Pages

Free advertising

Wednesday, April 28, 2010

Kubah Masjid


"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang dekat mak, emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid, jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet, kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib, tapi abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata aku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari aku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu abah dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah, mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya abah.
" Lailatul qadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

" Berapa lama kau tak ke masjid!! ? " Tidak pasal pasal aku kena marah, rosak pengalaman suci aku ni.
" Dia orang tengah renovate masjid la, bumbung masjid bocor. Pasal tu kubah dia orang angkat letak dekat tanah, itu la orang suruh pergi masjid ko merewang. " sambung abah lagi.

Kadang kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi, aku cuma pulang untuk cuti raya je.

No comments: