Pages

Free advertising

Thursday, April 29, 2010

Zoo


Seorang tuan punya ZOO risau gorilanya mati, kerana dia ada tarikan paling kuat di Zoo tersebut. Suatu hari dia mencari akal dengan meminta seorang pemuda bernama Jebon bekerja untuknya dengan memakai pakaian menyerupai gorila dan duduk dalam kandang.

Apa lagi Jebon dapat good offer, lalu dia terima lah. Untuk menujukkan dia benar benar seekor gorila, dia pun bergayut gayut di keliling kandang. Tiada seorang pun perasaan bahawa dia adalah gorila palsu.

Suatu hari dia memanjat kandangnya dengan lebih tinggi hingga masuk ke kandang sebelah, kandang harimau pulak tu. Orang ramai yang menyaksikan bersorak lebih gemuruh, kelihatan harimau sudah mula naik minyak.

Tiba tiba gorila tersebut tergelincir dan jatuh, ke kandang harimau. " habis la aku " keluh Jebon dalam hatinya.

Harimau pun mendekati gorila berkenaan dan menindihnya, Gorila tersebut menjerit Tolong....Help....Tolong.... Suasana semakin gamat kerana orang ramai mahu melihat bagaimana gorila berjuang menentang harimau.

Tiba tiba harimau menutup mulut gorila berkenaan dan berkata " Woooii, diam laaa.... Kau nak kita sama sama kena buang kerja ke? "

4 comments:

nanad said...

terdesak sungguh tuan punye zoo tuh .. hahah

GeNgKaPaK said...

besa la...nk save bajet..

Reen said...

hahahah.
ceit!

GeNgKaPaK said...

aku cdg kn ko jd kucing siam kt zoo nnt...ok x?haha