Pages

Free advertising

Tuesday, June 29, 2010

Kapak Dan Tamak


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu dekat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik itu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari : Kenapa dengan kau ?

Pak Ali : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Tidak.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Tidak, kapak aku buruk sahaja.


Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari : Inikah kapak kamu ?

Pak Ali : Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu, lalu memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.


Pada hari lain pula, Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ini isterinya pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari : Kenapa kau bersedih ?

Pak Ali : Isteriku jatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari : Inikah isteri kau?

Pak Ali : Ya, itulah isteriku.


Pari Pari pun marah, sungguh aku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab " Aku bukan tamak, kalau aku kata tidak pada Christina Aguilera. Kau akan bawakan pula Britney Spears. Kalau aku katakan tidak juga, barulah kau bawakan isteriku. Bila aku kata ya, kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua ".

Monday, June 28, 2010

Benda Tidak Cair


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7 Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kahwin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tahu apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri. Maharaja telah mengistiharkan bahawa, siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kahwin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun duyun lah lelaki datang membawa benda masing masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. Muncul lah lelaki yang pertama

Maharaja : Ha, apa benda yang kau bawa tu ?

Lelaki 1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki 1 : Silakan.

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Cair nampaknya logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri.


Muncul lah lelaki ke 2.

Maharaja : Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu ?

Lelaki 2 : Hamba membawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras di dalam dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja : Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki 2 : Silakan.

Maka puteri itu pun memegang la berlian tersebut. Cair juga berlian itu nampaknya. Kecewa lagi lelaki itu, maharaja dan puteri.


Seterusnya, lelaki lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya. Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa apa pun.

Maharaja : Hey Kamu! Apa yang kamu bawa ? Kenapa datang berlenggang je ?

Lelaki : Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja : Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki : Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini.

Maharaja : Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah.

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak agak sebab puteri tak tahu apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan. Maharaja tanya puterinya.


Maharaja : Anakanda dapat pegang sesuatu ?

Puteri : Dapat.

Maharaja : Benda tu cair ?

Puteri : Tak.

Maharaja : Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta.


Tapi, Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa benda tu tak cair ? Persoalan yang masih belom terjawab oleh Maharaja, jadi di malam perkahwinan maharaja berjumpa sendiri dengan puterinya lalu bertanya

Maharaja : Apa benda yang kamu pegang tadi ? Sudah lama ayahanda fikirkan benda ni

Puteri : Benda itu ialah Coklat M&M... Cair dimulut, tidak ditangan.

Sunday, June 27, 2010

Meniru Semasa Peperiksaan


Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.


Ayah : Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian.

Cikgu : Betul encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah : Apa buktinya ?

Cikgu : Nah, ini buktinya. Kalau encik tak percaya tengok lah sendiri.


Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama : Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia ? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al - Haj.


Ayah : Memanglah jawapan mereka sama, macam mana cikgu kata anak saya meniru ?

Cikgu : Sabar encik, cuba encik lihat soalan kedua.


Ayah Naim melihat Soalan kedua, pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan ? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu 31 ogos 1957. Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca Soalan ketiga : Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka ?


Azim menulis : Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis : Kalau kau tak tahu, aku lagi la tak tahu.

Saturday, June 26, 2010

Cinta Itu Buta


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

" Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu, tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan " kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata " Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang ". Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai untuk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata " Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan ". Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata " Yati, kamu usapkan sudu ini diketiak kamu ".

" Apa apa lah abang ni? " tanya Yati tak faham.

" Sudahlah ikut je lah, untuk kemajuan restoran kita " kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut diketiaknya dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengangkatkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata " Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini……. boleh saya jumpa dia ".

Sesungguhnya Cinta itu Memang Buta

Friday, June 25, 2010

Cuti Sekolah


Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi ke mana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli ?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad ?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu, ok ? Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab.

Adam : Saya nak pergi Matahari.

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana.

Adam : Kita pergi malam.

Wednesday, June 23, 2010

Nak Kahwin !!


" Abang ni, pakai tu elok elok la sikit " kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya " Cantik isteri abang hari ni " Usin mencubit pipi Liza lembut. " Ayah, ayah, cepat la yah " Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar sabar nak bertolak pulang ke kampung. " Yelah, yelah, ayah dah siap ni " Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak anak mereka yang comel dan manja.

" Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye? ". " Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang " Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. " Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung " Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

" Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni? " tiba tiba Liza terjaga dari tidurnya. " Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti ". " Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa, jangan laju sangat bang, Liza takut " Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

" Rileks Liza, tak ada apa apa " Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was was. " Haaa kan, tengok. Tak ada apa apa kan? " kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. " Sudah la tu bang ". " Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang potong dia aaa " Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.... BANG !!

" Usin... bangun Sin " sayup sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. " Mana Liza mak ? Macammana dengan Liza mak ? Farah, Adi mana anak anak saya mak? " Bertubi tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat tepat. " Macamana dengan isteri Usin mak, Liza? " Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba tiba. Usin terdiam. " Banyak la kau punya isteri ! Kerja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja senja macam ni ! Dah ! Bangun pergi sembahyang! " emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.

Tuesday, June 22, 2010

Apa Hobi Orang Melayu ?


Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak mat saleh mesti nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibu bapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Monday, June 21, 2010

Dah Tua Pun


Hari ini genap umur gua 27 tahun, gua rasa macam muda tapi bila kira kira balik sudah lebih suku abad. Sepatutnya umur macam ni, anak dah bersusun susun. Kereta paling cikai Mitsubishi Lancer, rumah paling kecil banglo 3 tingkat. Kerja tak payah cakap la, boleh jadi CEO dah.

Tapi bila rasa rasa aku boleh mencapai semua tu, sedangkan aku study pun belum habis lagi. Hmmm, tak baik mengeluh. Mungkin ada hikmah disebaliknya, yang gua sendiri tak terfikir pun selama ni.

Doakan gua dipermudahkan segala urusan, aminn..


P/s : Siapa follower yang tak wish gua, siap la gua cari lu orang.

Sunday, June 20, 2010

Erti Politik


Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti politik. Kerana belum memahaminya, dia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti politik itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan " Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan kamu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami ".

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Kerana tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti politik.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, dia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya " Politik adalah hal di mana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang tidak terurus ".

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa


Saiful Mizan bin Sabtu ?
" Saya cikgu "

Mahadzir Bin Isnin ?
" Saya cikgu "

Rohaizad Bin Jum’at ?
" Saya cikgu "

Kedua dua insan di atas adalah antara kawan kawan sekolah yang mempunyai kes yang sama seperti Hasan (bukan nama sebenar) iaitu nama ayah yang terdiri dari HARI yang wujud dalam seminggu.

Hasan dan kawan kawannya itu tidak pernah menyesal dengan nama yang kadang kadang di ejek oleh rakan sekolah yang lain kerana memang kita orang tidak pernah memikirkan hal itu secara mendalam. Biasalah budak, apalah sangat yang difikirkan.

Ayah pun mempunyai pendirian yang sama. Ayah selalu berpesan supaya " pedulikan dengan cakap orang. Kalau kita susah bukannya ada yang nak tolong pun. Lagipun kalau asyik dengar cakap orang, sampai bila pun kita tidak akan ke mana ". Hakikatnya sampai besar sehinggalah sekarang, Hasan (bukan nama sebenar lagi) masih pegang kata kata ayah tu.



Takut Bini


Seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, lelaki sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja : Wahai sekalian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah ke semua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati) : Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja : Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki : Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja : Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki : Tuanku lah kemari.

Titah Raja : Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati) : Tak apa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja : Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki : Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja : Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki : Sebenarnya tuanku, Isteri patik telah berpesan kepada patik supaya, tunggu di tiang ini dan jangan ke mana mana sehingga dia datang.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

Thursday, June 17, 2010

Salah Tafsir


Suatu pagi yang indah dekat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing masing berisi dengan air mineral dan arak.

" Cuba perhatikan murid murid, lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul betul, jangan cuba jeling jeling kawan disebelah ".

Semua mata tertumpu pada kedua kedua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang berenang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

" Baiklah murid murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi? "

Dengan penuh yakin anak anak muridnya menjawab " Untuk mengelak badan dimasuki cacing, minumlah arak "


P/s : Cakap biar terang, dapat tahu siapa minum arak gua tembak

Wednesday, June 16, 2010

Tingkap Pecah


Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut " Ayah saya akan datang dan membetulkan tingkap yang pecah tadi "

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut " Maaf. Saya mahu membetulkan tingkap puan "

Wanita itu pun mempersilakan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata " Bukankah anda ayahnya? "

Lelaki itu pun berkata " Apa, bukankah puan ibunya? "

Tuesday, June 15, 2010

Hilang Burung


Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

" Siapa di sini yang ada burung? "
Seluruh penduduk laki laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
" Bukan itu maksud saya ".

Lalu di ajukan soalan yang lain.
" Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung? "

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung
" Maaf, bukan itu maksud saya "

Sekali lagi dia cuba bertanya
" Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya? "

Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi
" Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya? "

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri dan seorang wanita yang lain turut sama berdiri, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tua itu pun cabut lari
" Menyesal tanya " bisik hati kecilnya.

Isteri Menuntut Hak


Satu seminar diadakan oleh kumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing masing. Beberapa orang dijemput berucap menceritakan pengalaman mereka.

" Saya memberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. Pada malam pertama saya tidak nampak apa apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang dari pejabat " kata wanita pertama. Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.

Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya " Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiap hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketiga barulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah ". Sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan

" Saya Affa " kata wanita ketiga. " Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiap hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh " katanya. Penonton tetap bersemangat mendengar. " Pada hari pertama, saya tidak nampak apa apa perubahan. Hari kedua juga tidak nampak apa apa. Mujurlah hari ketiga saya mula nampak sikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami " katanya. Dewan itu tiba tiba sunyi dan penonton melopong.

Monday, June 14, 2010

Kuda Raja


Di dalam sebuah negeri adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai gila, suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi lagu Hattan dia nyanyi.

Itu pasal lah raja ni sayang sangat dekat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja ni seorang saja. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian, makin egolah raja seorang ni. Tiba tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut lalu bertanya,

" Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak? "

Maka dengan selambanya budak tu berkata " Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk ". Lalu blah sambil mengira ngira wang yang dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan.

" Kali ni beta pasti tidak ada siapa pun yang akan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya " katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu, ramailah rakyat keluar hendak melihat siapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya. Raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba tiba datang lagi budak kecil tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata " Cubalah kalau boleh ".

Budak kecil ni pun pergi dekat kuda tu lalu berbisik dekat telinganya. Dengan tak semena mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecil tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya " Beta nak tahu, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya? "

Dengan selambanya budak tu menjawab " Nak kena jentik lagi? "

Sunday, June 13, 2010

Menyamar


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan, pemain pemain bolasepak Kampung Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi, berjalan jalan ke kedai di kampungnya. Tiba tiba seorang nenek menegurnya " Hey Hashim "

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab.

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek yang sama. Dalam hatinya berkata " Dia takkan mengenali aku lagi "

Tiba tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat " Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya? "

Nenek itu menjawab " La engkau ni, ini aku la. Roslan! "

Saturday, June 12, 2010

Tersalah Rendam


Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh ?

Bomoh : Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.


Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat ?

Pemuda : Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja ?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan ?

Pemuda : Sudah tok. Tiap tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : Mustika Ratu - Slimming Tea tok

Friday, June 11, 2010

Loceng Misteri


Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang di sana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.

Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yang berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yang ditugaskan untuk menolong keluarga miskin seperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yang berisi loceng kecil.

" Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1 juta dollar " jelas Tajudin.

" Ah ? Dapat duit 1 juta ? Kelakar ke apa ? Ko ingat kita ni budak budak ye? " Majid bersuara.

" Saya cakap benar, kalau awak hendak kan 1 juta dollar, awak bunyikan saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu tapi di saat awak bunyikan loceng itu, seseorang yang awak tidak kenali akan mati " sambung Tajudin lalu beredar dari situ.

Ni dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia orang bertengkar lagi. Majid nak buang saja kotak itu, sementara si Salmah seboleh boleh suruh laki dia bunyikan loceng di dalam kotak itu.

" Awak ni kan, percaya ye dengan kata kata si Tajudin tadi? "

" Abang ni, cuba sajalah. Mana tahu apa yang dicakapkan tu benar, kita akan kaya bang " balas Salmah.

" Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini. Habis nanti ada orang yang akan mati tau, tak ke kita ni jadi pembunuh? "

" Alah abang ni, hari hari ada org matilah. Lagi pun kan encik Tajudin tu cakap orang yang akan mati ialah seseorang yang kita tidak kenali, alah bunyikan je lah "

Atas desakan si isteri, Majid akhirnya membunyikan loceng itu. Setelah dibunyikan mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada apa apa yang berlaku.

" Tak ada apa apa pun ? Kan saya dah cakap, ni tipu je. Sudahlah, buat buang masa aku je " keluh Majid sambil mencampakkan kotak itu ke tepi.

Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka.

" Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri awak wang tunai 1 juta dollar ini " sambil memberi beg berisi wang kepada Majid dan Salmah.

Mereka laki bini terperanjat berok, tak sangka yang mereka benar benar mendapat wang 1 juta dollar itu. Bukan main happy lagi dia orang ni.

" Boleh saya ambil semula kotak yang saya berikan semalam? " Tajudin bersuara.

" Oh boleh boleh " balas Majid sambil memberi kotak berisi loceng itu. " Betul ke ada orang yang mati bila kami bunyikan loceng ini? "

" Ya betul, orang itu sudah pun mati. Tapi jangan bimbang orang yang mati itu adalah seorang yang tidak anda kenali " jawab Tajudin

" Apa yang anda ingin buat dengan kotak ini? " tanya Majid lagi.

" Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi keluarga yang susah dan saya akan berikan syarat yang sama juga seperti saya berikan pada anda " jawab Tajudin.

" Wah bertuah lah keluarga tu ye ? Siapa agaknya yang encik Tajudin ingin berikan? " tanya Salmah

" Oh jangan bimbang. Saya akan berikan pada seseorang yang tidak anda kenali " jawab Tajudin lalu beredar dari situ.

Penimbang


Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi. Tiba tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.

Seorang petugas klinik itu melihatnya, menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.

" Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi " kata perempuan tersebut.

" Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan Ibunya naik ke atas alat timbangan ini, lalu dicatatkan berapa angkanya. Setelah itu Ibu pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya. Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu, angka pertama ditolakkan dengan angka kedua. Itulah berat bayi " kata petugas Klinik tersebut.

" Tapi rasanya masih tidak boleh " kata si perempuan.

" Kenapa? " tanya petugas kehairanan.

" Kerana saya bukanlah Ibunya, tapi pengasuhnya "

Wednesday, June 9, 2010

Perlukan Pendapat


Aku sekarang dalam dilema, bengang, tension, beku otak semua ada. Tiap orang ada masalah, sebenarnya aku tak suka sangat nak kongsi masalah dengan orang lain. Tapi aku perlukan pendapat untuk aku terus usaha settle kan masalah ni.

Selama ni entry aku semua berunsurkan lawak, kelakar, ayat gila gila. Tapi tak aku nafikan, aku juga ada masalah macam orang lain. Cerita dia macam ni

Pada 01.04.2009 aku telah berkenalan dengan seseorang di satu laman sosial friendster, pada mulanya aku berkenalan disebabkan dia ni asal satu kampung dengan aku di Royal Town. Tujuan aku berkenalan dengan dia ni, bukan untuk hendak mengorat ke apa. Mana la tahu dia ni saudara aku ke kan.

Tapi perkenalan kami hanya di friendster sahaja, selepas itu melalui YM. Tapi aku buat macam biasa sahaja, sebab niat memang hendak berkawan. Aku selalu kutuk kutuk dia, marah marah dia. Tapi dia ni cool, sampai aku ada masalah dia lah yang tenang kan aku. Lama kelamaan aku mula jatuh hati dekat si dia, baru juga aku tahu dia ada menaruh hati dekat aku.

Tak silap 13.09.2004 aku putuskan untuk declare, ambil berkat bulan puasa la katakan. Pada mulanya aku cakap dekat dia kita jangan sayang antara satu sama lain 100%, sebab kita tak tahu apa akan terjadi lepas ni. Tapi hari demi hari, sayang dan cinta aku dekat dia makin kuat begitu juga dengan si dia.

Aku tahu yang si dia ni ramai peminat, sampai kadang kadang aku tak boleh tahan cemburu aku ni. Tapi dia selalu yakin kan aku, walau apa pun terjadi dia akan tetap sayang aku seorang. Mana tak jelous kalau orang yang kita sayang kena kacau dengan mamat lain, kucing betina kena kacau dengan anjing pun kucing jantan boleh jelous. Ini kan manusia macam aku ni yang ada hati dan perasaan

Perjalanan hidup kami sentiasa bahagia, gaduh gaduh kecil tu biasa la. Itu pun disebabkan ada orang yang cuba nak mengorat dia. Nak dikatakan aku sungguh sungguh dengan dia, aku suruh family aku ziarah dia dekat rumah. Untuk lebih kenal mengenali, dalam masa yang sama family dia ada juga datang ke rumah aku. Hanya ayah dia seorang sahaja yang belum family aku tengok, aku pun belum berkesempatan hendak menelefon ayah dia.

Ayah dia ni tegas sikit, memang tak akan kasi anak anak dia bercinta di waktu tengah belajar. Jadi itulah sebabnya si dia tidak mahu aku untuk mengenali ayah dia ni, ada juga dia ceritakan yang ayah dia telah menolak hampir 20 lamaran. Dengan atas alasan dia masih belajar, jadi bagi mengelak perkara yang sama terjadi dia galakkan aku cuba rahsiakan hubungan ini dari ayahnya.

Seminggu yang lepas, aku dapat rasakan kelainan pada diri si dia. Aku cuba tanya kan apa masalah, dia cuma cakap tunggu aku habis exam. Ahad lepas aku last paper, habis je exam aku terus telefon dia bertanyakan apa masalah yang telah berlaku.

" Dua hari lepas ada orang telefon abi, dia cakap nak masuk meminang. Abi terus terima " ayat yang keluar dari mulut si dia. Aku terus termenung beberapa saat kemudian " Siapa budak tu? " soalan yang muncul dari mulut aku.

" Kawan lama, tak tahu la bila masa dia boleh suka " jawab si dia. Penat nak buat dialog sampai habis. Senang cerita macam ni la, si dia ni telah cuba yakin kan ayah dia yang dia suka kan aku. Dan telah cuba bagi tahu mamat tu yang dia ada aku, tapi mamat ni betol betol tak faham punya orang.

Si dia ni sudah 4 kali kena marah dengan ayah dia, sebab melawan cakap. Sampai aku minta tolong family aku lagi, tapi family aku tak boleh nak buat apa apa. Lain lah kalau pihak si dia ni suruh masuk meminang.

Yang menjadi masalah dan serabut kepala otak aku ni, macam mana aku nak settlekan masalah ni ? Aku kesiankan si dia, sebab banyak kerja yang dia patut lakukan. Semalam aku tengok dia menangis lagi, aku tak boleh tengok dia menangis.

Masalahnya aku dengan dia jauh, dan waktu sekarang memang aku tak boleh balik ke Malaysia lagi. Sebab aku perlu tunggu result keluar

Adakah aku perlu ambil hati ayah dia ? Cara yang macam mana aku harus ambil hati ayah dia ? Sedangkan ayah dia sudah terlalu percayakan mamat tu. Ayah dia ni tegas orang nya, tidak ada siapa yang boleh membantah apa yang ayah dia katakan. Mak dia pun tak boleh nak berbuat apa apa, sudah dipujuk tapi ayah dia tetap dengan pendiriannya.

Si dia sms aku semalam, yang mengatakan mamat tu dengan ayah dia telah plan untuk tunangkan dia bulan 9 ni.

Aku pening ni wei...arghhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sumbangan


Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.


Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok. Pagi pagi datang ke mari ?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil. Bagi kemajuan kampung ini juga.

En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya ?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu saya tak tahu pulak

En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan ?

Tok Penghulu: Kalau begitu saya minta maaf.

( sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah )

En Lamin: Apa tok juga tahu kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 orang anaknya tanpa harta dan warisan ?

Tok Penghulu: ( sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf ).

En Lamin: Jadi, pendek kata. Mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan pada tok.

Tuesday, June 8, 2010

Tiket Keretapi


Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di German dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

" Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket? " tanya salah seorang lelaki Pakistan. " Lihat dan belajar " kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah ditetapkan sedangkan ketiga tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata " Tolong bagi tiket ". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki lelaki India itu memang bijak.

Jadi selepas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki lelaki India langsung tidak membeli tiket.

" Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket? " tanya salah seorang lelaki Pakistan.

" Lihat dan belajar " jawab lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas di mana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata " Tolong bagi tiket ".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan kawannya sedang menunggu.

Monday, June 7, 2010

Jam Tangan


Saupi menaiki kereta api ke KL. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yang ramai tu ada seorang tua yang duduk disebelahnya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saupi bertanya kepada orang tua tersebut " Pakcik, sekarang pukul berapa? "

Orang tua tersebut tidak menjawab. Saupi fikir, mungkin orang tua ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata. Saupi dengan agak geram mencuit orang tua tersebut dan berkata " Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya? "

Orang tua itu menoleh sambil berkata " Bukannya saya tak mahu jawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab tetang lain lain perkara pula. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra ".

Saupi termanggu mendengar kata kata orang tua itu. Terus dia bertanya lagi " Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra? "

Orang tua itu menjawab " Apabila kita bertambah mesra, nanti apabila sudah sampai ke stesen, nanti kita akan turun bersama bersam. Saya nantinya pasti akan memperkenalkan kamu kepada anak gadis dan isteri saya yang datang menjemput saya ".

" Isteri saya orangnya baik sekali. Takut nanti dipelawanya kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya. Kami juga akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama lama kamu akan menjadi menantu saya " katanya lagi.

Saupi menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya " Pakcik, apa hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama tadi ? Saya cuma nak tahu sekarang ni pukul berapa sahaja, yang pakcik melalut sampai macam ni sekali kenapa? "

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang " Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERR! "

Jauh sungguh pemikiran orang tua ni. Sungguh futuristik!


Sunday, June 6, 2010

Lewat 4 Bulan


Di dalam sebuah taman, ada sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suaminya dengan nada manja dan berkata " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pergi check dekat doktor ".

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker? ". " iya, saya ni isterinya. ada apa encik ".

Pegawai TNB tu pun berkata " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti bos saya marah ".

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu " APA ? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat? "

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online ".

Kata kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut " APA ? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan " Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan ".

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke pejabat TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik dan berkata " Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke ? Bisness apa korang buat ni ? Nak kena saman ke? "

Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan " Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je ".

Kata kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang " APA ? Nak bayar korang ? belah lahh ".

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya ........... "

Si Mahpus mencelah " Apa ? Potong ? Habis tu isteri saya di rumah nak pakai apa ?

Pegawai TNB tu pun cakap " Nampak gayanya, ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN SAJE LAH ".

Friday, June 4, 2010

Lebai Malang


Aku lambat bangun !! Ya Allah, hari ni ada presentation dekat tempat kerja aku. Boss aku semua ada, kalau aku lambat, abis lah karier aku kali ini. Aku bergegas ke bilik air nak gosok gigi. Mana colgate ? alamak !! colgate lupa nak beli, macam mana ni ? Takkan nak gosok gigi tak pakai colgate ? Mulut aku kalau pagi pagi berbau tak agak agak, bangkai tikus lagi wangi. No time to buy, terpaksa gosok gigi pakai shampoo.

Aku bilas je badan, takda gosok gosok, sabun pun aku skip. Lepas mandi aku pakai baju, cari baju kemeja lengan panjang biar smart sikit. Takda baju yang dah digosok, semua baju aku ronyok macam kertas kene gomol. Orang dah lambat ni, terpaksalah gosok baju kejap. Aku cari seterika tak jumpa, ada dekat dalam bilik adik aku. Aku ketuk pintu bilik dia, tak bukak. Aku terai buka pintu tapi terkunci. " Hoi Leman, buka pintu ni lah !! Aku nak amek seterika, kau nak simpan itu seterika sampai kiamat ke pe ? Bukaklah cepat, Aku dah lambat nie ". Adik aku kalau dah tidur macam orang mati, susah nak sedar, aku ingat kalau dia mati betul betul pun orang ingat dia tido. Akhirnya dapat jugak aku seterika tu.

Pager aku berbunyi. Opis aku yang page, dia letak 999, urgent lah tu. Aku tipon balik, diorang semua cari aku. Aku cakap aku overslept, aku on the way, kejap lagi sampai. Aku pakai baju yang baru aku gosok, eh apesal kecik ni ? Ler, aku tersalah gosok baju rupanya. Aku tergosok baju adik aku. No time, aku pakai T-shirt polo, at least takyah gosok. Berdesut aku keluar rumah tunggu teksi. Sepuluh minit aku tunggu teksi tak datang datang, akhirnya ada kosong, aku tahan, teksi stop. And at that very moment aku teringat yang beg berisi surat surat for the presentation tertinggal kat rumah, aku suruh dreba teksi tunggu sekejap, dia kata ok sementara tu aku berdesut balik ke rumah. Bila aku patah balik, itu teksi dah takda... .aarrgh hampeh tul.. so tunggu teksi lain lah. Pagi pagi memang susah nak carik teksi, kalau naik bas sudah terang terang tak sempat.

Terpaksa la aku gi naik bas, ramai gilos. Macam sarden aku kat dalam. Drebar bas tuh pulak bawa punya la slow... approaching trefik light dia bawak lagi slow, dari jauh aku nampak lampu merah, lepas tu tukar hijau, bila bas dah nak dekat itu trefik light, dia tukar merah balik, bas pun berenti lah, aku punyer bingit. Aci kat sebelah aku plak tertido, kepala dia terlentok kat bahu aku, lepas tu meleleh leleh air liuh dia kener tangan aku. Arghhh... bau kari, ni mesti baru sarapan prata ni, macam nak kasi satu kompang je. Orang makin berasak asak, sebelah aku ada perempuan mengandung. Dah sarat benar aku tengok, dalam hati aku dia ni perut dah macam ni punya besar pun masih naik bas lagi, naiklah teksi. Kang terberanak dalam bas kang tak ke haru jadinya ?

Aku pun bangunlah kasi dia duduk, bila aku bangun je, tu aci punya kepala sudah jatuh itu kerusi punya atas jugak, dia terperanjat, apa taknya tengah tido syok syok kat atas bahu aku, padan muka dia. Tu perempuan mengandung tak nak duduk plak, ek eleh dia ni macam aku nak tempeleng je. Orang dah kasi duduk tu duduk je lah. Jadi aku duduk balik lah, aci tengok aku sambil tersenyum, dia sambung tido kat bahu aku, siol punya keling, satu kali punya tepuk putih nanti.

Perkara yg amat ditakuti terjadi juga, trefik jam. Nak terkencing aku dibuatnya, entah dah berapa ribu kali aku asyik pandang jam tangan aku. Why ? Why must this happen to me today ? Aku dah penik rabak, Tuhan saja yang tahu macam mana punya berkecamuk hati aku di saat ini. Pager aku berbunyik lagi 999! Nak call balik ke tak nak ni ? kalau call balik gerenti aku kena maki punya. Habislah aku punya promotion, argghhh ! Aku keluarkan aku punya handphone. Mesti nak call baliklah, aku akan explain the whole situation, hopefully boss aku understand. " Hello... Mr Ng, this is Malim. I'm still stuck at this ". "Malim !! Where the hell are you, the whole dept is looking for you, boss will be here any moment u know ". Tepon aku tiba - tiba termati, battery flat la pulak. Aku punya supervisor mesti ingatkan aku letak tepon, arghhhh. Habis lah aku ! Ni apek dekat depan aku asyik perhatikan aku dari tadi, muka macam LKY. Aahh... buat bodoh sudah.

Aku pun turun dari bas yang dari tadi tak bergerak gerak, dekat depan tu ader kedai basikal, aku beli basikal dan berdesut ke opis. Sampai jugak aku kat opis, aku lari naik tangga menuju ke main entrance, at the same time ada orang nak keluar BEDEBOOOOKKK !! Aku tergolek jatuh dari tangga, hidung berdarah, fail dan kertas kertas semua berterabur. Aku pungut balik semua kertas kertas, ada yang melayang sampai dekat tengah jalan.

Aduuuhhhhhhhh... tensen nyer aku !! kereta semua horn kat aku. PON !! PON !! PON !! sebab aku kutip kertas kertas dekat tengah tengah jalanraya. Pager aku berbunyi lagi BEEP !! BEEP !! BEEP !! Orang pekik " HOI !! CLEAR THE ROAD LAH ! ".

Cuaca panas gila, aku dah berpeluh peluh. Dapat juga semua kertas kertas yang berterabur tu. Aku masuk ke opis, semua orang tengah dok kumpul, tengokkan aku yg baru masuk. Hidung berdarah, baju basah, seluar terkoyak sikit, kertas kertas dalam beg tak terurus. Rambut ala ala allycat pulak tu. Tengah kalut kalut, datang supevisor aku. " Ahhhhh Malim, boss is on MC for three days. The presentation postponed to next week ". Arrggghhhh !!! aku rase macam nak sumbat je mulut dia dengan mop.

Wednesday, June 2, 2010

Free Gaza


Rasanya sungguh tidak berperikemanusiaannya aku, kalau tidak ada langsung post mengenai isu terbaru sekarang ini. Palestin, negara Islam yang terdapatnya masjid nabawi. Sekarang apa sudah jadi ?

Memang ramai yang benci Israel laknatul Allah tu, termasuk juga aku. Tapi adakah sekadar benci dari penulisan sahaja ?

Tengok sendiri lah gambar gambar dekat bawah ni, sekurang kurangnya akan lebih timbul perasaan benci korang terhadap Israel ni.



Bila aku boleh sekuat ini ?



Misteri Nur


Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan pelbagai cara buruk seperti santau dan lain lain. Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh officemate aku sewaktu ketika dahulu.

Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri kira kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia. Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja eksekutif. Gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani sahaja.

Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit.

Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah. Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing pusing dan berdenyut denyut sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar pinar.Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik.

Kadangkala Nur tiada langsung selera makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah olah ada sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama. Keganjilan selera makan Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood, tiba tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood. Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang dan baik hati berubah kepada seseorang yang sering marah marah. Selain itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya gelisah terutama pada waktu malam. Rakan rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang, lantas mengesyorkan suami Nur supaya membawa Nur berjumpa bomoh.

Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur tiada apa apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil tidak mahu membawa Nur pergi berubat, amat mengejutkan rakan rakan sepejabatnya. Di atas rasa simpati, rakan rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur. Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Nur terkena buatan orang. Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi.

Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini persoalan mereka mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri ?

Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri. Mana mungkin rawatan moden juga memberikan jawapan tersebut.

Tapi ye lah, memanglah Nur terkena buatan orang. Dia disahkan mengandung 2 bulan, betul lah Nur terkena buatan suami sendiri.

Cuti cuti Malaysia


Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tidak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

" Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul ini jalan Pasir? "

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab " ha'ah "

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.


Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya.

" Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir? "

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab " Benar "

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ' benar '.


Namun kerana budak remaja itu mengangguk juga, dia yakin yang jawabannya adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa. Lalu pelancong itu segera bertanya

" Maaf encik, saya tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir? "

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab " Betul "


Akhirnya pelancong itu merasa puas, tapi masih kehairanan. Lalu untuk menghapus rasa keraguannya, dia bertanya lagi.

" Saya keliru. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ' ha'ah '. Lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ' benar '. Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ' betul ', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul? "

" Oh, itu maksudnya sama saja. Kalau yang menjawab ' ha'ah ' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah saja. Kalau yang menjawab ' benar ', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah dan kalau yang menjawab ' betul ' itu pastinya orang itu ada sarjana " jawab orang dewasa itu.


" Jadi. Anda tadi menjawab ' betul ', bererti anda seorang sarjana ya? " tanya Pelancong lagi.

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab " ha'ah ".

Tuesday, June 1, 2010

Akibat Buang Kucing


Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar. Seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing, macam binatang tu paham pula bahasa manusia.

Suatu hari tanpa pengetahuan adik adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah. Pelik sungguh !

Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 km dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain main dengan adik adiknya di halaman rumah !

Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah.

Akhirnya tanpa pengetahuan adik adiknya di suatu malam, dia memutuskan untuk memandu keretanya sejauh 20 km, lalu belok ke kanan, belok ke kiri, menyusuri lorong lorong mati, merentasi jambatan, terowong, jalan separuh siap sehingga ke suatu tempat yang dianggapnya jauh sekali dari rumahnya. Lalu dia meninggalkan kucing itu di sana.

Beberapa jam kemudian Si Abang menelefon adiknya dan bertanya tentang kucing yang telah di buangnya " Kucing engkau orang ada kat rumah tak? "
" Ada je, pasal apa abang tanya? " jawab salah seorang adiknya melalui handphonenya.

Dengan nada kecewa Si Abang menjawab " Bagi telefon pada kucingmu . Abang tersesat ni, nak tanya kucing tu macam mana jalan balik rumah! ".