Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam kabutlah si menantu tu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap sahaja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua yang di atas ribanya itu mengucap. Dia pun tak tahu nak buat apa, sampai isterinya pun tolak tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gelabah itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."
Tuesday, April 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hak2 xle blah..
xD cmtuh ker der ajar orng mengucap XD
hahaha.
nape mak mertua die tak ajar laki die mengucap jek??
fakhrur razi - sbb die tgh cuak kot..haha
reen_sofee - klo gitu mau die lempang mak mertua..haha
Post a Comment