Pages

Free advertising

Friday, March 26, 2010

Kasih lll

( iv )

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu...

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
Kekadang disergahnya kita
Ketika keringat masih membasah
Baru menjengah pintu rumah...

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan...

Lalu datang teguran
Amaran dan peringatan
Secara ‘indirect’ dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah...

Sebaliknya
Jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah baik baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah
Mustika kata dalam kitab kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga makan minum kita
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? “


( v )

Marilah sama sama kita tabur secubit salji pada segenggam api
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
Walaupun sudah berdekad dekad usianya...

Institusi ini adalah kubu terakhir kita
Marilah kita pertahankan bersama si dia
Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
Biar setia kita makin waja
Biarlah skrin skrin internet atau inranet memaparkan yang indah indah
Pantulan seri rumah tangga kita...

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
Atau kad ulang tahun perkahwinan
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti...

Aku hanya seorang suami
Yang menerima setulus hati seorang isteri
Janji yang termeterai
Di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Biar kita rasa
Rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya...

Isteri
Tidak kutagih setia
Sesetia Hawa
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku
Di sudut tersuci di dalam hatimu
Seorang isteri...


Hanya untuk yang dah berkahwin sahaja
Yang belom, kahwin lah cepat cepat

No comments: