Pages

Free advertising

Sunday, August 29, 2010

Keputusan Seorang Ayah

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil." Siapa si bedebah tu " jerit sang ayah, sedang si ibu menangis " Suruh dia datang sini! "

Si anak pun telefon la mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata " Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan? "

Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata " Kalau camtu hang cuba la lagi ".

Thursday, August 26, 2010

Isteri Curang

Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Amat yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.

Melihat Amat seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata " Mat, kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri kau sedang bermesraan dengan kawan kau tu ".

Amat pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian dia telah kembali dengan wajah lebih ceria, nampak lega.

" Bagaimana Mat? " tanya rakannya tadi.
" Kacau je kau ni. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak, baru tadi pertama kali aku lihat dia ".

Monday, August 23, 2010

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : " Bang, berapa harga mangga sekilo? "
Peniaga : " RM7 "

Pembeli : " Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la? "
Peniaga : " Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu! "

Pembeli : " Kalau tak manis, macam mana bang? "
Peniaga : " Kalau tak manis, tak payah bayar! "

Pembeli : " Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo! "
Peniaga : " #$%@%&%???? "

Sunday, August 22, 2010

Barah Otak

Satu hari Pak Samad mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Samad ni tapi saya mesti beritahu Pak Samad juga bahawa Pak Samad telah menghidapi Barah Otak.

Pak Samad : Yaaaaaahoooooo!!! ( melompat kegirangan )

Doktor : Pak Samad fahamkan maksud saya ? ( kebingungan )

Pak Samad : Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke ?

Doktor : Habis tu.. Kenapa gembira sangat ?

Pak Samad : Sebelum ini isteri saya Mak Bedah selalu marah saya dengan mengatakan saya " takde otak ". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Friday, August 20, 2010

Pukul Berapa Buka ?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.

" Pukul berapa perpustakaan akan di buka? " seorang pemuda di hujung talian bertanya. " Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya tengah malam buta ni? " tanya pustakawan tadi.

" Tak boleh buka awal lagi ke? " pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. " TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9 " si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. " Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk? ". " Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal " saya mahu keluar "

Friday, August 13, 2010

Kemalangan

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin " kata si wanita tersengih sengih.

Si lelaki terkedu " Saya setuju dengan kata kata awak " katanya.

" Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara? " kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

" Baiklah, demi persahabatan ini " kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan " Kenapa kamu tak minum sama? ".

Si wanita membalas " Takpe lah. Saya tunggu polis datang "

Monday, August 9, 2010

Wanita Dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria? "

" Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam ", kata lelaki itu.

" Wah! Hebatnya encik ", kata wanita itu. " Berapa usia encik sekarang? "

" Dua puluh empat ".

Sunday, August 1, 2010

Isteriku

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba ".

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang ".

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju " Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh sungguh untuk kita. Tapi bertahun tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang, ayang masih di sisi abang.

" Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ayang masih disisi ".

Mata si suami pula bergenang " Dan.. sekarang abang terlantar di sini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi " Esakkan si isteri bertambah kuat.

Si suami berkata lagi " Abang rasa ayang ni bawak sial la, berambus kau sekarang ".