.


Muncul lah lelaki ke 2.

Maharaja : Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu ?

Lelaki 2 : Hamba membawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras di dalam dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja : Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki 2 : Silakan.

Maka puteri itu pun memegang la berlian tersebut. Cair juga berlian itu nampaknya. Kecewa lagi lelaki itu, maharaja dan puteri.


Seterusnya, lelaki lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya. Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa apa pun.

Maharaja : Hey Kamu! Apa yang kamu bawa ? Kenapa datang berlenggang je ?

Lelaki : Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja : Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki : Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini.

Maharaja : Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah.

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak agak sebab puteri tak tahu apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan. Maharaja tanya puterinya.


Maharaja : Anakanda dapat pegang sesuatu ?

Puteri : Dapat.

Maharaja : Benda tu cair ?

Puteri : Tak.

Maharaja : Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta.


Tapi, Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa benda tu tak cair ? Persoalan yang masih belom terjawab oleh Maharaja, jadi di malam perkahwinan maharaja berjumpa sendiri dengan puterinya lalu bertanya

Maharaja : Apa benda yang kamu pegang tadi ? Sudah lama ayahanda fikirkan benda ni

Puteri : Benda itu ialah Coklat M&M... Cair dimulut, tidak ditangan.

Sunday, June 27, 2010

Meniru Semasa Peperiksaan


Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.


Ayah : Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian.

Cikgu : Betul encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah : Apa buktinya ?

Cikgu : Nah, ini buktinya. Kalau encik tak percaya tengok lah sendiri.


Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama : Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia ? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al - Haj.


Ayah : Memanglah jawapan mereka sama, macam mana cikgu kata anak saya meniru ?

Cikgu : Sabar encik, cuba encik lihat soalan kedua.


Ayah Naim melihat Soalan kedua, pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan ? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu 31 ogos 1957. Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca Soalan ketiga : Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka ?


Azim menulis : Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis : Kalau kau tak tahu, aku lagi la tak tahu.

Saturday, June 26, 2010

Cinta Itu Buta


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

" Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu, tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan " kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata " Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang ". Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai untuk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata " Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan ". Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata " Yati, kamu usapkan sudu ini diketiak kamu ".

" Apa apa lah abang ni? " tanya Yati tak faham.

" Sudahlah ikut je lah, untuk kemajuan restoran kita " kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut diketiaknya dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengangkatkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata " Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini……. boleh saya jumpa dia ".

Sesungguhnya Cinta itu Memang Buta

Friday, June 25, 2010

Cuti Sekolah


Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi ke mana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli ?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad ?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu, ok ? Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab.

Adam : Saya nak pergi Matahari.

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana.

Adam : Kita pergi malam.