Pages

Free advertising

Saturday, February 6, 2010

Opah Sakit Lagi?

Semalam adik aku bagi tau opah masuk hospital lagi,kali ni opah sakit ape pulak?rupenye opah terjatuh sebab terlanggar bendul,masa kejadian letrik takde.Lepas solat jumaat aku terus call mak,tanya apa yg dh berlaku.

Kaki opah patah,isnin ni masuk besi.Bile mak aku cakap macam tu je,aku terus terpikir kalau orang muda pun bile kena macam tu tak tahan sakit ni kan pulak opah.Sian opah,moga opah cepat sembuh.

Marilah kite same2 berdoa agar opah aku (Moriam Hasiah bt Hashim) cepat sembuh,aminnn

Thursday, February 4, 2010

Tanda - tanda Kecil Kiamat

Buat renungan bersama :-

1- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

" Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

2- Banyaknya berlaku gempa bumi

3- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

" Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

4- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

5- Berkurangnya sifat amanah

6- Akan terdapat ramai anak luar nikah

7- Orang akan melakukan homoseksual

8- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi

9- Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat

10- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

" Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

11- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

" Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

12- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

" Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

13- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

" Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

14- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

" Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

15- Bulan sabit kelihatan besar

" Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

16- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

17- Menghias masjid dan membanggakannya

" Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai

18- Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

19- Bermaharajalela alat muzik

" Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

20- Penaklukan Baitulmuqaddis

" Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Ferrari Factory









Bile la dapat pakai kereta macam ni...

Saturday, January 23, 2010

Pantang Larang Bakal Pengantin

Pantang Larang Bakal Pengantin mengikut adat Melayu dulu...

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Kebanyakan pantang larang ini tidak diamalkan lagi dan artikel ini hanya untuk pengetahuan dan rujukan sahaja.


P/s : Tapi bagi aku lagi penting kena cari pasangan dulu,kalau tak cmne nak kawen kan..haha

Thursday, January 21, 2010

Rasuk...

Kenapa perempuan Melayu senang kena rasuk?

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...