Pages

Free advertising

Friday, April 16, 2010

Catatan Harian

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami. Jadinya kena selalu berfikiran positif, barulah tercipta rumahku syurgaku. yeahh!!


BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh, sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan kawan, sehingga mungkin dia kesal kerana aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap pun.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah, dia jawab "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal, dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan aku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, aku katakan aku mencintainya. Dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu, aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya di rumah, aku merasa kehilangan dia dan seolah olah dia tak menghendaki aku lagi. Dia hanya duduk dan menonton depan TV, dia terlihat jauh dan menghilang.

Akhirnya aku putuskan untuk tidur, lebih kurang 10 minit kemudian. Dia masuk ke bilik tidur, aku tak tahan lagi. Aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur, aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.



BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini ARSENAL kalah. Hampehhh!!!

5 comments:

nanad said...

HAHAHA XD

GeNgKaPaK said...

pmpuan mmg suke membebel kot..haha

Reen said...

pompuan memang suke berfikiran jauh.
padahal benda nye sket jek.
fikir sampai mane ntah.
hahaha

GeNgKaPaK said...

lg 1 suke ungkit..haha..bnd kck jadi besar..

zayani Halil said...

bila pempuan buat camtu pulak cmne?mesti best kn?