Pages

Free advertising

Friday, October 30, 2009

Sakit gigi + gusi = berdenyut2...



Bile la farmasi nak bukak ni,aku tak tahan dah nak menagung sakit ni.Sebenarnye aku dah tanggung sakit ni dekat 2 tahun dah,aku ade berjumpa pakar gigi.Die mengatakan yg aku wajib kena operate untuk buang gigi tersebut,tapi memandangkan aku tidak berkemampuan hanya beli ubat tahan sakit je la.le700,mana aku nak cari.

Masalah yg aku hadapi sekarang,gigi gerham bongsu aku tumbuh tak same.Sepatutnye die tumbuh ke atas,tapi disebabkan gigi ni tak rata jagi die tumbuh ke bawah.Macam2 petua orang tua aku dah buat,tapi takde hasil.Malam td je dah 2 gelas aku kumur2 dengan air garam,hasilnye pagi ni lg bengkak.adoiii.....



Para peneliti dari Imperial College London Inggeris dalam laporannya, Senin (26/5) menyatakan penyakit gusi berkaitan dengan bertambahnya kemungkinan mengidap sejumlah penyakit seperti kanser paru-paru, kanser ginjal, pankreas dan kanser darah.

Pimpinan riset Dr Dominique Michaud, menyatakan adanya peningkatan risiko mengalami kanser darah dapat kaitan dengan sistem kekebalan tubuh. Para ahli mengindikasikan, kehadiran yang rutin penyakit gusi boleh menjadi pertanda lemahnya sistem kekebalan tubuh yang juga dapat mempermudah terjadinya kanser.

Hasil penelitan menunjukkan, besarnya risiko mengidap kanser tak hanya berlaku pada perokok yang mengalami problem gusi . Hadirnya penyakit gusi pada non-perokok pun dapat menandakan bertambahnya risiko kanser.

Bile aku terbaca fakta di atas,aku lagi gelabah.Belom kawen lg ni,haha.Doakan aku cepat sembuh...


Berdenyut2.....

Thursday, October 29, 2009

Kisah 3 Orang Anak Dara...


Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.... ...

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan. ...

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.... .......

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan. ....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."


Menantu yg ganas....

Wednesday, October 28, 2009

Wali Band...



Layan kan je la.....tangkap lentok punya la

Tuesday, October 27, 2009

Penat...Otak Serabut....Sumpah Orang...

Aku baru balik dari zaqazik,tempat di mana aku study.Nak ikutkan memang tak terniat pun nak pegi zaqazik,tapi disebabkan risaukan anak2 yg balik tanpa kawalan dari bonzer2 jadi aku temankan lah dorang.

Anak2 datang ke cairo ni sebab ade urusan,jadi aku bawak lah dorang pegi ke tempat yg telah dijanjikan.Lepas tu,dorang cakap nak jalan2 kat city star(shoping complex).Dalam 2 jam jugak la melepak kat sana,pas isyak je pakse la suh dorang balik.Kalau tak memang sampai ke subuh la jawabnye duduk kat situ,pompuan besa la kan bile bab2 shoping ni.

Jadi bile sampai di mauaf(perhentian) tempat untuk menuju ke zaqazik,aku mula terpikir.Tak kan la dorang ni nak balik sendiri je,kalau siang xpe la jugak.Disebabkan terlalu sayang kat anak2 ni,aku pun folo la balik zaqazik sekali.Dalam otak aku leh jugak pegi kuliah,buat la ape urusan yg patut.Setelah hantar anak2 selamat sampai ke pintu rumah,aku pun terpikir mana nak tido malam ni.Tak kan nak balik cairo,penat ooo....

Aku pun cal la matin,untuk tumpang bermalam.Aku kenal kan sikit la sape dak ni,aku kenal die hampir 5 tahun dah.Die ni budak singapore,die jugak adalah tokan terbesar cite2 ilmiah dekat zaqazik ni.Bile sampai je dekat umah matin ni,aku pun plan la dengan die nak pegi kuliah sama2.Keesokan harinye kami bertiga pegi ke kuliah,sorang lagi hj wa.Otai la kat zaqazik ni,die folo pun sebab nak tengok result exam die baru2 ni.

Bile sampai je di kuliah,macam besa la dengan otak serabut tengok arab.Lagi 1 pesanan,kalau korang nak pegi kuliah,tak payah la macho2 sangat.Confirm la sampai je kat kuliah,muke korang akan lg teruk dari bawab(penjaga rumah).Aku pun mula la buat urusan,tasdiq kuliah dan kisfun natijah(pandai2 la paham sendiri).Ni ade sedikit info yg aku dapat dari shuun(pendaftar) bagi pelajar2 tahun akhir,seperti di bawah ini :-

1- Limit bagi pelajar2 tahun akhir bagi tempoh pengajian masuk tahun yg ke 6,kena bawah dari 5 subjek untuk meneruskan pengajian ke tahun berikutnye.

2- Bagi yg dapat meneruskan pengajian seperti syarat2 di atas,korang kena bayar le200 bagi setiap subjek.

3- Bagi sesiapa yg ghoib(tak datang exam), masuk tahun yg ke 6.Korang akan bayar berganda pada tahun berikutnye,kalau tak paham jugak tanya la nanti.

Bile dah selesai semua urusan,aku pun pegi ke maktabah(perpustakaan) tuk beli kitab.Ada la 3 kitab,cuma 1 kitab je belum siap lagi.Dengan peluh yg mencurah2,kami pun bergerak balik.Tapi lega la sebab urusan dah setel,syukur.

Untuk memendek kan cite,sebab aku pun dah penat menaip ni.Aku gerak la balik cairo,bile sampai nye kat rumah.Aku tengok2,dload aku dorang tak bukak.2 boleh sabar lagi,virus pun boleh masuk pc aku ni.Dah la virus autorun ni xleh nak delete,nak tak nak kena setup pc balik.Memang haram jadah la pendrive sape yg g cucuk dekat pc aku ni,dah la ambik cite pastu siap tinggal virus lagi.Aku dapat tau la sape,pasni mintak maap la nak copy cite lagi dari aku.Aku haram kan cite yg ko ambik 2 sial,bodoh punye orang.Aku tinggal kan sehari je pc aku ni,dah macam2 hal.


P/s : Memang sial + gampang + bodoh bagi sape2 yg copy cite dari pc aku sambil tinggalkan virus ni...


Angin 1 badan...

Monday, October 26, 2009

Konvo 2009..




aku main rembat je gambar2 ni..hehe...


'Camno konvo tadi?' tanya aku sambil2 tengok cerita.

'Ponek yo,den pikir nak balik copek yo' bak kata saudara zharqanub.

'Tak kan takdo yg menarik kot?' aku penuh khusyuk mendengar.

'Takdo apo yg menarik pun,cumo tengok awek yg genit2 yo la' jawab dengan slamber dari zharqa'.

Tu lah diantara perbualan aku dengan salah sorang peserta konvo,muka dia agak ceria la bila soalan ditanya bertubi2.Ari ni konvo bagi student2 Al-Azhar untuk sesi 2008/09,dengar cite ramai jugak la yg join.Tapi aku xpegi pun,sebab dah tiap2 tahun pegi tapi aku xnaik2 jugak.Insya-allah tahun depan aku naik la konvo tu,doa2 la ye..

Ape yg menarik konvo tahun ni?entah la,aku pun xtau sebab xpegi.Jadi dengar cite dari budak2 yg pegi je la,dorang cakap boleh tahan la menariknye.Tapi aku dapat rasekan yg menarik sebab dapat cuci mate je la,aweks2 mesir ni pun leh tahan jugak.Mantopss siut,besa la kadang2 sume orang sama je.Biar pun dia ambik apa2 kos je la,bila dah konvo ni memang terserlah lah keayuan masing2.Nasib aku xpegi,buat dosa mata je.Ermmm....

Tapi apa2 pun,aku ucapkan mabruk pada yg masuk konvo tahun ni.Yang aku kenal,zharqanub,kucai,bob,jai,kak hana.Yang lain aku memang xkenal pun,huhu..Apa2 pun doa kan aku naik konvo tahun depan,wokeh..


Konvokesyen...