Sunday, April 18, 2010
Tahanlah Sikit
Ada sepasang pengantin baru berada di bilik pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?"
Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan bilik tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu bilik pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!!!"
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
ceit!
huhuhuh.
seb bek aku tak pkir pape lagik.
huahuahuahuahua
jgn pk lg...bahaye klo dh terpikir..haha
dah terpikir dh..haha :P
tp aku pk lain je...haha
ko pk lagi advance kn..hee..
ngeng~
apekah itu?
sabar jer la...sengal la,x pasal2 dah terfikir lain sebelum ending...
elok la fikir lain...br tau subur ke x...haha
da prnh baca ni
hahahhahahha
malam pertama mmg mcm tu ke?
ngahhahahahahah~
agaknye kot...hahaha
bengong!
hahahha
lawak!!1
jgn aku yg bengong dh la...haha
Post a Comment