Bumi Anbiya`, Auliya`dan Ulama`...
Tidur aku terganggu bila kedengaran suara bising ketika dalam perjalanan menaiki pijot dari Zaqaziq ke Kota Kaherah,rupa-rupanya pertengkaran di antara pemandu dan penumpang disebelahnya. Aku cuba untuk melelapkan mata kembali,namun kornea sudah enggan untuk menyambung tidur semula. Cuping telinga tercari-cari apakah butir yang menjadi masalah antara mereka sambil hati cuba menahan geram dan sabar.
Bumi mesir, siapa diantara kita yang tidak maakruf? Perkara yang kecil pun nak dibesar-besarkan, dan masalah yang dibesar-besarkan itu pula pertengkaran dan pergaduhanlah menjadi penyelesaiannya. Itulah satu diantara keburukan mereka sambil fikiran ini terus berputar mencari seribu satu keburukan kaum arab mesir sepanjang perjalanan tersebut.Lihat sahaja zuruf sekeliling,jauh sekali bezanya dengan Malaysia, tanahairku, infrastruktur, kemudahan,perkhidmatan,segala-galanya berbeza.
Namun ketika fikiran aku terus mencari kesalahan dan keburukan,aku teringat pepatah yang mengatakan ‘ dalam setandan pisang tidak semuanya yang busuk’ menyedari hakikat diri yang suka mencari kesalahan orang lain, hati cuba menilai kembali lupakah diri akan kebaikan dan kelebihan yang tersirat disebalik seribu satu keburukan tersebut. Sudah hampir 6 tahun meninggalkan bumi Malaysia,apakah diri ini sudah mencari dan mendapat segala yang diazamkan sebelum menjejakkan kaki di bumi Anbiyak ini?Inilah yang cuba dicoretkan,kebaikan dan kelebihan yang tersembunyi
Selayang Pandang
Mesir,sebuah Negara berkeluasan 1.002.00.km2 termasuk diantara Negara yang penyebaran penduduknya paling tidak merata di dunia,di mana 99% penduduknya tinggal berdesakan pada sekitar 4% dari seluruh luas area(sepanjang sungai Nil). Puncanya sudah tentu kerana 96% wilayahnya terdiri dari padang pasir yang gersang.Penduduk dinegara ini sudah mencapai ke angka 68.5 juta jiwa manusia,dengan kepadatan penduduk 62 kilometer persegi.
Negara yang menaungi 26 buah negeri ini terletak antara benua Asia dan Afrika,namun dunia lebih cenderung untuk melabelkannya sebagai sebuah Negara yang terletak dibenua Afrika, kerana lebih 90% kawasan daratanya berada di Afrika. Posisi Mesir yang berdekatan dengan benua Asia dan bertentangan dengan benua Eropah memang kelihatan strategik,disebelah utara bersempadan dengan laut Mediterranian,manakala dibahagian Selatan pula bersempadan dengan Negara Sudan,dibahagian barat dengan Libya dan disebelah Timur dengan Laut Merah dan Israel.
Sejarah
Khazanah peradaban masa lampau sememangnya telah mengangkat Mesir ke pentas sejarah dunia.Negara yang berada di sudut benua Afrika ini nampak biasa saja seperti Negara-nagara membangun yang lain,namun kekayaan budaya dan warisan sejarah yang dimilikinya telah menjadikannya sebuah Negara yang sungguh luar biasa. Sememangnya kita sering mendengar ungkapan Misr Umm al-Dunya,Misr Umm al-Hadharat dan sebagainya. Menyelusuri sejarah peradabannya yang telah bermula sejak 3200 SM,yang mana dimulai dari Pharaonic, Hellenistic,Romawi dan seterusnya tamadun Islam.Tempoh masa ketika berlakunya Tamadun Pharaonic sahaja sehingga tahun 332 SM atau lebih kurang selama 2800 tahun,yang mana telah diperintah oleh 330 firaun yang terbahagi kepada 30 Dinasti dan melewati 7 zaman.
Peradaban Islam pula telah mengubah corak tamadun Mesir ketika Amru bin Asr berjaya memasuki Mesir melalui Syiria pada musim dingin tahun 639 yang mana empayar Islam ketika itu dipimpin oleh Khalifah Ummar bin Khattab.Selama di Mesir,pasukan Islam dapat diterima secara damai oleh masyarakat Mesir yang majoritinya beragama Kristian Katolik dan sekelompok Yahudi,ini kerana islam sangat bertoleransi dalam beragama,dimana umat Kristian ketika itu diberi kebebasan untuk menentukan pendetanya bernama Benjamin.
Setelah itu,di atas perintah Umar bin Khattab,didirikanlah sebuah kota yang menjadi ibu kota kekuasaan islam di mesir,Fusthath.Secara ringkasnya,Mesir ketika itu bernaung dibawah Khalifah Madinah.Lalu berada dibawah kekuasaan Empayar Ummayyah yang berpusat di Damaskus,dan terakhir Abbasiah di Baghdad.Sejak itu mesir telah diperintah oleh 80 gabenor,tetapi hanya 2 Khalifah sahaja yang pernah singgah di Mesir : Marwan II, Khalifah Ummayyah terakhir dan Khalifah Al-Makmun, putra Harun Al-Rasyid dari Abbasiah. Rentetan dari Fath Misr ini, secara perlahan Mesir mengalami Arabisasi dan islam mula diterima oleh penganut Kristian serta bahasa Arab menjadi bahasa yang popular digunakan.
Selepas itu lahir Empayar-empayar islam yang silih berganti pemerintahan seperti Empayar Thoulouniyah(868-905 M/254-292 H), Empayar Fathimiah(969-1171 M/358-567H), Empayar Ayyubiah(1171-1250 M/564-648 H), Empayar Mamalik(1250-1517 M/648-922 H) dan seterusnya serta berlaku berbagai-bagai perubahan yang tak termampu untuk aku coretkan..
Kiblat ilmu
Bumi Mesir dan Al-Azhar memang sudah tidak dapat dipisahkan dan kerana Al-Azhar jugalah aku berhijah dari Malaysia untuk menyambung perlajaran di Al-Azhar yang kini menjelang usia 1035 tahun perhitungan Masihi atau 1067 tahun mengikut perhitungan hijriah. Sejak di bangunkan pertama kalinya pada 29 Jamadil awal 359 H (970 M) oleh panglima Jauhar Ash-Shiqilli lalu dibuka rasmi dan solat Jumaat pada 7 Ramadhan 361 H, bangunan besar yang asalnya sebuah masjid ini, bagai tidak pernah lelah membidani ulama dan cendiakawan muslim. ‘Institusi Pendidikan Tertua’ Itulah penghargaan sejarah buatnya...
Thursday, March 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment