Pages

Free advertising

Saturday, September 19, 2009

Hari Raya 2009..



20/09/2009 hari yg di tunggu2 oleh semua umat islam,apa yg kita paham tentang raya?korang pndai2 la pk sendiri,muahaha.Bagi aku,masuk kali ni dah 3x aku tak dapat beraya bersama family aku.Nak ikutkan memang la sodeh,tapi nak buat cmne tangungjawab aku lom setel lg kat sini.Sabar yo la.....



Korang ade pengalaman raya tak?Sume org ade pengalaman raye kan,bagi aku pengalaman paling best dapat berkumpul semua family la.Best ooo,sian la pada yg takde family.Aku pun xtau nak tulis apa lagi,sedeh oo raya jauh dengan family ni.Kawan2 je la pengubat rindu,huhu...

Dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN pada yg kenal aku,ampun salah silap aku selama ni.


Salam perantauan............

Friday, September 18, 2009

Malam 7 Likur in Kuala Kangsar...



gmbr malam takut korang xnmpk pelita,haha


Ape yang korang tau pasal malam 7 likur ni?aku pun xtau sangat,haha.cume yg pasti malam tu dorang pasan pelita byk2,siap but pertandingan lagi sape hias paling cantik.sume benda 2 aku dapat kt kg aku,kat tempat lain aku lom jumpa lg.ade yg wt bentuk klcc la,kapal la,rumah la,bendera mesia la,mcm2 lagi la aku jumpa...

Tapi yg pasti memang syok gile malam 2,awek2 ramai kuar.haha..nanti senang2 datang la kg aku,leh aku tunjuk betapa syoknye malam 7 likur ni.malam raye lak aku bawa gi tengok org main meriam buluh,haha....


Bandar diraja......

Wednesday, September 16, 2009

Lailatul qadar...

Firman Allah swt :


1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .

“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )


rakan masjid........

Tuesday, September 15, 2009

Meriam bosi...

Hari raye memang kite xlekang dengan org kudung tangan la,kudung jari la,kalau leh sume benda yg ade nk dikudung kan.Tapi agak malu kalau main mercun bawang leh kudung,alang2 kudung baik main meriam kan.Tak kesah la besi ke buluh,baru la bile orang tanya tu bangga sikit.Ko kudung main ape ni?Meriam buluh...Tak ke bangga tu

Aku nak cite sikit la pengalaman main meriam ni,1st time aku main masa tu kat sekolah.Budak2 leka stadi nak exam SPM,aku lak dengan budak2 skema main meriam.Time tu kitorang pakai tiang takraw,tebuk lubang dalam2.Pastu masuk la kebait kat kepala die,nak kuat masuk banyak2.Bile kebait dah betol2 padat masukan air,tapi jgn byk cume cukup2 mkn je.Peram lu kasi sebati,ambik api letak kan kat sumbu die.....Kedebabom........................

"Wei,tak ghoti nak stadi ko!!!"pekik dak2 yg bajet rajin stadi...

"Korang nk stadi,stadi la.Kecoh tol la"ayat yg penuh sopan santun oleh tulang...

Tu cite masa aku kat sekolah,bile dah besar sikit aku mula berjinak2 lawan antara kampung2.Nak cakap best la kampung aku ni,tiap2 malam raye dah kire benda wajib kena buat.Sampai polis pun xleh masuk campur,sebab ni dah jadi adat bg kampung aku tu.Sume datang,dari jauh dekat semate2 nak tgk 2 kampung berperang..

Azan subuh dah kumandang,tapi dorang asyik lg main.Orang area situ cume leh pekak kan tinga je la,nak marah xpasal rumah dorang meletop kang.Aku pun malas nk cite panjang2,klo korang nak tau betapa bestnye lepak kampung aku datang la malam raye ni.Dah abis korang tengok main meriam,datang umah aku kite mkn lomang.


Kg.Talang Cangkat................

Tuesday, September 1, 2009

Malas........

Korang bagi cadangan sikit.ape yg perlu @ yg sepatutnya aku tulis.malas dol nak taip2 ni...hahaha.....mula2 je rajin.byk idea.pastu langsung blur.....

Cadangan anda diperlukan....


budak malas........