Pages

Free advertising

Wednesday, January 20, 2010

Tambah Senang...Kurang Tenang

Just nak kongsi secebis kisah buat renungan bersama....

Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu bertanya, “Mengapa engkau menangis?”
Anak itu menjawab, “Duit saya hilang.”
“Berapa jumlah duit kamu yang hilang?” orang tua bertanya lagi.
“Lima puluh sen,” anak itu menjawab sambil teresak-esak.
Kasihan melihat budak itu menangis, orang tua itu menyeluk poketnya dan memberikan lima puluh sen kepada anak itu. “Nah, ini ganti duit kau yang hilang. Dah, jangan menangis lagi.”
Dia pun terus berlalu dari situ. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu menagis dengan lebih kuat.
“Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pak cik ganti?”
“Kerana itulah saya menangis. Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, tentu saya sekarang ada seringgit. Tapi sekarang Cuma ada lima puluh sen aja.” Jawabnya dan terus menangis.

Ramai manusia yang tidak syukur dengan yang ada dan tidak sabar dengan apa yang tiada. Jika miskin, ramai yang merintih inginkan kekayaan. Tetapi bila kaya, hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan. Kekadang tambah senang, menjadikan kita kurang tenang.

Tuesday, January 19, 2010

Ohh Peperiksaan....

20/1/2010 - Tafsir Ayat Ahkam

24/1/2010 - Lughah Arabiah

Doakan kejayaanku bersama kawan2....

Aku nak mintak maaf banyak2 kat sape2 yg terasa hati ngn aku ke,termengumpat kot belakang ke,maafkan den yo..

Allahumma najahna fil imtihan Ya Rabb........

Tuesday, January 5, 2010

Sin Chan di sekolah..

--Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.

Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!


Sin chan sengal...haha

Friday, January 1, 2010

Suka Duka 2009...

Bulan 2..



Bawak anak2 jalan2 dekat alex.Memangkan musim sejuk lagi,kami tak mandi pun.Banyak jugak la tempat yg aku bawak,kubu,makam,macam2 lagi la port baik yg aku bawak.Untuk pengetahuan dorang sume dh ade balakss,haha...


Bulan 5..




Time ni hari last kami buat stadi group.Subjek qodoya,memang susah giloss.2 sebab aku tak lulus2 lagi,haha..Ramai antara kami dah lulus,sekarang pun dorang dah balik mesia.Aku dengan bape kerat je lagi dok still kat sini,adoiii


Bulan 6..



kenduri belah umah aku


kenduri belah adik ipar

Aku dapat adik ipar.Dorang ni kenduri time aku exam kat cni,jadi tak boleh nak buat apa2 la.Moga berbahagia ke akhir hayat,bertambah sikit pompuan dalam family aku.haha...


Bulan 12..


time aku nanti mesti 10 tingkat kek,haha..

kad jemputan adik aku yg ke 4

Adik aku kawen lagi.Ni yg no 4 lak,mesti korang tertanya2 nape dorang tak buat kenduri sekali kan.Aku bagi la jawapan die,adik aku yg pompuan ni bajet nak tunggu aku balik.Sebab ikut dalam plan,aku memang dah habis.Tapi rezki takde,nak tak nak kenduri tetap berlangsung.Moga berkekalan hingga akhir hayat,walaupun aku tak pernah jumpa laki adik aku 2.haha...


Nak ikutkan banyak lagi kenangan,tapi sebab ni je ade gambar.haha...Yang lain 2 bagi aku simpan je la,tuk cite kat anak cucu nanti.

Hepi New Year..

Kalau tahun baru je,orang mesti akan tanya ape azam baru?Tapi orang jarang tanya,azam ko dah terlaksana ke?Dapat tak ape yg ko azam kan?Dalam hidup kite ni,tak sume benda yg kite nak kite akan dapat.Tapi perlukah azam tiap2 tahun berubah?Nape tak ambik je azam tahun yg lepas2 yg belom terlaksana tu bawak pada tahun ni?

Tu lah persoalannye,yg aku sendiri pun tak tau ape jawapannye.Aku ni,tiap2 tahun azam tak pernah yg banyak.Sebab aku ni tak suke merancang,rase2 nak buat aku terus buat.Tapi bagi mewarnai kehidupan kite yg selalu berazam ni,aku folo je la.Kang orang cakap aku tak berazam pulak..

Kat sini aku senarai pendek kan lah azam aku yg belom terlaksana lagi,ade la sikit2 azam baru..

1) Kena lulus tahun ni,dah lame sangat dah duduk sini.

Bile pikir2 balik 1 ni je kot azam aku,haha..Bukan ape,azam yg lain tu ade.Tapi kalau azam yg ni belom terlaksana,azam yg lain tu akan terkubur jugak.Baik aku tumpukan pada azam yg ni je..

Azam yg lain 2,kalau ade rezki la.Bile dah abis,aku leh balik malaysia.Cari kerja,kahwin,tolong family aku.Macam2 benda aku boleh buat..

P/s : Jangan terlalu banyak azam,sebab belom tentu 1 pun akan terlaksana.


Kite hanya merancang,Allah yg menentukan...