Pages

Free advertising

Monday, September 28, 2009

Cinta Dan Bas ...

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, korang tengok bas tu dan korang akan kata pada diri korang,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk ".
Jadi, korang katakan pada diri korang, "Aku akan tunggu bas yg lain ". Korang pun biarkan bas tu berlalu dan korang tunggu pulak bas yg lain.


ramai lak orang dalam ni..

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Korang tengok bas tu dan korang akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, korang pun biarkan bas buruk tu berlalu dan korang bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni korang kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain."


buruknye....

Dan sekali lagi korang biarkan bas tu berlalu dan korang bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru korang perasan yg korang pula dah terlambat rupanya. Korang mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah korang sedar bahawa... korang dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni korang dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg korang nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah korang dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk korang?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg korang idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau korang sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya korang dapati "bas" itu tak sesuai dengan korang, apa yg perlu korang lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... aku pasti korang semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Korang nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg aku nanti-nanti kan), korang tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak korang dan terus berlalu tinggalkan korang!


luaran tidak melambangkan dalaman....

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, korang akan terjatuh dan menyakiti diri korang sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada korang nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri korang.
Dan bila korang berjalan, korang sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: Marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta... muahahahaha


This is funny but may be true.......

5 comments:

ucu cun said...

baba!!!
post pasal nie tqah dh buat la.. huhu
anak rintik bapak borek.. lalala~

Anonymous said...

aku penah kejar bas... 359 confirm bas aircond..dah lari sikit punya jauh, naik naik tgk aircond rosak perggh!!!!! nak tunggu bas lain, lagi sejam....perghh!!!!keringat da mencurah nih, panas luar dalam!!!

tu macam mana lak kapak??

GeNgKaPaK said...

ucu - baba pny lg kreatif...muahaha

mamat mn nth - sng je 2...lu g try naik bas 14...hahahah

langkasuke said...

lu dah pandai bermain dengan ayat2 ha..

hahaha...

GeNgKaPaK said...

muhahah....besa la...kte kono maju ke dopan...